Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Thursday, December 30, 2010

LEPASKAN CINTAMU ~ PART 2

ZR

Nur masih setia bersama kelukaan hati yang bersarang sejak ikmal meluahkan rasa hatinya untuk membina mahligai sekali lagi. Tiada apa yang mampu nur ucapkan. Terasa semuanya tersekat dikerongkong. Nur akui dia bukannya terlalu tabah untuk menghadapai semua ini, namun nur juga tidak mampu menyembunyikan perasaan sedih dari wajah suaminya itu. Tapi ibarat tiada yang bermakna dimata ikmal kesayuan di waut wajah nur langsung tidak membawa erti.

“Sayang..sayang perlu faham kenapa abang lakukan keputusan ini”. Ikmal bersuara untuk menyokong tindak-tanduknya.

“Maaf abang sayang bukan tak faham tapi sayang tak mengerti mengapa sekarang isu ini timbul sedangkan dari dulu lagi abang tahu nasib yang akan menimpa kita.” Nada kesal berlagu di suara nur.

“Sayang..abang tahu, itu silap abang mungkin dulu kerana terlalu mengejar nikmat cinta, abang terlupa akan semua itu tidak menjamin kebahagiaan kita.” Ikmal terhenti disitu

“Apa maksud abang? Maksudnya selama ini kita tak bahagia, atau abang terpaksa berpura untuk bahagiakan nur..sampai hati abang.” Butiran jernih mula turun membasahi pipi nur, betapa ada rasa kecewa yang bersarang dalam jiwanya.

“Bukan begitu maksud abang, sayang.... abang maksudkan kebahagiaan kita bila mendengar tangisan sikecil, abang tahu dan nur pun tahu keadaan nur tak mengizinkan untuk nur mengandungkan zuriat.” Ikmal meramas jemari nur .

“Abang dari awal perkenalan hingga saat nur disahkan menjadi isteri abang, hal itu abang cakap jangan diungkit, jangan difikirkan. Kata abang selagi nur ada lengkaplah hidup abang dan abang tidak sesekali membangkitkan hal ini, tapi sekarang..” Nur berhenti tanpa meneruskan kata, pantas bangun menuju ketingkap dan menghalakan pandangan ke luar tingkap.

“Sayang..bukan niat abang untuk melukai hati sayang..percayalah sayanglah segalanya bagi abang, tapi kebelakangan ini bila abang selalu mendengar cerita dari rakan-rakan betapa bahagianya mereka kerana mempunyai keluarga yang lengkap, abang mula merindui untuk merasai nikmat menjadi ayah sayang…abang bukan ingin memuaskan nafsu abang semata, tapi abang inginkan zuriat, inginkan anak buat sayang juga.” Ikmal membuka hujah

“Maksudnya abang juga menceritakan kepada rakan-rakan abang akan nur tak mampu menjadi wanita yang sejati, tak mampu membrikan zuriat buat abang.” Ada nada tegas di suara nur.


AKU DALAM KEGEMBIRAAN

ZR

Cerita semalam masih bersambung ke hari ini, kisah pertemuan daku dan dia . Walau cuma sementara cukup mengubat rindu yang tertanam sudah lama.

Bila pandangan kami saling bertemu tiada yang terucap cuma coretan dimata yang menceritakan segalanya.

Senyumannya penuh makna, senyuman ku penuh erti tiada yang tersimpan dihati segalanya kuluahkan biar dia mengerti betapa dia selalu disisi.

Wednesday, December 29, 2010

LEPASKAN CINTAMU ~ PART 1

ZR


Berbekal rasa  geram nur berjalan menyusuri pantai, keindahan pantai itu tidak sedikitpun menggamit perasaan yang bersarang dihatinya.

“Nur..awak buat apa kat sini.” Suara itu hadir lagi, suara yang banyak mendamaikan perasaan ini kebelakangan ini.

“Tanya nur, habis izat buat apa kat sini.” Bukan ke sepatutnya izat sedang sibuk maklumlah nak jadi raja sehari.” Ucap nur tanpa memalingkan wajah

“Alah macam kau tak pernah mengalami suasana begini,” Izat memandang wajah nur yang nampak seperti menyembunyikan masalah besar.

“Ya aku pernah merasai detik itu dan waktu itu aku amat bahagia, tapi sayang detik itu hadir seketika.” Ada nada kesalan diwajah nur

“Kenapa pulak, maaf andai aku bertanya kenapa kebelakangan ini, nur dan ikmal jarang bersama?” . Izat menuturkan soalan seperti seorang pesalah.

“Baguslah kalau kau perasan, ingat aku seorang je yang perasan.” Ada sindiran tajam dari nur

“Apa maksud nur, ikmal setahu saya sibuk sekarang dengan projet yang dikendalikannya, mungkin masanya terhad untuk nur.” Aku menjadi pembela tanpa berbayar.

“Kau kawan rapatnya merangkak kawan baik aku, kau mesti tahukan kenapa situasi kami begini, lelaki sesama lelaki tiada apa yang perlu dirahsiakan.” Tajam kata-kata dari nur

“Nur, apa masalah sebenar saya tak faham dan tak mengerti sindiran-sindiran dari nur.” Aku tidak begitu senang dengan tuduhan yang dilemparkan nur

“Betul ke izat tak tahu atau sengaja nak menguji atau melihat reakis nur.” Nur memandang sambil tersenyum sinis.

“Sudahlah izat, baik izat bersiap sedia melayari masjid yang bakal dibina.” Nur seakan malas berbicara

“Nur…..apa sebenarnya yang bermain dalam fikiran nur sehingga sanggup membuat tafsiran yang tersendiri pada izat?” . Ketidakpuasan hati menular bila sikap nur sejak akhir-akhir ini berubah, ikmal juga begitu entah apa yang melanda pasangan yang mendapat jolokan rome and juliet dari kawan-kawan sekampus.

“Izat, kau mesti tahukan abang ikmal nak kahwin lain”? Tutur nur dengan lembut

Izat terpaku tanpa jawapan. Pandangan dan mata nur jelas membuktikan betapa jiwanya hancur. Tergamak ikmal bukankah dulu gadis ini yang dipuja, gadis ini yang dimimpikan.

SENYUMAN DAN GEMBIRA

ZR

Berbunga riang ibarat irama ynag indah berlagu, hati melonjak ingin menari.
Senyuman mekar bagai mawar penuh keindahan dan penuh pantulan cahaya yang indah. Jiwa ini sedang gembira, jiwa ini sedang tersenyum.

Sekian lama tidak begini, berabad lama jiwa kesunyian. Akhirnya dia mengerti menghulurkan ceria pada perasaan. Aku masih dalam angan ku berbekal senyuman,
Akan ku serlahkan diri, akanku hulurkan tangan ini dengan penuh rasa cinta, dengan penuh rasa manja biar dia mengerti betapa dia selalu dihati.

Mimpiku dari semalam penuh indah, debar menanti saat bertemu walau selalu tapi hari ini terlalu istimewa. Nyanyian kecil mengiringi senyumku betapa telah lama ku pendam rasa begini, telah lama ku nanti detik begini hadirnya membawa kuntuman kebahagiaan. Kesabaran ini bagai memarahi waktu mengapa hari ini begitu lambat, mengapa hari ini begitu perlahan, cepatlah berlalu, cepatlah berlari agar dapat aku meluahkan bahagia.

Hati yang melonjak dalam debar menanti masa untuk kita, yang akan menjadi detik permulaan yang baru…

Tuesday, December 28, 2010

DIA

ZR                                                               Gambar Ihsan Googles

Kau  kata kau cinta, kau kata kau sayang, tapi mengapa ?
Mata belum buta untuk melihat, mata belum rabun memang pasti itu dia.

Berkali ditanya jawabnya tidak pernah, berkali disoal jawabnya mana ada,
Tapi naluri serta rasa,  hati tahu ada sesuatu. Biar ikrarnya akan setia, biar ikrarnya akan keakhirnya, tapi akhirnya ikrar itu menikam kalbu.

Ketentuan dan Kekuasaan memang milikNYA, yang teraniaya hanya mampu berdoa moga akan terbentang petunjuk kerana hati selalu berbisik ada sesuatu yang terselindung.
Tingkah dia berbeza, ragam dia berlainan ada sahaja yang tak kena dan sentiasa serba tak kena. Riak wajah seakan berubah mata itu tidak berani memandang bila dipersoalkan cuma yang hadir kata suara yang dirasakan tiada kejujuran.

Akhirnya yang benar itu hadir, walau tanpa diduga walau tanpa perancangan.
Ditempat itu terbukti segala bisikan hati benar, dia datang padanya. Riak mukanya berubah ada kejutan ada debaran. Mata ini melihat dari jauh, kaki perlahan pergi melangkah.

Dia yang terlihat menghadiahkan reaksi terkejut, riaknya berbeza, matanya memandang seperti memohon pengertian. Dia seakan tidak mengerti hanya memandang dan bertanya padanya. Senyuman hadir dibibir ini tanpa sebarang ucap hanya mata yang memberi maksud.

Kaki ini melangkah tanpa kata, nama dilaung, nama dipanggil ibarat burung sedang berlagu. Dia datang menghampiri melihat wajah. Soalan emas diberikan siapa diri ini dimatanya. Tanpa ucap tanpa balasan senyuman sahaja moga dia mengerti. Pandangan ku padanya tidak terhenti. Dia seperti memarahiku aku senyum sinis padanya yang menitiskan airmata hadir padaku, mengejar aku tanpa mempedulikan dia. Dia menangis ditinggalkan aku tidak bersorak kemenangan, aku mengerti perasaan dia.

Tekaan dan tafsiran hati padanya telah terjawab. Terima kasih padanya kerana memberi rasa kecewa, memberi rasa terkilan. Wajahnya kutatap dalam kebisuan yang terdengar cuma keluh kesah darinya yang penuh penyesalan. Bicara ini tetap sepi melayari hati yang tercalar…

Monday, December 27, 2010

SI COMEL

ZR
                                                                    Hasil ihsan Googles

Matanya kurenung menceritakan seribu kepayahan, aku setia memandang tanpa ingin memalihkan pandangan. Ada rasa simpati ada rasa kesal ada segalanya.

Ku lemparkan pandangan pada sikecil yang comel hanya melemparkan senyuman yang dihiasi sebaris gigi, walau dimukanya comot tapi tetap memikat hati ini. Selama ini aku hanya melihat dari jauh tapi kini aku menyaksikan dengan mata hati ini.

Dibirai matanya berkaca, tiap baris ucapnya ada getar. Menceritakan kepiluan hati seorang wanita yang bergelar ibu. “ Aku tidak mampu untuk menipu hatiku lagi bila anak-anak ku melemparkan senyuman tika mereka kelaparan, airmata ini tumpah betapa anak-anak ku cuba untuk mendamaikan hati ini”. Aku telah gagal menjalankan amanah yang Allah serahkan." Nada bercampur kecewa aku membiarkan sahaja sambil memeluknya.

Aku sanggup melakukan apa sahaja janji anak-anakku tidak terikat perutnya, aku ingin melihat anak-anak jua merasai apa itu KFC, apa itu pizza seperti kanak-kanak lain, tapi aku tak mampu". betapa luluh jati ini bila anak sendiri berkata." Mak jangan risau bila along sekolah nanti, along akan belajar pandai-pandai, along akan bawa mak dan adik-adik makan tempat best-best cam dalam tv tu”. Tuturnya bila pulang dari melihat tv dirumah jiran terdekat.  Bagaimana along nak sekolah mak tak mampu jawabnya dalam hati yang telah banjir.

Aku memandang sikecil itu, matanya menceritakan betapa dia jua ingin merasai nikmat itu semua, betapa dia ingin untuk memakai pakaian baru. Ada senyuman dibibir pari-pari kecil itu. Anak itu pandai menyembunyikan perasaanya sendiri demi melihat si ibu tersenyum.

Ku perhatikan disebalik wajah yang tak terurus, tubuh yang dibaluti baju yang agak lusuh disarung dnegan selipar jepun. Bajunya agak besar mungkin baju penberian yang perihatin, badannya kurus tanda perutnya bukan selalu berisi tapi ku amati jiwanya cekal dan tidak secekal jiwaku yang melihat zahirnya.

Betapa sikecil itu tahu menjaga diri semenjak ditinggalkan bapa, ibunya ditimpa bencana Allah menguji mereka kerana mereka adalah yang disayangi. Berbekal mulut yang petah dia selalu hadir dilaman dan dirumahku dengan adik-adiknya yang masih setia berteman bantal busuk. Hadir dengan seribu harapan.

Aku terkadang menangis melihat situasi itu. Ya Allah cekalkanlah hatiku, jauhkan sebarang kedukaan buat mereka. Terkadang aku tidak sanggup untuk berfikir tak dapat ku bayangkan andai situasi itu yang anak-anak ku lalui. Ya Allah aku menjadi sayu dan sesayunya. Apa yang termampu ku berikan beserta doa moga akan tiba jua bahagia buat mereka.

Air mata ini menitis laju bila mereka mengucapkan padaku. “Terima kasih akak sebab bagi kita orang makan KFC, selama ni kita orang tengok kat TV je macam sedap rupa-rupanya betul-betul sedap."  Luah sikecil itu sambil tersenyum aku memandang bola matanya yang bertakung dengan manik jernih, aku menariknya dan pantas ku peluk dengan erat, aku menjadi lemah aku tidak setabah dia……

Aku tidak mampu memberikan yang terbaik namun andai ada rezekiku akan kucuba memberikan yang ada agar senyuman itu akan terus kekal diwajah sicomel.

Friday, December 24, 2010

HARUSKAH

ZR
Gambar Ihsan Googles

Memandang wajahnya yang penuh cerita, hati ini ingin sahaja bertanya, ingin daku mengucapkan padanya.

“Luahkanlah aku sedia menjadi pendengar, mungkin ada cerita suka, atau pun duka bisikkan padaku, aku setia mendengar.

Raut wajahnya penuh suram penuh mendung, suaranya hari ini seakan hilang. Dia seperti berlari dipentas rekaannya tanpa mempedulikan orang sekeliling. Ada sebaris keluhan yang terpancul cukup untuk membuktikan betapa jiwanya resah.

Aku hanya memerhati dalam sepi, bimbang andai langkah ku bisa mencalarkan perasaanya. Walau terselit rasa ingin mengetahui namun kubiarkan sahaja.

Renungan sepi terus menjadi temannya hari ini, aku disisi ibarat tiada. Tuturku laju untuk melahirkan tawa tapi tiada yang berbekas dijiwanya. Dia kembali menjadi sepi walau pun seloka berlagu oleh teman-teman yang lain. Mungkin sepinya baru seketika namun cukup membuatkan jiwa ini resah. Aku bersalahkah? Aku menyinggung hatinyakah? Segalanya kuputarkan untuk mengingati.

Andai ku luahkan pertanyaan, bersediakah dia membicarakan, atau aku akan dipinggirkan kerana mengambil tahu. Fikiranku celaru ingin dibiarkan bimbang andai tafsirannya menganggap aku tidak menghiraukannya. Tapi jika aku mulakan bicara mahu kah dia?

Keliru aku keliru kerana memori dulu masih berbaki aku tak ingin dijadikan tajuk cerita sekali lagi aku tak ingin dijadikan penambah perisa sekali lagi andai aku memulakan bicara. Tapi dia tetap temanku..bagaimana haruskah aku memulakan, haruskah aku mencuba ….Aku keliru...