Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Thursday, January 13, 2011

BINTANGKU

ZR                    

Kau ingin melangkah pergi,
Kau ingin meninggalkan ku pergi tika aku benar mencintaimu,
Kau pernah meluahkan betapa aku bintangmu namun aku tidak mengerti,
Kini kau ingin menghilang dibalik kabus,
Ku tak mampu mencarimu kerana ku kabur,
Aku berlari untuk mengejarmu tapi aku tersesat dalam kegelapan perasaan sendiri,
Jadikanlah aku bintangmu agar ku dapat memimpin tanganmu dalam gelap,
Biarkan daku terus melihat wajahmu kerana kau bintangku,

Benar dulu aku tahu perasaan ku padamu,
namun ku tak pasti cintamu padaku walau ada isyarat rindu,
Janganlah lepaskan bintangmu ini,
Sinarkan kembali cahayanya,
Tepislah kabus ini agar ku mampu menatap cintamu,
Cinta ini benar untuk mu walau tanpa ku luahkan,
Pasti kau tahu nilai perasaan ini untukmu,
Namamu ku panggil,
Jiwamu ku seru namun masih tak mampu untuk menghalang kabus ini,
Sinarilah taman ini dengan bintangmu,
Satukan perasaan dan cinta ini,
Kerana kau yang kuharapkan,
Kau yang pasti bintangku...

~

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel