Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Wednesday, April 25, 2012
HUKUM MEGGELARKAN/HINA/CACI/AIB & MENGUMPAT
Sekadar renungan untuk kita bersama sebagai peringatan kerana kita memang sering lupa bukan mudah lupa:-
Allah Taala Berfirman: "Tidaklah seseorang mengucapkan suatu perkataan, melainkan di sisinya terdapat malaikat Raqib dan Atid." (Surah Qaf, ayat 18)
Firman Allah Taala:
"Janganlah saling mencari-cari aib (ghibah) sesama kamu..." (Surah al-Hujaraat, ayat:12)
Apakah ghibah?
Pengucapan perkataan (dengan gerak badan, mata, tulisan ) sesuatu yang tidak disukai kpd orang lain. Tidak kira yang tidak disenangi itu ada pada tubuh badannya, gerak lakunya, agamanya dan sebagainya.
Menurut al-Ghazali, definasi ini adalah yang telah diijma'kan oleh kaum muslimin. Maksudnya, mereka bersepakat mengatakan bahawa inilah dia definasi ghibah. Ghibah, dalam bahasa Melayu kita disebut mengumpat. Iaitu menceritakan keburukkan orang lain di belakangnya.
Allah Taala Berfirman: "Celakalah untuk setiap pengumpat dan pencela."
Hukum Ghibah
Hukum ghibah adalah haram. Sebahagian dalilnya ada termaktub pada ayat al-Quran dan hadis di atas. Dan terdapat di dalam sebuah hadis di mana Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa orang yang mengutuk orang Islam yang lain sebagai fasik.
Dan siksaannya amat berat sekali, kerana ia termasuk antara dosa-dosa besar. Dalam sebuah hadis ada menceritakan bagaimana dua orang ahli kubur sedang disiksa. Yang seorang gemar menyampaikan aib orang dan yang seorang lagi tidak bersuci dengan sempurna selepas kencing (lihat hadis berkenaan riwayat Bukhari).
Namimah pula ialah mengadu domba. Iaitu menyampaikan perkataan orang lain untuk membuatkan kedua-dua belah pihak berkelahi.
Jadi, apabila hukum ghibah dan namimah itu haram, maka menasihati orang yang melakukan ghibah adalah wajib. Jika tidak berdaya hendaklah beredar dari majlis berkenaan. Jika tidak berdaya juga, hendaklah engkar di dalam hati.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Tahanlah lidahmu terhadap perkataan buruk..... al-hadis (Riwayat al-Tarmizi, `an Uqbah bin Nafi')
Sabdanya lagi:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari ahkirat, hendaklah dia berkata perkataan yang baik tau dia diam sahaja." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Allah Taala Berfirman: "Allah tidak suka kepada perkataan yang tidak baik diperdengarkan, kecuali dari orang-orang yang teraniaya..." (al-Nisaa', ayat 148)
Ghibah diperbolehkan Hukum ghibah adalah haram. Ini adalah hukum asal. Atas alasan-alasan syarak ia diperbolehkan. Apakah alasan syarak itu. Iaitu mahu mencapai satu-satu tujuan yang benar menurut pertimbangan syarak, di mana jika tidak melalui cara itu tujuan itu tak mungkin akan tercapai. Walaubagaimanapun, jika ada cara lain seboleh-bolehnya gunakan cara berkenaan. Elakkan ghibah.
Membela diri. Adalah dibenarkan jika:
a) atas tujuan yang dibenarkan oleh syarak
b) Jika tiada jalan lain melainkan dengan membuka aib orang lain.
Contohnya, saudara telah dituduh mencuri, sedangkan saudara tahu siapa yang mencuri. Saudara terpaksa mempertahankan diri dengan berkata benar. Ini biasa berlaku di mahkamah. Mahkamah terpaksa membuka aib mereka yang terbabit untuk tujuan yang dibenarkan oleh syarak, iaitu membuktikan benar atau salahnya orang yang dituduh (mencari penjenayah).
Yang baik untuk renungan yang silap itu adalah dari kedaifan saya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel