ZR
Kepenatan ini menghambat diri entah mengapa mata ini sukar untuk melelapkan mata biar puas ku cuba.
Direnung langit yang kelam dari kamar tidur yang sepi tanpa bicara hanya sesekali dengkuran kecil sisuami yang nyenyak dibuai mimpi yang indah barangkali.
Hati wanita ini kebelakangan ini agak rapuh, mungkin kerana terlalu sensitif atau tertalu emosi namun yang pasti, titis airmata ini setia hadir selalu.
Mengapa sikap suami begini, terlalu banyak pertengkaran, walau sedikit namun cukup mencalarkan hati. Balik dari kerja telah cuba ku lakukan sebaik mungkin untuk rumahtangga ku, dengan baju yang belum disalin terus diri menuju ke dapur untuk menyediakan juadah buat suami. Sambil leka menyediakan hidangan pantas anak mata terpandang selonggok baju suami yang diletakan di birai bilik. Aduh penat, lantas kaki tergerak kesitu dan mengutip setiap helaian untuk diletakkan dalam mesin basuh. Cepat jemari menekan power on untuk membiarkan ia menjalankan kerja.
Telah selesai memasak, kaki diatur ke bilik mandi. Lega bila terkena pancuran air sejuk. Badan dirasakan segar kembali. Nyanyian kecil mengiringi ibarat memuntah tiap keletihan yang terkandung.
Selesai membersihkan diri, seluruh jiwa diserahkan padaNYA, dengan iringan doa moga diri dijadikan isteri yang solehah dan mampu menjadi bidadari dihati suami. Doa moga kebahgiaan kekal menjadi milik abadi mereka berdua. Diiringi sedu- sedan menggambarkan tulusnya hati seorang wanita.
Selesai solat, kaki melangkah keruang tamu, sisa kulit kacang semalam yang dimakan sang suami masih ada dengan cawan yang berbaki. Surat khabar yang tidak tersusun. Bersama keluhan kecil semua itu dibersihkan. Ruang tamu disapu kembali agar bersih. Duduk bersila sambil mencapai kain untuk dilipat, dengan cermat agar lipatan kemas. Sambil melipat tiba-tiba hati terdetik tiada minuman panas lagi untuk suami, terus lipatan ditinggalkan dan menuju kedapur utnuk memanaskan api, Mesin basuh yang beroperasi tadi telah selesai dengan memberikan isyarat.
Perlahan-lahan kain dikeluarkan dari mesin basuh, Pintu dibuka..La kain kat ampain tak angkat lagi rupanya tadi. Terus masuk kembali mengambil baldi kosong utnuk mengisi kain yang kering. Selesai maka giliran kain yang basuh utnuk dijemur menggantikan yang baru diangkat.Sedang menjemur kain. Cerek didapur berbunyi. Pantas kaki melangkah ke dapur kembali menutup cerek. Diteruskan kembali menjemur kain tadi.
Selesai semua, balik ke dapur untuk membancuh air untuk suami, tersengar bunyi motor suami dah balik.Tangan suami dipegang dan dicium tanda hormat. Suami melemparkan senyuman lantas terus masuk menuju ke bilik mengambil tuala dan menuju ke bilik mandi. Selesai mandi suami bertanya. "Baju kerja dah basuh ke belum"?. Anggukan tanda sudah. Nasi dihidang untuk makan bersama.
Selesai makan Suami bangun ke ruang tamu untuk menonton TV sambil membaca paper, isteri terus didapur terkedek-kedek mengemas. Mengemop lantai pula dan mengemas sampah.
Selesai bahagian dapur terus ke tempat lipatan kain yang belum selesai, penat usah dicakap..tikk..tik..tik..masa berlalu selesai urusan. Lantas ke ruang tamu utnutk berkongsi cerita dengan suami, tapi ..hampa suami telah lena.
Kecewa memang kecewa, ibarat diri ini tiada disisi, bila masa untuk berbual, bila masa untuk saling bertukar cerita. Keluhan hati wanita ini tiada siap yang mengerti bila berleter dicakap bosan, tahukah lelaki yang kita ini dalam kepenatan.....
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel