ZR
Jika benar cintamu buatku,
simpanlah ia dalam hatimu,
usah kau riak untuk bercerita,
kerana belum pasti aku milikmu.
Jika benar ada rindu buatku,
Susunlah ia dihatimu yang satu,
Usah kau tebarkan dengan angan yang hadir,
kerana belum tentu kusambut cintamu,
Jika benar sayangmu untuk ku,
Kukuhkan ia dengan bukti,
Usah kau tebarkan dengan ucapan semata,
Kerana belum tentu sayangmu kekal.
Jika benar kasihmu buatku,
Tanamlah dengan rasa yang padu,
Usah kau selami dengan rekaan semata,
Kerana aku tak pasti menyintaimu.
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel