Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Thursday, April 26, 2012
SUKA TAK SUKA KERJA KENA BUAT
Pagi-pagi dah mendengar luahan hati dari seorang staff yang berpangkat lebih tinggi dari daku aku gelarkan dia en sahaja, nak dengar atau tak kena lah layan, nanti dikatakan biadab.
Macam-macam luahan hati dan perasaan yg dilemparkan...antara mendengar dan sesekali daku mecelah memberikan pandangan daku yg tak seberapa, maklumlah daku ni pekerja kelas bawahan je, manakan sama dengan dia yang bertaraf tinggi..cewah..
Banyak yang diluahkan, daku mengambil dari sudur positif dan negatif..kadang-kala kita memang dibolehkan mendengar namun tak semua harus disumbat kedalam otak..yang mana dirasakan tidak perlu buang terus jangan pulak kita memikirkannya...
Banyak isi2 yang diutarakan oleh en ini, sebenarnya en ini baru menjejakan kaki disini, mungkin banyak peraturan atau isu2 yang remeh temeh bagi en ini, maka kesesuaian tempat kerja ini seperti tiada, daku tidak bermaksud untuk menceritakan tentang keburukan en ini, tapi sebagai perkongsian kita sebagai pekerja yang memang diakui bukan kadang2 malah selalu ada sahaja tidak puas hati terhadap boss lah rakan sekerja lah macam-macam faktor lagi.
Macam daku kalau nak cerita tak puashati kat tempat kerja huh...satu novel pun tak cukup buat karangan...dengan karenah boss baru yang dah dicop URGENT, dengan sikap rakan2 yang suka cakap belakang, dengan insan-insan istimewa yg suka ambil kesempatan, dengan susu punya lembu sapi dapat nama..hah banyak tu baru intro ...tapi nak tak nak daku kena lalui benda itu semua dah namanya daku ambil gaji maka kenalah pikul amanah itu.
Memang benar ada sungutan dan rungutan keluar dari bibir ini, tapi yang penting kerja kena buat..suka tak suka kerja kena habiskan..walau tak suka ke apa ke kena professional tak perlu nka tunjuk sikap mogok kita dan sikap memberontak kerana hasilnya kita yang susah paling kurang dpt memo paling kuat awak nampak itu pintu besar..BYE..BYE..
Melainkan kalau dah betul2 nekad dan tekad itu tak boleh buat apalah, tapi janji ALLAH itu pasti rezeki ada dimana-mana, tapi kalau duduk je melekat kat kerusi mana rezeki nak masuk kenalah usahakan?.
Tapi orang kata kalau gaji ribu riban tapi hati tak senang asyik kepala serabut pun tak gunakan, biar gaji sedang-sedang janji hati happy dan jiwa tenteram bukan begitu?.
Apa pun bagi daku selagi kita masih bekerja tak kira dimana suka ke tak suka kerja kena buat..kerana gaji kita dibayar..pepatah daku senang jer..dari kul 8pagi ke 5ptg..tak puas hati ker, tak berkenan ke kena layan jer rentak bak kata salleh yaakob i follow...hah lepas waktu kerja 5.00ptg nak bertumbuk, bergusti layan...ha..ha..boleh..
Cuma kadang-kala bila ada masa kita perlu untuk membela diri dan membetulkan keadaan tidak salah andai kita memberikan suara atau bersuara, mungkin tidak akan dipandang yang penting kita telah mencuba..hasilnya terpulang yang penting kita telah berusaha...
Nih nak sambung kerja balik..nak kena turun naik tangga balik..aduhh penatnya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel