ZR
Ni Nama tempat daku menunjukkan kehandalan daku dulu ~ TEMANGAN~
Signboard ni kat stesen keretapi temangan betul-betul depan umah aku......
Tersenyum sorang-sorang hari ni, entah mengapa fikiran teringat kat zaman hingusan dulu, zaman sedang seronok main baling-baling tin.
Best sangat waktu dulu, main pondok-pondok, panjat pokok jambu ala-ala tomboy gitu, main kat sawah bendang dapat pengalaman nak tanam dan tuai padi. Huh penat waktu tu pakai seluar cerut dan baju kurung kedah siap ada topi kat kepala. Kena semai, cabut dan semai balik aku pun tak faham apasal nak semai cabut dan semai tak boleh ker terus je tanam dalam berani ada juga takut bimbang lintah yang ada dalam sawah, tapi bila mandi sungai tak ingat dunia. Siap buat aksi terjunan BEST sangat waktu ni kekadang lupa diri sampai kena kejar dengan rotan sebab maghrib pun tak balik-balik lagi.
Parit cam ni le aku panggil sungai kat bendang tempat daku dan sepupu papat berendam.
Sebelum balik cari siput banyak dapat. Kata orang tua musim menyemai padi musim siput.
Cam ni le daku menyemai sawah dulu....kena ikut je garis.
Detik yang manis bila padi dah berbuah..Uh bila dah kekuningan bermulalah episod nak menuai padi. Kena sabit dulu. apa lagi miang ler badan kena daun dia. Dah le musim ni biasanya panas terik. Tahan jelah dengan topi makcik jual sayur tu sambil menyanyi-nyanyi.
Seronok waktu tu tengok burung-burung yang terbang, pemandangan sawah cantik sungguh. Ramai jiran -jiran kat petak bendang masing-masing. Dulu-dulu tak pakai jentera yang membantu pakai tangan je siap sabit terus tuai kat balang ( Buatan sendiri petak empat segi ) kena hempas kuat-kuat bagi padi terlerai. Hu waktu ni kalau tak peluh tak sah.
Bila dah penat mula le geng seangkatan datang, apalagi bentang tikar mengkuang duduk bawah pohon bamboo tepi sungai ohhhh romantisnya.....ada ke lagi tempat tu. Cantik sangat rasanya kalah photo shoot drama Nur kasih. Ha macam gambar ni....
Apa lagi mulalah sessi makan..waktu ni wah kemain banyak makanan terhimpun yalah bila dah semua datang melepak masing-masing buka bekal. Tak ada beza dan sebarang darjat semua sama rasa tak ada dengki dan segala bagai kekadang kita orang nyanyi ramai-ramai ingat lagi lagu -lagu waktu Exist tengah TOP.
Bukan main masing-masing penuh feeling siap bila ada budak-budak lelaki kacau kita orang ada geng main balas lagu. Zaman sekarang boleh ker main can gitu jer tanpa sentuh dan usik-usik???
Tapi yang paling best kat kawasan tu ada sepohon pohon Ara.. tak tahuler kat sini orang panggil apa ..Ni gambar buahnya.
Pokoknya kemain besar, selalu jugaler gaduh ngan budak-budak lelaki berebut buah dia yangd dah masuk merah maniss sangat. Ingat lagi i yang tukang panjang pokok tu walaupun pokok tu betul-betul bawah dia sungai dalam, tapi sebab semangat patriotik tu terlebih sanggup....
Indah sungguh indah..tapi itu semua kenangan ..Nanti sambung lagi .....
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel