Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Tuesday, April 24, 2012

POLIGAMI: RELA ATAU TERPAKSA




Isu yang agak panas dan agak tidak disenangi oleh golongan seperti aku, ya aku akui ikhlas dari hati perkataan ini agak menakutkan..

Sejal dari kelmarin boss di tempat kerja ku asyik berbahas dengan ku tenang isu ini, entah mengapa mungkinkah ada maksud atau memang sedang bercita2 kearah itu.

Persoalan dia kepada aku : Tak salah jika beristeri lebih dari satu..jika adil, yg paling best ayat dia benda yg elok kalau niat dapat pahala apatah lagi jika melaksanakan itu sunnah Nabi. Jadi nak tak nak kena redha walau terpaksa..bukankah jika kita terpaksa dan tanpa redha cuma akan menambah dosa??

Persoalan aku memang benar adilkah? tidak mustahil akan ada walau sebesar zarahpun tidak saksama, harus bagaimana? daku pernah mendengar ceramah seorang ustaz tentang isu poligami ini, dan jika aku tidak tersilap Ustaz itu memaklumkan" Poligami memang sesuatu yg halal namun jika sudah menzalimi kaum wanita maka akan menjadi Haram"? . Jadi renungkanlah.

Malas sebenarnya menjawab isu begini, tapi kekadang aku kena rasional, memang aku ucapkan tak semua wanita menginginkan itu memang mintak jauh tapi jika itu yang tertulis terpaksa redha jua, memang diucapkan tidak mahu namun Jika telah tertulis "KUN FAYAKUN" harus bagaimana seorang wanita ingin menolaknya.

Memang itu adalah jodoh ketentuan, alasan biasa dari mulut lelaki..mengapa wanita sukar menerima hakikat ini? bukan sukar untuk menerima tapi tak akan menerima alassan yg agak tangkap muat, sedangkan telah tertulis harus berusaha, jadi usahakan agar hati tidak berpaling, memang para isteri jua ada kesalahan, namun kesalahan itu adakah lebih besar dari keperitan tika seorang isteri memelihari benih yg terkandung selama 9bulan, kesakitan kepayahan tika melahirkan zuriat buat sang suami, terhakiskah semua itu?? susah ditafsir akan akal lelaki menjadi isteri terlebih baik pun akan dipertikaikan, apatah lagi menjadi isteri yang kurang baik? Namun tak semua lelaki yg bersifat begini. Memang hakikat ada kaum hawa yg tak mampu memberikan zuriat, jika di kes begitu maka daku juga tidak mampu untuk memberikan pandangan, kerana ayat lelaki berkahwin untuk anak. ya kita terima itu tapi bila dah ada anak pun alasan yg sama, tanggungjawab itu yg terpenting.

Lelaki tidak akan memahami apa yg dilalui wanita kerana dalam minda telah ditrain lelaki boleh kahwin 4..dan isteri dapat payung emas?? payung emas jika redha namun untuk redha agak susah. memang di mulut redha namun dihati? bagaimana ikhlaskah redha itu..ataupun kerana terpaksa?

Duhai lelaki mengapa sukar memahami wanita yg pernah diucapkan cinta, yang pernah dijanjikan setia, yg pernah dijanjikan akan menerima tiap yg kurang? mengapa mudah tertewas...Fahamilah airmata yg hadir dipipi wanita itu hanya zahir yg bisa dilihat dengan mata kasar tapi darah yg mengalir dihati?

Jodoh dan takdir memang telah ditetapkan, tapi tak salah andai berusaha? Aku tahu aku tidak layak untuk mempersoalkan isu ini yg sampai bila pun tidak akan berhenti, aku juga pandai untuk membentangkan segala hadis cuma sekadar pandangan dari seorang wanita atas sudut peribadi..seseungguhnya kaum adam dan hawa masing2 memiliki keistimewaan dan kecantikkan yg tersendiri cuma dari segi pendapat dan idealogi mungkin tak akan sama walau ada yg serupa..





No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel