Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Tuesday, January 25, 2011

MELIHAT DAN MENJENGUK

ZR                                      
Melihat akan blog rakan-rakan dialam maya ini, ada yang menbangkitkan ketawa, ada yang membangkitkan kecewa ada yang membangkitkan lara, namun yang pasti blog itu tetap aku lawati dalam senyap.

Mungkin aku bukan penulis yang mampu menarik minat insani untuk menjejaki penulisanku, ikhlas aku tidak pandai untuk menneka dan mencari apa yang diingini oleh orang lain. Aku hanya mampu mencoret yang terlahir diminda ini. Ya mungkin gayaku agak membosankan, mungkin agak merimaskan tapi itu adalah diri ku sendiri.

Puas ku cuba untuk mencoretkan bait kat yang lain, namun jiwa ini tidak mampu, hati ini seakan kaku tiada yang terlahir dari dalam diri. Kaku aku dalam alam yang baru dunia aku cipta. Tewas dengan gelodak sendiri .

Panats aku putusakan untuk membaitkan apa yang kurasakn benar tentang ilham ini, susah untuk aku mencoret selain dari yang terlahir. ..Maka akan selalu ku lihat dan menjenguk tirai rakan-rakan yang lain yang ku selami dasar hati mereka...

SAYANG AWAK

ZR                                           
SAYANG AWAK PART ~ 5

Aini terus merenung akan handphone yang masih ditangan. Entah mengapa sejak mendapat panggilan telefon dari ibunya aina menjadi kaku, handphone didepannya ibarat berlian yang amat bernilai hingga tak teralih pandangannya.

“Aina, mak nak bagitau aina ni, esok ada rombongan nak datang ke rumah kita”Mak memulaka bicara

“Rombongan apa mak? rombongan cik kiah ke?.” Aku membuat lawak yang ku rasa tidak begitu lawak.

“Aina mak fikir aina dah faham dengan maksud mak rombongan nak memetik bunga yang mekar mewangi kat laman kita le yang oiiiii”. kedengaran suara mak geram dengan gelagat ku.

“Alah mak apa  masalahnya biarlah diaorang nak datang mak dah bagitau Ain ke belum ni?” aku menanyakan soalan.

“Apasal pulak nak bagitau Ain, tak ada kena mengena dalam hal ni, yang kena dengan  kes ini , anak mak yang sedang bercakap.” Mak meluahkan.

Mendengar ucap mak bagai nak terluruh jantung aku, debar yang hadir ibarat nak keluar organ dalaman aku. Betul ke  yang aku dengar atau aku bermimpi. Reaksi ku mungkin agak pelik hingga beberapa kawan dipejabatku melihatku dengan penuh persoalan.

“Aina dengar tak mak cakap ni, kalau dengar apasal sunyi sepi ni?” mak mencari aku yang dalam kebisuan.

“Mak ni kot ya pun nak main-main tak payah le guna cara cam ni. Aina tak kisah le kalau Ain kahwin dulu tak ada sebarang masalah le.” Aku menenagkan jiwa yang sudah hilang arah.

“Ishhh budak ni mak bagitau yang betul, rombongan tu nak masuk meminang Aina, nak bagi cincin. Rasanya Aina tak ada halangan kan, lagipun Aina pun mesti setuju dengan ikatan yang bakal dibina ni.” Mak terus berbicara sedangkan aku seakan hilang dari diri aku.

“Mak rasa Aina memang tidak akan menghampakan mak dan ayahkan?, lagipun mak rasa dia memang layak untuk Aina dan memang dia pilihan tepat.” Ucap mak tanpa memberi ruang kepada aku untuk berbicara.
Aku terus membisu bagaimana harus aku nyatakan, siapa yang bakal menghulurkan cincin padaku, siapa dia yang akan mengakadkan nama ku nanti, sememangnya aku mengharapkan Hakimi tapi mungkinkah dia?  sedangkan dah dua minggu dia tidak mempedulikan diri ini, hilangkan rasa sayangnya pada diri ini, atau memang dia telah beralih arah seperti yang aku gambarkan. Andai benar beruntunglah wanita yang bakal menjadi permaisuri Hakimi. Terasa sebak dihati ini, betapa aku merindui dan anganku dia menjadi pelindungku.

Aina! Aina!” Suara mak mematikan lamunan ku, suara ku sekaan hilang untuk terus berbicara yang tinggal cuma rasa terkilan dan sepi yang mula hadir.

“Mak macam mana Aina nak bagi mak jawapan dalam masa singkat begini, sedangkan Aina belum bersedia. Secara tiba-tiba sebelum ini mak tak pernah pun membangkit hal ini, Aina rasa elok kita bincang dirumah.”

“Memanglah bincang dirumah, mak Cuma nak maklumkan rombongan nak datang esok, jadi Aina boleh minta cuti esok”. Mak seakan tak memahami gelodak yang melanda jiwa ini.

“Mak…kita bincang dulu.” Rayuan yang terkeluar dari bibirku

“Aina mak ni ibu Aina apa yang mak buat semuanya terbaik buat Aina sayang, Insyaallah memang dia sesuai untuk Aina. Oh lupa rasanya nama gerangan tu Tengku Ariff Durrah.” Tak pelah Aina sambung  kerjalah  mak buat persiapan apa yang patut.”Tanpa bicara panjang mak memutuskan talian.

“Tengku Ariff Durrah” Ligat otak dan minda berpusing mengingati nama yang mak sebutkan, langsung tak ada bunyi Ahmad Hakimi.  Hati dilanda gelombang yang lebih hebat dari Tsunami…….

Friday, January 21, 2011

LAFAZKAN SELALU

ZR                                      

Sayang bukan dipinta selaut kasih buat ku semata, cuma janji yang belum terlaksana. Hadir mu bukan dalam mimpi semata, tapi hakikat yang nyata.

Cinta mu memang indah namun belum mampu mengusik jiwa ini, rindumu memang manis itu yang kunanti. Ulitilah tidur ini dengan irama mimpi indah ditaman kasih yang sentiasa mekar.

Asmara ini selalu bergelora ibarat tsunami yang melanda, indah namun kuat untuk memusnahkan impian.

Sayang ucapkan selalu kata cintamu biar berkali, biar berjuta agar ku tahu aku yang kau mahu..........

KELUHAN WANITA

ZR                                               

Kepenatan ini menghambat diri entah mengapa mata ini sukar untuk melelapkan mata biar puas ku cuba.
Direnung langit yang kelam dari kamar tidur yang sepi tanpa bicara hanya sesekali dengkuran kecil sisuami yang nyenyak dibuai mimpi yang indah barangkali.

Hati wanita ini kebelakangan ini agak rapuh, mungkin kerana terlalu sensitif atau tertalu emosi namun yang pasti, titis airmata ini setia hadir selalu.

Mengapa sikap suami begini, terlalu banyak pertengkaran, walau sedikit namun cukup mencalarkan hati. Balik dari kerja telah cuba ku lakukan sebaik mungkin untuk rumahtangga ku, dengan baju yang belum disalin terus diri menuju ke dapur untuk menyediakan juadah buat suami. Sambil leka menyediakan hidangan pantas anak mata terpandang selonggok baju suami yang diletakan di birai bilik. Aduh penat, lantas kaki tergerak kesitu dan mengutip setiap helaian untuk diletakkan dalam mesin basuh. Cepat jemari menekan power on untuk membiarkan ia menjalankan kerja.

Telah selesai memasak, kaki diatur ke bilik mandi. Lega bila terkena pancuran air sejuk. Badan dirasakan segar kembali. Nyanyian kecil mengiringi ibarat memuntah tiap keletihan yang terkandung.

Selesai membersihkan diri, seluruh jiwa diserahkan padaNYA, dengan iringan doa moga diri dijadikan isteri yang solehah dan mampu menjadi bidadari dihati suami. Doa moga kebahgiaan kekal menjadi milik abadi mereka berdua. Diiringi sedu- sedan menggambarkan tulusnya hati seorang wanita.

Selesai solat, kaki melangkah keruang tamu, sisa kulit kacang semalam yang dimakan sang suami masih ada dengan cawan yang berbaki. Surat khabar yang tidak tersusun. Bersama keluhan kecil semua itu dibersihkan. Ruang tamu disapu kembali agar bersih. Duduk bersila sambil mencapai kain untuk dilipat, dengan cermat agar lipatan kemas. Sambil melipat tiba-tiba hati terdetik tiada minuman panas lagi untuk suami, terus lipatan ditinggalkan dan menuju kedapur utnuk memanaskan api, Mesin basuh yang beroperasi tadi telah selesai dengan memberikan isyarat.

Perlahan-lahan kain dikeluarkan dari mesin basuh, Pintu dibuka..La kain kat ampain tak angkat lagi rupanya tadi. Terus masuk kembali mengambil baldi kosong utnuk mengisi kain yang kering. Selesai maka giliran kain yang basuh utnuk dijemur menggantikan yang baru diangkat.Sedang menjemur kain. Cerek didapur berbunyi. Pantas kaki melangkah ke dapur kembali menutup cerek. Diteruskan kembali menjemur kain tadi.

Selesai semua, balik ke dapur untuk membancuh air untuk suami, tersengar bunyi motor suami dah balik.Tangan suami dipegang dan dicium tanda hormat. Suami melemparkan senyuman lantas terus masuk menuju ke bilik mengambil tuala dan menuju ke bilik mandi. Selesai mandi suami bertanya. "Baju kerja dah basuh ke belum"?. Anggukan tanda sudah. Nasi dihidang untuk makan bersama.

Selesai makan Suami bangun ke ruang tamu untuk menonton TV sambil membaca paper, isteri terus didapur terkedek-kedek mengemas. Mengemop lantai pula dan mengemas sampah.

Selesai bahagian dapur terus ke tempat lipatan kain yang belum selesai, penat usah dicakap..tikk..tik..tik..masa berlalu selesai urusan. Lantas ke ruang tamu utnutk berkongsi cerita dengan suami, tapi ..hampa suami telah lena.

Kecewa memang kecewa, ibarat diri ini tiada disisi, bila masa untuk berbual, bila masa untuk saling bertukar cerita. Keluhan hati wanita ini tiada siap yang mengerti bila berleter dicakap bosan, tahukah lelaki yang kita ini dalam kepenatan.....

Tuesday, January 18, 2011

SAYANG AWAK

ZR                                                  

SAYANG AWAK ~ PART 6

Hari ini hati terasa kosong, entah mengapa agak sukar untuk Aina tafsirkan, betapa perasaanya tersayat. Sampai hati mak dan ayah meneruskan juga pertunangannya dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali, nama pun baru tahu dua hari lepas.

Aina Cuma memandang kaku kotak cincin yang tersimpan diatas meja soleknya, Kotak itu tidak pernah dibuka semenjak dari hari mak menerima cincin itu dari keluarga Tengku Ariff Durrah.

Sekilas hatinya meningati detik manis bersama hakimi, kau kejam hakimi sampai hati kau biarkan diri ini begini….tapi tak mengapa kau aku kan buktikan pada hakimi yang pilihan mak dan ayah memang tepat aku akan tunjukkan pada hakimi biar padan muka dia. Reaksi Aina berubah seketika bila memikirkan peristiwa bersama Hakimi tempoh hari.

Aina pantas memegang kotak cincin, perlahan-lahan jemarinya mengusup kota itu, rasa damai dan tenang. Mengapa perasaannya berubah  bila menyentuh kotak itu, adakah benar dia mencintai Aina atau memang dia yang tertulis untuk membimbing Aina.

“Ha apa yang menung bekas cincin tu” Ain yang datang mematikan gelodak dijiwa Aina.
“Tenung sahaja tak membawa sebarang erti”. Aku cuba menyembunyikan resah yang bersarang malu pun ada.

“Orang tua cakap makin ditenung makin kita tahu apa yang tersimpan, kenapa tak pakai lagi cincin yang tersimpan” Ain cuba mengambil bekas cincin ditangan Aina.

“Siapa yang nak pakai Ain ke, kalau nak akak boleh je sarungkan.” Aku dengan muka selamba, sedang dalam hatiku ingin juga melihat bagaiman rupanya cincin yang menjadi reantaraan antara aku dan dia.

“Akak ni orang tu dating dengan ikhlas nak mendirikan masjid tapi akan seperti tak mempunyai jiwa, dah le waktu mereka datang akak pwergi kerja, bukan ke mak dah bagiatu akak.” Ain merungut melihat perangaiku

“Akak ada ke akak tak ada ke tetap mengikut perancangan makkan?” Ada nada kekesalan di suaraku.

“Kenapa akak tidak bersetuju dengan ikatan ini, bukankah ini yang akak mimpikan, Bukankah ini yang akak hendakkan.” Ain memberiku soalan yang aku sendiri belum mampu untuk menjawabnya.


Aku terus membisu aku sendiri tidak pasti memang ini yang aku inginkan, memang ii yang aku dambarkan tapi bukan dengan dia.

“Akak tak dengan dengan abg Durrah ke?” Ain melemparkan senyuman

“EEEE abang Durrah tolonglah, geli le akak dengar, tetiba berabang pulak.” Aku memandang wajah ain dengan mimic muka yang sengaja ku buat-buat.

“Yalah diakan bakal suami akak merangkap abang ipar Ain mestilah panggil dia abang.” Ain meluahkan

“Helllo tunang je ya belum kahwin macam-macam boleh jadi.” Aku mengharapkan pengucapan ku itu termakbul

“Alah kak Ain sentiasa mendoakan moga akak dan abang durrah akan menjadi suami isteri yang paling bahagia.” Ain bingkas bangun keluar dari bilikki, mungkin mengelakkan dikerjakan.

Aku buntu kenapa semua orang amat menyokong si durrah tu

“Tengku Ariff Durrah”. Entah betul ke tak tengkunya itu aku membebel seorang diri, lantas ku letakkan kembali bekas cicncin niat untuk membuka cincin termati disitu.

JIKA BENAR

ZR
                                                     


Jika benar cintamu buatku,
simpanlah ia dalam hatimu,
usah kau riak untuk bercerita,
kerana belum pasti aku milikmu.

Jika benar ada rindu buatku,
Susunlah ia dihatimu yang satu,
Usah kau tebarkan dengan angan yang hadir,
kerana belum tentu kusambut cintamu,

Jika benar sayangmu untuk ku,
Kukuhkan ia dengan bukti,
Usah kau tebarkan dengan ucapan semata,
Kerana belum tentu sayangmu kekal.

Jika benar kasihmu buatku,
Tanamlah dengan rasa yang padu,
Usah kau selami dengan rekaan semata,
Kerana aku tak pasti menyintaimu.

Friday, January 14, 2011

PUTERA & PUTERI

ZR                     

Ditabir tirai yang sepi,
Tika lena datang membawa mimpi,
Taman hati ini menyanyi,
Penuh dengan bunga indah,
Hadirmu membawa rasa bahagia,
Lahirmu membawa senyuman,
Walau perit tika kau bersatu di nadiku,
Walau payah tika kau didalam kantungku,
Tapi tetap nikmat merasai gurauanmu,
Tika ku lena kau jaga,
Tika ku jaga kau terlena,
Bila kau diam terkadang daku gelisah,
Gerakan mu menghanyutkan kedukaan,


Cukup indah detik itu,
Setiap saat begitu bernilai,
Sejak daku dikhabarkan memiliki mu,
Terus daku menantikan saat kehadiranmu,
Ku usup dengan panggilan,
Ku belai dalam titisan airmata kesyukuran,


Tiba detik indah itu,
Daku berjuang hanya kerana mu,
Rasa yang tidak sabar menerjah,
Gembira yang semakin mekar untuk menyambutmu,
Biar peluh mencurah,
Biar keringat habis tetap ku lakukan,
Kesakitan ibarat tiada makna,
Perjuangan ku memang untukmu,
Setiap nafas membawa kekuatan,
Walid yang menemani mengenggami erat jemari tanda kasih.


Putera dan Puteri ku tika saat pertama kau menghirup udara dunia,
Saat pertama kau diletakan di perut umi dengan darah yang bersisa,
Terasa betapa sejuk perasaan ini,
Kesakitan hilang bagai sakti,
Tangisan yang baru bergema bagai memakukan perasaan umi dan walid.


Kau disambut dengan debar yang bertalu,
Merenung wajahmu bersama walid,
Ada titisan jernih dipipi umi dan walid,
Perlahan-lahan kerdipan mata kau buka menambah syukur dihati kami,
Dahi ku dikucup dan pipi mu dikucup umi dan walid,
Kebahagiaan ini begitu bernilai,
Putera dan puteriku,
Engkaulah permata dihati umi dan walid.....