Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Monday, April 30, 2012

NASIHAT RASULLAH S.A.W KEPADA PUTERI BAGINDA






As salam..kebelakangan ini idea untuk menulis makin kering, maka saya lempirkan sedikit petikan kata2 nasihat dari Rasullah S.A.W untuk renungan dan peringatan kita bersama :-


Suatu hari Rasulullah SAW berkunjung ke rumah Fatimah RA. Setiba di kediaman puteri kesayangannya tersebut Rasulullah SAW berucap salam kemudian masuk. Ketika itu didapatinya Fatimah tengah menangis sambil menggiling syair (Gandum) dengan penggilingan tangan dari batu. Seketika itu Rasulullah SAW bertanya ,
“Duhai Fatimah, apa gerangan yang membuat engkau menangis ? Semoga Allah SWT tidak menyebabkan air matamu berderai”.
Jawab Fatimah “Wahai Rasulullah, penggilingan dan urusan rumah tangga inilah yang menyebabkan anaknda menangis”.

Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi Fatimah. Kemudian Fatimah melanjutkan,
 “Duhai Ayahnda, sudikah kiranya Ayah meminta kepada Ali suamiku mencarikan seorang jariyah (hamba perempuan) untuk membantu ananda menggiling gandum dan menyelesaikan pekerjaan rumah “.
Maka bangkitlah RasuluLlah SAW mendekati penggilingan itu. Dengan tangannya beliau mengambil sejumput syair kemudian diletakkannya di penggilingan seraya membaca bismillah. Ajaib, dengan izin Allah penggilingan tersebut berputar sendiri.
Sementara penggilingan itu berputar, RasuluLlah SAW bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa, sehingga habislah butir-butir syair itu tergiling.
“Berhentilah berputar dengan izin Allah SWT”. Maka penggilingan itupun berhenti berputar. Lalu dengan izin Allah SWT penggilingan itu berkata-kata dalam bahasa manusia,

“ Yaa Rasulullah SAW , Demi Allah yang telah menjadikan Tuan kebenaran sebagai nabi dan rasul-Nya. Kalaulah tuan menyuruh hamba menggiling syair dari timur hingga ke barat niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT,
‘Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah para malaikat yang kasar lagi keras yang tidak mendurhakai Allah akan apa yang diperintahkan dan mereka mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya’. Maka hamba takut ya Rasulullah jika kelak hamba menjadi batu dalam neraka”.

Dan bersabdalah Rasulullah SAW, “Bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fatimah az-zahra di dalam surga”. Maka bergembiralah batu penggilingan itu dan kemudian diamlah ia. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada Fatimah,
“Jikalau Allah SWT menghendaki niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan-Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya beberapa darjat untukmu. Wanita yang menggiling tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu darjad.”.

Kemudian RasuluLlah SAW meneruskan nasihatnya, “Wahai Fatimah, wanita yang berkeringat ketika menggiling gandum untuk suaminya, Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh parit. Wanita yang meminyaki dan menyisir rambut anak-anaknya serta mencuci pakaian mereka Allah SWT mencatat sebagai orang yang memberi makan seribu orang lapar dan memberi pakaian seribu orang telanjang. Sedangkan wanita yang menghalangi hajat tertangga-tetangganya, Allah SAW akan menghalanginya dari meminum air telaga kautsar di hari kiamat”.

Rasulullah SAW kembali meneruskan, “Wahai Fatimah, yang lebih utama dari semua itu adalah keredhaan suami terhadap isterinya. Jika suamimu tidak redha, maka aku tidak akan mendoakan kamu. Tidak kah engkau ketahui, redha suami adalah redha Allah SWT, dan kemarahannya adalah kemarahan Allah SWT”.
“apabila wanita mengandung janin, maka beristighfarlah para malaikat dan Allah SWT mencatat tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapus seribu kejahatannya. Apabila ia sakit hendak melahirkan, maka Allah SWT mencatat pahala orang – orang yang berjihad. Apabila ia melahirkan maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya ketika ibunya melahirkannya. Apabila ia meninggal, maka tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun. Kelak akan didapati kuburnya sebagai taman dari taman-taman surga. Dan Allah SWT mengaruniakan pahala seribu haji dan seribu umrah. Dan beristighfarlah seribu malaikat untuknya di hari kiamat.

“Wahai Fatimah, wanita yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati serta ikhlas dan niat yang benar, maka Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosanya. Dan Allah SWT akan mengenakannya seperangkat pakaian hijau, dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut di tubuhnya seribu kebaikan. Wanita yang tersenyum di hadapan suaminya, Allah SWT memandangnya dengan pandangan rahmat”.

“Wahai Fatimah, wanita yang menghamparkan alas untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati, berserulah malaikat untuknya, “teruskanlah amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu dari dosa yang lalu dan dosa yang akan datang. “

“Wahai Fatimah wanita yang megoleskan minyak pada rambut dan janggut suaminya serta rela memotong kumis dan menggunting kuku suaminya, Allah SWT memberinya minuman dari sungai-sungai surga, Allah SWT meringankan sakaratulmautnya dan kuburnya akan menjadi taman dari taman-taman surga. Allah SWT aka menyelamatkannya dari api neraka, selamat dari lilitan siratal mustaqim”.


Friday, April 27, 2012

DOA DIMURAHKAN REZEKI





As Salam,

Dihari Jumaat ini ingin saya kongsikan doa untuk dimurahkan rezeki kita, mudah-mudahan perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua (walau pun follower saya tak ramai, namun saya tetap bersyukur dan berterima kasih pada yang sudi, kerana blog saya ini hanya untuk ringan2.)

DOA QUNUT NAZILLAH

1~ Ya Allah, bantulah kami kerana Engkau sebaik-baik pembantu. Tenangkan hati kami, kerana Engkau
      sebaik-baik pembuka pintu ketenangan. Ampunkan kami, kerana Engkau sebaik-baik pengampun.
      Kasihan kami kerana Engkau sebaik-baik pemberi rezeki. Tunjukkan kami serta hindarkan kami
      daripada golongan yang zalim.


MEMOHON KEBAIKAN DALAM SEMUA URUSAN

2 ~ Ya Allah, elokkan segala amal perbuatan kami dan jangan Engkau kurangkan, muliakan kami dan janganlah Engkau hinakan kami, kurniakan rezeki kepada kami dan janganlah menegah atau menahannya,
redhakan kami dan segala yang kami lakukan, Wahai Tuhan sebaik-baik pemberi rahmat.

Semoga kita dapat mengamalkannya bersama -sama..

yang baik itu dari DIA, yang buruk itu dari saya..

Thursday, April 26, 2012

SUKA TAK SUKA KERJA KENA BUAT





Pagi-pagi dah mendengar luahan hati dari seorang staff yang berpangkat lebih tinggi dari daku aku gelarkan dia en sahaja, nak dengar atau tak kena lah layan, nanti dikatakan biadab.

Macam-macam luahan hati dan perasaan yg dilemparkan...antara mendengar dan sesekali daku mecelah memberikan pandangan daku yg tak seberapa, maklumlah daku ni pekerja kelas bawahan je, manakan sama dengan dia yang bertaraf tinggi..cewah..

Banyak yang diluahkan, daku mengambil dari sudur positif dan negatif..kadang-kala kita memang dibolehkan mendengar namun tak semua harus disumbat kedalam otak..yang mana dirasakan tidak perlu buang terus jangan pulak kita memikirkannya...

Banyak isi2 yang diutarakan oleh en ini, sebenarnya en ini baru menjejakan kaki disini, mungkin banyak peraturan atau isu2 yang remeh temeh bagi en ini, maka kesesuaian tempat kerja ini seperti tiada, daku tidak bermaksud untuk menceritakan tentang keburukan en ini, tapi sebagai perkongsian kita sebagai pekerja yang memang diakui bukan kadang2 malah selalu ada sahaja tidak puas hati terhadap boss lah rakan sekerja lah macam-macam faktor lagi.

Macam daku kalau nak cerita tak puashati kat tempat kerja huh...satu novel pun tak cukup buat karangan...dengan karenah boss baru yang dah dicop URGENT, dengan sikap rakan2 yang suka cakap belakang, dengan insan-insan istimewa yg suka ambil kesempatan, dengan susu punya lembu sapi dapat nama..hah banyak tu baru intro ...tapi nak tak nak daku kena lalui benda itu semua dah namanya daku ambil gaji maka kenalah pikul amanah itu.

