ZR
Seperti insan lain aku juga telah disajikan dengan kisah dongen sedari kecil,
Tanpa kita sedari jiwa kita turun mereka mimpi untuk mengecapai sesuatu yang diluar akal, rasanya rata-rata mempunyai mimpi yang indah mimpi yang luar biasa yang tak terduga dek akal kerana itu dikatakan mimpi.
Namun tanpa kita sedari terkadang ada jua apa yang kita anggap dongeng berlaku dalam hidup kita, cuma kita tidak menyedari.
Tidak perlu untuk berkhayal tentang putera berkuda, nenek kebayan, kuasa sakti atau sebagainya, kerana terkadang ada yang berkait dengan hidup kita mungkin dalam pembawakan yang berbeza. Usah mengimpikan magis untuk menukarkan segala mengikut kata hati kerana kata hati itu belum pasti.
Kisah dongeng putera dan puteri yang selalu menjadi cerita, atau mungkin kita selalu mengimpikan hidup kita ibarat romeo dan juliet, laila majnum atau shah jehan yang membina istana untuk mumtaz. Terlalu taksub dengan khayalan yang meledak dihati, hingga terlupa yang ada itu perlu dihargai walau mungkin tidak seromantis pujangga.
Hakikat yang nyata segala yang ada disekeliling kita dan apa yang kita miliki bukan khayalan semata, tidak guna cuba merubah realiti menjadi fantasi dan tidak guna untuk berlakon seperti dialam mimpi kerana tidak semua mimpi itu indah.....
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel