ZR
Semalam daku memberanikan diri mengajak seorang insan untuk makan tengahari bersama aku, mungkin dengan undangan ini akan menimbulkan spekulasi atau kata2 yg barangkali tidak elok didengar tapi undangan ku adalah dari golongan Hawa, golongan yg auratnya sama denganku, dan tidak akan membatalkan air sembahyang dan seagama denganku bukannya berlainan agama yang harusku jaga aurat dengannya...ya aurat ku dengan semuslim walau sama tetap harus dijaga namun tidak akan berlebih dari yg sepatutnya..
Dari permulaan perkataan ada getar untuk aku usaikan..ibarat menjadi pejuang walau bkn bertempur dimedan..namun bertempur dengan perasan lebih hebat.
Penuh yakin dengan Nama Allah aku mulakan untuk menyelami ke dasar hatinya. ku tabirkan tanpa selindung. moga tiada yang akan terluka dan moga pengucapanku beralaskan redha ALLAH, kerana tanpa Redha apa saja perbuatan tidak akan mendatang syafaat apatah lagi manfaat.
Alhamdullilah....Allah memudahkan segalanya..telah terungkai tanpa perlu masa yg lama, tidak perlu untuk saling menyalahi, kerana Benar itu akan datang dengan sendirinya walau mungkin lambat.
Dari detik dan masa ini aku fahami akan kerumitan dan bahaya nya MULUT..walau nampak mulus bibir, walau manisnya ayat belum pasti hatinya juga manis, kerana hati didalam sukar utk menilai atalah lagi mentafsir...hanya DIA juga yg lebih tahu , segalanya milik DIA..walau tersembunyi sebesar zarah sekalipun DIA yang dulu akan tahu...tiada ruang untuk lari walau habis keliling dunia.
Iktibar telah lama ku ambil pakai, namun sejarah akan tetap berualng dan aku tetap akan menerima tempias kerana MULUT..walau mungkin dari mulutku sendiri..
Berhati2, sudah acapkali aku mencuba mengguna pakai formula itu, tapi MULUT ini tidak ada remote control..jika boleh ditekan pause sudah pasti itu pilihan akal bila mulut terlebih bicara..
Yang paling hampir , bukan bererti yng paling baik dan paling jujur dengan kita, kerana adakalanya musuh itu lebih baik sifatnya..yang nyata terang dan bersuluh meluah rasa ketidakpuasan hati...musuh akan meluah melalui MULUT dan teman yg mendengar akan menyampaikan melalui Mulut..jadi..yg mana benar..yang mana ikhlas untuk menasihati atau untuk menyakiti??
Timbang tara dengan sebaik dan seeloknya, tak perlu terus melatah bikla mendengar kerana dari beberapa mulut telah bertambah dari episod 1 ke 5 episod dan kita kahirnya menjadi penamat..ibarat filem inginkan airmata atau bagaimana?
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel