Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Tuesday, April 24, 2012

KAWAN VS KELUARGA




Pagi tadi terbaca satu status dari seorang sahabat di FB..Membelakangkan keluarga kerana percayakan kawan..agak kritikal status itu bagi pembacaan daku, tapi lain orang lain akan pendapat dan buah fikiran.
Mungkin keadaan dan situasi yg agak berbeza kerana setiap manusia tak akan sama dugaan yg dihadapi.

Bagi daku memang kawan itu adalah sesuatu yg indah dalam hidup kita, sepilah kita jika tiada kawan, memang meriah andai hidup kita dikelilingi kawan, orang cakap apa makan sama2 gelak sama2. indahnya dunia..boleh berchat di FB, Twitter macam2 lagi kegunaan IT yg ada sekarang, rasanya majoriti lebih ramai kwn di alam cyber dari alam realiti.

Orang cakap berkawan biar seribu..tak salah bercerita pada rakan untuk melepaskan beban..tapi rakan mungkin sekadar menjadi pendengar dan meluahkan simpati..tapi awas tak semua kawan akan menyimpan rapi apa yg kita sampaikan.. bukan tak mempercayai kawan..kita kena ada sifat percaya baru akan wujud istilah kawankan? percaya boleh tapi kenali dulu kawan kita, tak semua kawan boleh menjadi pendengar, bak kata pepatah biar pecah diperut jgn dimulut, susah nak cari kawan macam ni. Bagi aku Alhamdullillah aku tergolong dalam insan bertuah didampingin oleh beberapa kawan yg bersifat begini walau hakikat boleh dibilang dengan jari tapi aku tetap berbangga.

Tapi harus beringat sejauh mana kita menyanjungi rakan2, keluarga adalah harta yg teramat bernilai, sebusuk mana pun itulah yang akan paling setia menemani kita andai suatu hari nanti kita tersepit, Keluarga tidak memerlukan wang ringgit cukup andai kita tahu menghormati sesama perasaan. Jangan terlalu melebihkan rakan kerana keluarga itu lebih berhak keatas kita.

Bila rakan merajuk kita perlu pujuk, namun bila keluarga merajuk kita akan kerugian, tapi hakikatnya keluarga tak akan merajuk walau berlari sejauh mana pun dengan rakan kita keluarga akan tetap menghimpit, jangan cepat merasa rimas, memang perilaku rakan dan keluarga berbeza tapi manfaatnya tak akan sama.

Jadi pada daku memang kita tak salah menyanyangi rakan tapi sayangilah keluarga melebihi segalanya kerana keluarga akan sentiasa bersama kita walau dlm apa jua keadaan. Tapi andai kita pandai mengimbangi sahabat dan keluarga itu lebih baik....Tapi keadaan terkadang memaksa untuk kita melebihkan rakan.

Apa pun daku sayang akan kawan2 yg hadir dalam hidup ku dan daku menghargai keluarga ku.



2 comments:

  1. tumpang share...kata2 y best.. :)

    ReplyDelete
  2. tumpang share blh..nama jgn lupa share...he..he..

    ReplyDelete

TQ..TQ Atas kata-kata comel