Alhamdullilah berkat perkongsian dari seorang sahabat, dapat juga sedikit pengetahuan bagi menambah ilmu yg tak seberapa didada ini,
"KHATAMUN NUBUWWAH" soalan pertama yg keluar dari bibir ini, zikir atau ayat penerang hati ke ni? menampakkan kekurangan ilmu pada diriku, tidak malu daku mengakuai , biarlah daku digelak tawa kerana kekurangan ini kerana memang itu silapku. aku terima dengan kekerdilan yg penuh.
Ayat ini diberikan oleh seorang sahabat bila daku meminta pandangan dari beliau, banyak sebenarnya kelebihan ayat ini.
Sejarah Ayat "KHATAMUN NUBUWWAH"
~ NABI S.A.W DICAP DENGAN CAP KHATAMUN NUBUWWAH UTK MENENTUKAN BAHAWA NABI S.A.W ITU NABI DAN RASUL YG TERAKHIR, TIDAK AKAN ADA LAGI SELEPAS NABI S.A.W.
Fadhilat- Fadhilat ayat ini jika diamalkan :
1) Sesiapa melihat ayat ini dari waktu subuh dengan ada lagi wudhuk Allah akan menjaganya hingga ke petang. Jika melihatnya dari waktu Maghrib akan terpelihara hingga waktu pagi.
2) Jika melihat ayat ini dari awal bulan Allah akan memeliharanya hingga ke akhir bulan tersebut.
3) Jika diletakkan ayat ini dlm kenderaan( melihat) Insyaallah akan terpelihara dari kecelakaan sepanjang perjalanan.
4 ) Jika menjadikan ayat ini hiasan didlm rumah, penghuninya akan dipelihara dari kebakaran dan kecurian.
serta Insyallah dielakkan dari terkena wabak taun dan penyakit yg berjangkit.
5) Ayat ini juga utk perlindungan/ perubatan dari iblis....
Sekadar pengertian dari kaca mata saya untuk ayat ini, walau hakikatnya nya banyak lagi kelebihan ayat ini...InsyaAllah akan saya cuba untuk memahami akan mukjizat akan ayat ini untuk renungan kita bersama, jika ada yg tersilap sila maafi saya. yg baik itu Milik DIA yag terkurang itu adalah saya.
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel