Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Tuesday, January 31, 2012

OBSES, MINAT ATAU KEMARUK

ZR

Berjalan dan membaca di blog sekarang majoriti demam..aku pun tak faham kemaruk pada lelaki yang nakal, jahat tapi romantis itu tajuk yang amat ketara..mulanya aku tak mengerti bila ku baca baru ku fahami ..la..tergoda dengan lakonan yang dilihat..musim barangkali.

Ingatkan di blg sahaja, buka FB pun ramai yang berstatus begitu..apa masalah sebenarnya ni??? sungguh aku tak faham..sampai kat office ader juga berperangai begini siap bercerita sambil senyum dan tersengih-sengih..al  kaedahnya hati berbunga..bunga lah kata.

Entah aku membuat tafsiran sendiri barangkali para wanita dimalaysia agak kurang merasai sifat romantis dari lelaki melayu, lelaki melayu agak ego untuk terus bercinta selepas kahwin, lelaki melayu agak kaku untuk menyampaikan rasa. Para wanita cepat jatuh cinta bila melihat watak lelaki yang romantik, manja, suka mengusik siap ada jatuh cinta ...walau hakikat sudah berpunya....OBSES sudah....

Aku ada juga angau , ada juga bermimpi namun hakikat yang didepan mata lagi indah...

Musim kemaruk nih seronok juga kan..buat hati berbunga-bunga, ada juga cerita untuk dikongsi tak perlu forum kata-mengata.

Apa pun buat kekawan yang faham layan lah perasaan anda tuh...jangan terlebih menaruh gula bimbang kena kencing manis pulak siapa susah..sendiri juga......

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel