ZR
Salam..memulakan penulisan pada pagi ini dengan penuh harapan. Ila satu nama yang termasuk dalam aliran keluargaku, aku baru mendapat perkhabaran sejak dua hari lepas kau telah dimasukkan ke ICU, mengikut jadual sepatutnya kau melahirkan anak pada awal bulan Februari tapi dugaan Allah maha hebat engkau diserang asma yang agak teruk lantas terpaksa dimasukkan ke ICU.
Perkhabaran terbaru ku terima jam 1.03pagi tadi kau terpaksa menjalani pembedahan kerana bayi yang dikandung tidak begitu stabil begitu juga dikau. Alhamdullillah kau melahirkan seorang putera. Namun sehingga detik ini kau masih belum sedar, bantuan oksigen diperlukan dan kau masih kekal di ICU, kau dalam pemerhatian. Manakala bayi mu telah dipindahkan.
Aku masih belum berpeluang untuk melawatmu. Nada suara suami mu ketara berbeza ada nada kesedihan. Ibu dan bapamu juga resah menanti detik untuk menaiki bas malam ini untuk melihatmu, agak panjang masa yang perlu dilalui mereka, aku cuma mampu memujuk mereka dengan kata-kata semangat, mungkin resah bertandang dihati mereka kerana dulu mereka telah kehilangan salah seorang permata.
Buat mu ila, doa ku sentiasa mengiringimu sentiasa ...........
kerana aku tahu kau kuat...Aminnnnnnn
ya Allah.. berderau bulu roma kita..
ReplyDeletesebak sungguh..
semoga Ila selamat dan semoga dipermudahkan segalanya oleh Allah..
semoga ila juga kuat untuk menghadapi ujian ini..
kuat untuk bertemua anak kesayangan yang baru lahir.. :(
Salam..Terima kasih kella
ReplyDelete