Memang benar ada sungutan dan rungutan keluar dari bibir ini, tapi yang penting kerja kena buat..suka tak suka kerja kena habiskan..walau tak suka ke apa ke kena professional tak perlu nka tunjuk sikap mogok kita dan sikap memberontak kerana hasilnya kita yang susah paling kurang dpt memo paling kuat awak nampak itu pintu besar..BYE..BYE..

Melainkan kalau dah betul2 nekad dan tekad itu tak boleh buat apalah, tapi janji ALLAH itu pasti rezeki ada dimana-mana, tapi kalau duduk je melekat kat kerusi mana rezeki nak masuk kenalah usahakan?.

Tapi orang kata kalau gaji ribu riban tapi hati tak senang asyik kepala serabut pun tak gunakan, biar gaji sedang-sedang janji hati happy dan jiwa tenteram bukan begitu?.

Apa pun bagi daku selagi kita masih bekerja tak kira dimana suka ke tak suka kerja kena buat..kerana gaji kita dibayar..pepatah daku senang jer..dari kul 8pagi ke 5ptg..tak puas hati ker, tak berkenan ke kena layan jer rentak bak kata salleh yaakob i follow...hah lepas waktu kerja 5.00ptg nak bertumbuk, bergusti layan...ha..ha..boleh..

Cuma kadang-kala bila ada masa kita perlu untuk membela diri dan membetulkan keadaan tidak salah andai kita memberikan suara atau bersuara, mungkin tidak akan dipandang yang penting kita telah mencuba..hasilnya terpulang yang penting kita telah berusaha...

Nih nak sambung kerja balik..nak kena turun naik tangga balik..aduhh penatnya....

Wednesday, April 25, 2012

HUKUM MEGGELARKAN/HINA/CACI/AIB & MENGUMPAT



Sekadar renungan untuk kita bersama sebagai peringatan kerana kita memang sering lupa bukan mudah lupa:-


 Allah Taala Berfirman: "Tidaklah seseorang mengucapkan suatu perkataan, melainkan di sisinya terdapat malaikat Raqib dan Atid." (Surah Qaf, ayat 18)
Firman Allah Taala:
"Janganlah saling mencari-cari aib (ghibah) sesama kamu..." (Surah al-Hujaraat, ayat:12)

Apakah ghibah?
Pengucapan perkataan (dengan gerak badan, mata, tulisan ) sesuatu yang tidak disukai kpd orang lain. Tidak kira yang tidak disenangi itu ada pada tubuh badannya, gerak lakunya, agamanya dan sebagainya.
Menurut al-Ghazali, definasi ini adalah yang telah diijma'kan oleh kaum muslimin. Maksudnya, mereka bersepakat mengatakan bahawa inilah dia definasi ghibah. Ghibah, dalam bahasa Melayu kita disebut mengumpat. Iaitu menceritakan keburukkan orang lain di belakangnya.


Allah Taala Berfirman: "Celakalah untuk setiap pengumpat dan pencela."
Hukum Ghibah
Hukum ghibah adalah haram. Sebahagian dalilnya ada termaktub pada ayat al-Quran dan hadis di atas. Dan terdapat di dalam sebuah hadis di mana Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa orang yang mengutuk orang Islam yang lain sebagai fasik.

Dan siksaannya amat berat sekali, kerana ia termasuk antara dosa-dosa besar. Dalam sebuah hadis ada menceritakan bagaimana dua orang ahli kubur sedang disiksa. Yang seorang gemar menyampaikan aib orang dan yang seorang lagi tidak bersuci dengan sempurna selepas kencing (lihat hadis berkenaan riwayat Bukhari).
Namimah pula ialah mengadu domba. Iaitu menyampaikan perkataan orang lain untuk membuatkan kedua-dua belah pihak berkelahi.
Jadi, apabila hukum ghibah dan namimah itu haram, maka menasihati orang yang melakukan ghibah adalah wajib. Jika tidak berdaya hendaklah beredar dari majlis berkenaan. Jika tidak berdaya juga, hendaklah engkar di dalam hati.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Tahanlah lidahmu terhadap perkataan buruk..... al-hadis (Riwayat al-Tarmizi, `an Uqbah bin Nafi')

Sabdanya lagi:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari ahkirat, hendaklah dia berkata perkataan yang baik tau dia diam sahaja." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


 Allah Taala Berfirman: "Allah tidak suka kepada perkataan yang tidak baik diperdengarkan, kecuali dari orang-orang yang teraniaya..." (al-Nisaa', ayat 148)
Ghibah diperbolehkan Hukum ghibah adalah haram. Ini adalah hukum asal. Atas alasan-alasan syarak ia diperbolehkan. Apakah alasan syarak itu. Iaitu mahu mencapai satu-satu tujuan yang benar menurut pertimbangan syarak, di mana jika tidak melalui cara itu tujuan itu tak mungkin akan tercapai. Walaubagaimanapun, jika ada cara lain seboleh-bolehnya gunakan cara berkenaan. Elakkan ghibah.
Membela diri. Adalah dibenarkan jika:
a) atas tujuan yang dibenarkan oleh syarak
b) Jika tiada jalan lain melainkan dengan membuka aib orang lain.
Contohnya, saudara telah dituduh mencuri, sedangkan saudara tahu siapa yang mencuri. Saudara terpaksa mempertahankan diri dengan berkata benar. Ini biasa berlaku di mahkamah. Mahkamah terpaksa membuka aib mereka yang terbabit untuk tujuan yang dibenarkan oleh syarak, iaitu membuktikan benar atau salahnya orang yang dituduh (mencari penjenayah).



Yang baik untuk renungan yang silap itu adalah dari kedaifan saya...

Tuesday, April 24, 2012

POLIGAMI: RELA ATAU TERPAKSA




Isu yang agak panas dan agak tidak disenangi oleh golongan seperti aku, ya aku akui ikhlas dari hati perkataan ini agak menakutkan..

Sejal dari kelmarin boss di tempat kerja ku asyik berbahas dengan ku tenang isu ini, entah mengapa mungkinkah ada maksud atau memang sedang bercita2 kearah itu.

Persoalan dia kepada aku : Tak salah jika beristeri lebih dari satu..jika adil, yg paling best ayat dia benda yg elok kalau niat dapat pahala apatah lagi jika melaksanakan itu sunnah Nabi. Jadi nak tak nak kena redha walau terpaksa..bukankah jika kita terpaksa dan tanpa redha cuma akan menambah dosa??

Persoalan aku memang benar adilkah? tidak mustahil akan ada walau sebesar zarahpun tidak saksama, harus bagaimana? daku pernah mendengar ceramah seorang ustaz tentang isu poligami ini, dan jika aku tidak tersilap Ustaz itu memaklumkan" Poligami memang sesuatu yg halal namun jika sudah menzalimi kaum wanita maka akan menjadi Haram"? . Jadi renungkanlah.

Malas sebenarnya menjawab isu begini, tapi kekadang aku kena rasional, memang aku ucapkan tak semua wanita menginginkan itu memang mintak jauh tapi jika itu yang tertulis terpaksa redha jua, memang diucapkan tidak mahu namun Jika telah tertulis "KUN FAYAKUN" harus bagaimana seorang wanita ingin menolaknya.

Memang itu adalah jodoh ketentuan, alasan biasa dari mulut lelaki..mengapa wanita sukar menerima hakikat ini? bukan sukar untuk menerima tapi tak akan menerima alassan yg agak tangkap muat, sedangkan telah tertulis harus berusaha, jadi usahakan agar hati tidak berpaling, memang para isteri jua ada kesalahan, namun kesalahan itu adakah lebih besar dari keperitan tika seorang isteri memelihari benih yg terkandung selama 9bulan, kesakitan kepayahan tika melahirkan zuriat buat sang suami, terhakiskah semua itu?? susah ditafsir akan akal lelaki menjadi isteri terlebih baik pun akan dipertikaikan, apatah lagi menjadi isteri yang kurang baik? Namun tak semua lelaki yg bersifat begini. Memang hakikat ada kaum hawa yg tak mampu memberikan zuriat, jika di kes begitu maka daku juga tidak mampu untuk memberikan pandangan, kerana ayat lelaki berkahwin untuk anak. ya kita terima itu tapi bila dah ada anak pun alasan yg sama, tanggungjawab itu yg terpenting.

Lelaki tidak akan memahami apa yg dilalui wanita kerana dalam minda telah ditrain lelaki boleh kahwin 4..dan isteri dapat payung emas?? payung emas jika redha namun untuk redha agak susah. memang di mulut redha namun dihati? bagaimana ikhlaskah redha itu..ataupun kerana terpaksa?

Duhai lelaki mengapa sukar memahami wanita yg pernah diucapkan cinta, yang pernah dijanjikan setia, yg pernah dijanjikan akan menerima tiap yg kurang? mengapa mudah tertewas...Fahamilah airmata yg hadir dipipi wanita itu hanya zahir yg bisa dilihat dengan mata kasar tapi darah yg mengalir dihati?

Jodoh dan takdir memang telah ditetapkan, tapi tak salah andai berusaha? Aku tahu aku tidak layak untuk mempersoalkan isu ini yg sampai bila pun tidak akan berhenti, aku juga pandai untuk membentangkan segala hadis cuma sekadar pandangan dari seorang wanita atas sudut peribadi..seseungguhnya kaum adam dan hawa masing2 memiliki keistimewaan dan kecantikkan yg tersendiri cuma dari segi pendapat dan idealogi mungkin tak akan sama walau ada yg serupa..





KAWAN VS KELUARGA




Pagi tadi terbaca satu status dari seorang sahabat di FB..Membelakangkan keluarga kerana percayakan kawan..agak kritikal status itu bagi pembacaan daku, tapi lain orang lain akan pendapat dan buah fikiran.
Mungkin keadaan dan situasi yg agak berbeza kerana setiap manusia tak akan sama dugaan yg dihadapi.

Bagi daku memang kawan itu adalah sesuatu yg indah dalam hidup kita, sepilah kita jika tiada kawan, memang meriah andai hidup kita dikelilingi kawan, orang cakap apa makan sama2 gelak sama2. indahnya dunia..boleh berchat di FB, Twitter macam2 lagi kegunaan IT yg ada sekarang, rasanya majoriti lebih ramai kwn di alam cyber dari alam realiti.

Orang cakap berkawan biar seribu..tak salah bercerita pada rakan untuk melepaskan beban..tapi rakan mungkin sekadar menjadi pendengar dan meluahkan simpati..tapi awas tak semua kawan akan menyimpan rapi apa yg kita sampaikan.. bukan tak mempercayai kawan..kita kena ada sifat percaya baru akan wujud istilah kawankan? percaya boleh tapi kenali dulu kawan kita, tak semua kawan boleh menjadi pendengar, bak kata pepatah biar pecah diperut jgn dimulut, susah nak cari kawan macam ni. Bagi aku Alhamdullillah aku tergolong dalam insan bertuah didampingin oleh beberapa kawan yg bersifat begini walau hakikat boleh dibilang dengan jari tapi aku tetap berbangga.

Tapi harus beringat sejauh mana kita menyanjungi rakan2, keluarga adalah harta yg teramat bernilai, sebusuk mana pun itulah yang akan paling setia menemani kita andai suatu hari nanti kita tersepit, Keluarga tidak memerlukan wang ringgit cukup andai kita tahu menghormati sesama perasaan. Jangan terlalu melebihkan rakan kerana keluarga itu lebih berhak keatas kita.

Bila rakan merajuk kita perlu pujuk, namun bila keluarga merajuk kita akan kerugian, tapi hakikatnya keluarga tak akan merajuk walau berlari sejauh mana pun dengan rakan kita keluarga akan tetap menghimpit, jangan cepat merasa rimas, memang perilaku rakan dan keluarga berbeza tapi manfaatnya tak akan sama.

Jadi pada daku memang kita tak salah menyanyangi rakan tapi sayangilah keluarga melebihi segalanya kerana keluarga akan sentiasa bersama kita walau dlm apa jua keadaan. Tapi andai kita pandai mengimbangi sahabat dan keluarga itu lebih baik....Tapi keadaan terkadang memaksa untuk kita melebihkan rakan.

Apa pun daku sayang akan kawan2 yg hadir dalam hidup ku dan daku menghargai keluarga ku.



Monday, April 23, 2012

KELEBIHAN khatamun nubuwwah

Alhamdullilah berkat perkongsian dari seorang sahabat, dapat juga sedikit pengetahuan bagi menambah ilmu yg tak seberapa didada ini,

"KHATAMUN NUBUWWAH" soalan pertama yg keluar dari bibir ini, zikir atau ayat penerang hati ke ni? menampakkan kekurangan ilmu pada diriku, tidak malu daku mengakuai , biarlah daku digelak tawa kerana kekurangan ini kerana memang itu silapku. aku terima dengan kekerdilan yg penuh.


Ayat ini diberikan oleh seorang sahabat bila daku meminta pandangan dari beliau, banyak sebenarnya kelebihan ayat ini.

Sejarah Ayat "KHATAMUN NUBUWWAH"
~ NABI S.A.W DICAP DENGAN CAP KHATAMUN NUBUWWAH UTK MENENTUKAN  BAHAWA NABI S.A.W ITU NABI DAN RASUL YG TERAKHIR, TIDAK AKAN ADA LAGI SELEPAS NABI S.A.W.

Fadhilat- Fadhilat ayat ini jika diamalkan :

1) Sesiapa melihat ayat ini dari waktu subuh dengan ada lagi wudhuk Allah akan menjaganya hingga ke petang. Jika melihatnya dari waktu Maghrib akan terpelihara hingga waktu pagi.

2) Jika melihat ayat ini dari awal bulan Allah akan memeliharanya hingga ke akhir bulan tersebut.

3) Jika diletakkan ayat ini dlm kenderaan( melihat) Insyaallah akan terpelihara dari kecelakaan sepanjang perjalanan.

4 ) Jika menjadikan ayat ini hiasan didlm rumah, penghuninya akan dipelihara dari kebakaran dan kecurian.
serta Insyallah dielakkan dari terkena wabak taun dan penyakit yg berjangkit.

5) Ayat ini juga utk perlindungan/ perubatan dari iblis....

Sekadar pengertian dari kaca mata saya untuk ayat ini, walau hakikatnya nya banyak lagi kelebihan ayat ini...InsyaAllah akan saya cuba untuk memahami akan mukjizat akan ayat ini untuk renungan kita bersama, jika ada yg tersilap sila maafi saya. yg baik itu Milik DIA yag terkurang itu adalah saya.



Friday, April 20, 2012

MENCARI SILAP ATAU MEMBUAT SILAP

ZR

         

As salam,

Salam jumaat yg penuh indah dan penuh dengan keberkatan untuk penghulu segala hari.

Di hari yg damai dan redup tak salah andai kita berfikir sambil menilai sudut posifi dan negatif yg ada pada diri kita. Banyak yg terkurang atau ada yg terlebih dalam perjalanan hidup seharian kita.

Kita senang mencari silap orang disekitar kita tanpa kita sedari membuat silap dengan hanya melihat telah memberikan jawapan untuk penilaian kita, mencari salah memamg mudah tapi untuk mencari kebaikan walau sebesar zarah pun kita menjadi buta.

Orang kata bila tak suka yg elok pun nampak tak sempurna, bagilah lah gula berkilo2 tapi tetap pahit dan terasa terlebih garam..

Mencari musuh memang senang tapi hakikat musuh itu lebih jujur dlm memberikan reaksi atas sikap kita berbanding teman yg banyak berselindung dengan ayat ingin menjaga hati kita, hingga yang terkurang makin hilang terus.

Kita manusia memang susah mencari silap sendiri kerana itu kita sering membuat silap, ada yg sedar tapi lebih banyak yg diluar sedar.

Pendek kata kita memang tak mampu untuk mengiktiraf diri mahir dalam penilaian kerana bila kita melihat buruk seseorang seperti itulah orang lain memandang kita, jika kita lapang kan hati melihat seribu keindahan tidak mustahil sejuta kali kita dilihat cantik..Tak payah suntik vitamin C, tak perlu botox cantik itu akan hadir sendiri.

Maka lebih baik agar kita tidak terus mencari silap yg didepan mata tapi carilah silap itu yg berada pada zahir sendiri, memang susah namun tidak akan sulit jika kita mencari dengan penuh sabar, akan bertemu titik tersebut.

Thursday, April 19, 2012

KAKI NOVEL ATAU HANTU NOVEL?

ZR

Maksud dan kata yg agak sama perumpamaan ini, tapi lebih mesra alam dengan ayat hantu novel barangkali, kat pejabat ni banyak hantu novel, daku nih tidak termasuk dalam golongan kaki novel tapi entah macam mana boleh melekat dengan stiker penggemar novel dikebelakangan hari ini,. pernah bercita2 menjadi penulis novel tapi al-maklum ler bukan seorang insan yg benar2 berseni.. seni itu ada tapi susah untuk ditafsirkan..

Semenjak dua menjak nih, daku ader ler beli novel2 yg rasa2 agak merentap emosi ini..cewah boleh ler buat peneman dikala jiwa kacau..asyik jiwa kacau jer aku ni..bila lah gamaknya tak ada kena kacau...kalau tak merasa jiwa kacau bukan manusia pulak kan?

Penulis2-penulis pulak daku tak tertumpu pada seseorang yg mana rasa tajuk cam best rembat jer..tapi aku ni malas nak melancong kat kedai buku..jadi order online dengan penulis sendiri atau contact jer syarikat penerbitan..biasanya dalam 2 hari boleh dapat..tapi kalau order dengan penulis confirm2 dpat signature lagi..itu yg mahal tu tayang kat bebudak office..ha..ha..ha..

Atara novel favourite daku ler: 

1 ~     

2~    

3~ 


4 ~


5~ 

6~ 

7 ~

8~

9~

Ini jerlah novel yag bila daku baca cam melekat kat jiwa..cewahhh...

Thursday, April 5, 2012

TIADA DUKA YG ABADI

ZR

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Wednesday, April 4, 2012

BAHAYA MULUT.

ZR

Semalam daku memberanikan diri mengajak seorang insan untuk makan tengahari bersama aku, mungkin dengan undangan ini akan menimbulkan spekulasi atau kata2 yg barangkali tidak elok didengar tapi undangan ku adalah dari golongan Hawa, golongan yg auratnya sama denganku, dan tidak akan membatalkan air sembahyang dan seagama denganku bukannya berlainan agama yang harusku jaga aurat dengannya...ya aurat ku dengan semuslim walau sama tetap harus dijaga namun tidak akan berlebih dari yg sepatutnya..


Dari permulaan perkataan ada getar untuk aku usaikan..ibarat menjadi pejuang walau bkn bertempur dimedan..namun bertempur dengan perasan lebih hebat.


Penuh yakin dengan Nama Allah aku mulakan untuk menyelami ke dasar hatinya. ku tabirkan tanpa selindung. moga tiada yang akan terluka dan moga pengucapanku beralaskan redha ALLAH, kerana tanpa Redha apa saja perbuatan tidak akan mendatang syafaat apatah lagi manfaat.


Alhamdullilah....Allah memudahkan segalanya..telah terungkai tanpa perlu masa yg lama, tidak perlu untuk saling menyalahi, kerana Benar itu akan datang dengan sendirinya walau mungkin lambat.


Dari detik dan masa ini aku fahami akan kerumitan dan bahaya nya MULUT..walau nampak mulus bibir, walau manisnya ayat belum pasti hatinya juga manis, kerana hati didalam sukar utk menilai atalah lagi mentafsir...hanya DIA juga yg lebih tahu , segalanya milik DIA..walau tersembunyi sebesar zarah sekalipun DIA yang dulu akan tahu...tiada ruang untuk lari walau habis keliling dunia.


Iktibar telah lama ku ambil pakai, namun sejarah akan tetap berualng dan aku tetap akan menerima tempias kerana MULUT..walau mungkin dari mulutku sendiri..


Berhati2, sudah acapkali aku mencuba mengguna pakai formula itu, tapi MULUT ini tidak ada remote control..jika boleh ditekan pause sudah pasti itu pilihan akal bila mulut terlebih bicara..


Yang paling hampir , bukan bererti yng paling baik dan paling jujur dengan kita, kerana adakalanya musuh itu lebih baik sifatnya..yang nyata terang dan bersuluh meluah rasa ketidakpuasan hati...musuh akan meluah melalui MULUT dan teman yg mendengar akan menyampaikan melalui Mulut..jadi..yg mana benar..yang mana ikhlas untuk menasihati atau untuk menyakiti??


Timbang tara dengan sebaik dan seeloknya, tak perlu terus melatah bikla mendengar kerana dari beberapa mulut telah bertambah dari episod 1 ke 5 episod dan kita kahirnya menjadi penamat..ibarat filem inginkan airmata atau bagaimana?

Monday, April 2, 2012

Mengharap

ZR
Ya Allah bantulah aku...berilah aku jalan yg dipermudahkan...
Ringankanlah ujian yg hadir, tenangkanlah jiwaku,

Ya Allah penuh doa penuh harap,
agar akan dikau berikan bantuanMU...