Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Tuesday, January 25, 2011

SAYANG AWAK

ZR                                           
SAYANG AWAK PART ~ 5

Aini terus merenung akan handphone yang masih ditangan. Entah mengapa sejak mendapat panggilan telefon dari ibunya aina menjadi kaku, handphone didepannya ibarat berlian yang amat bernilai hingga tak teralih pandangannya.

“Aina, mak nak bagitau aina ni, esok ada rombongan nak datang ke rumah kita”Mak memulaka bicara

“Rombongan apa mak? rombongan cik kiah ke?.” Aku membuat lawak yang ku rasa tidak begitu lawak.

“Aina mak fikir aina dah faham dengan maksud mak rombongan nak memetik bunga yang mekar mewangi kat laman kita le yang oiiiii”. kedengaran suara mak geram dengan gelagat ku.

“Alah mak apa  masalahnya biarlah diaorang nak datang mak dah bagitau Ain ke belum ni?” aku menanyakan soalan.

“Apasal pulak nak bagitau Ain, tak ada kena mengena dalam hal ni, yang kena dengan  kes ini , anak mak yang sedang bercakap.” Mak meluahkan.

Mendengar ucap mak bagai nak terluruh jantung aku, debar yang hadir ibarat nak keluar organ dalaman aku. Betul ke  yang aku dengar atau aku bermimpi. Reaksi ku mungkin agak pelik hingga beberapa kawan dipejabatku melihatku dengan penuh persoalan.

“Aina dengar tak mak cakap ni, kalau dengar apasal sunyi sepi ni?” mak mencari aku yang dalam kebisuan.

“Mak ni kot ya pun nak main-main tak payah le guna cara cam ni. Aina tak kisah le kalau Ain kahwin dulu tak ada sebarang masalah le.” Aku menenagkan jiwa yang sudah hilang arah.

“Ishhh budak ni mak bagitau yang betul, rombongan tu nak masuk meminang Aina, nak bagi cincin. Rasanya Aina tak ada halangan kan, lagipun Aina pun mesti setuju dengan ikatan yang bakal dibina ni.” Mak terus berbicara sedangkan aku seakan hilang dari diri aku.

“Mak rasa Aina memang tidak akan menghampakan mak dan ayahkan?, lagipun mak rasa dia memang layak untuk Aina dan memang dia pilihan tepat.” Ucap mak tanpa memberi ruang kepada aku untuk berbicara.
Aku terus membisu bagaimana harus aku nyatakan, siapa yang bakal menghulurkan cincin padaku, siapa dia yang akan mengakadkan nama ku nanti, sememangnya aku mengharapkan Hakimi tapi mungkinkah dia?  sedangkan dah dua minggu dia tidak mempedulikan diri ini, hilangkan rasa sayangnya pada diri ini, atau memang dia telah beralih arah seperti yang aku gambarkan. Andai benar beruntunglah wanita yang bakal menjadi permaisuri Hakimi. Terasa sebak dihati ini, betapa aku merindui dan anganku dia menjadi pelindungku.

Aina! Aina!” Suara mak mematikan lamunan ku, suara ku sekaan hilang untuk terus berbicara yang tinggal cuma rasa terkilan dan sepi yang mula hadir.

“Mak macam mana Aina nak bagi mak jawapan dalam masa singkat begini, sedangkan Aina belum bersedia. Secara tiba-tiba sebelum ini mak tak pernah pun membangkit hal ini, Aina rasa elok kita bincang dirumah.”

“Memanglah bincang dirumah, mak Cuma nak maklumkan rombongan nak datang esok, jadi Aina boleh minta cuti esok”. Mak seakan tak memahami gelodak yang melanda jiwa ini.

“Mak…kita bincang dulu.” Rayuan yang terkeluar dari bibirku

“Aina mak ni ibu Aina apa yang mak buat semuanya terbaik buat Aina sayang, Insyaallah memang dia sesuai untuk Aina. Oh lupa rasanya nama gerangan tu Tengku Ariff Durrah.” Tak pelah Aina sambung  kerjalah  mak buat persiapan apa yang patut.”Tanpa bicara panjang mak memutuskan talian.

“Tengku Ariff Durrah” Ligat otak dan minda berpusing mengingati nama yang mak sebutkan, langsung tak ada bunyi Ahmad Hakimi.  Hati dilanda gelombang yang lebih hebat dari Tsunami…….

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel