Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Wednesday, June 5, 2013

INDAHNYA SYAABAN

ZR

As salam buat yang masih setia untuk membaca coretan di rumahku yang tidak berhias cantik seperti rumah orang lain. Walau masih ada cacat cela namun terima kasih kerana masih ada yang sudi untuk mengikuti setiap penulisan ini. Apa yang aku tulis itu adalah pandangan aku bukan aku memperlekehkan sesiapa.

Terima kasih juga buat seorang follower yang tiba-tiba menyedarkan aku perlunya untuk aku terus menulis, terus untuk bercerita walau ceritaku bukan sehebat karya agung namun cukup andai kita dapat saling berkongsi tentang ilmu, tentang apa saja.

Ilmu itu milik Allah, jika hari ini kita cerdik pandai namun tidak mustahil sekelip mata akan ditarik DIA, jadi lebih baik kita berkongsi ilmu kerana Ilmu tidak akan habis sehingga nafas terakhir kita. Ilmu ada dimana sahaja ilmu Allah itu luas banyak yang perlu kita cari banyak yang perlu kita fahami bukan semata cukup apa yang kita ada namun perlu jua untuk kita mencukupi apa yang tiada pada orang lain itulah amanah yang allah berikan kepada kita " sebarkan walau sebaris ayat".

Bulan Rejab semakin meninggalkan kita akan hadir bulan Syaaban bulan yang pernuh keberkatan, bulan yang amat dikejar pahalanya oleh kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W. Penuh dengan lubang pahala.
Pernah seorang sahabat bertanya kepada Baginda mengapa bulan tersbut dinamakan Syaaban?' jawab Baginda kerana didalamnya mengandungi seribu kebaikan. dan bulan itu juga diperbanykkan kebaikan. didalam bulan syaaban adanya malam Nifsu Syaaban malam yang terkenal nikmat ganjarannya selepas malam Lailatul Qadar. Kisah banyaknya kebaikan dibulan Syaaban juga pernah diceritakan yang Baginda tidak pernah berpuasa banyak didalam bulan tertentu dalam satu tahun, melebihi puasa Baginda ketika bulan Syaaban.
Selain itu ada beberapa perkara yang ingin kita bersama kongsi untuk bulan Syaaban:

1- Turunnya perintah selawat keatas Nabi

2- Rasullallah berkahwin dengan Hafsah pada tahun ke 3H

3- Lahirnya Saidini Hussain

4- Lahirnya Abdullah Ibn Zubir

5- Perang badar terakhir.

Banyak lagi tentang Bulan Syaaban yang perlu kita cari akan apa yang ada didalamnya bukan hanya kita berfikit tentang kebaikan Ramadhan, kerana Allah mmeberikan kita ruang untuk mencari diri kita dan untuk mencari ibadat.

Semoga kita saling untuk sama mengingati.

Saturday, April 27, 2013

MIMPI

ZR

Sebenarnya aku sendiri tidak tahu mengapa otak dan akalku gagal berfungi sebaiknya, mungkin kerana terlalu banyak minum air yang bersemut mungkin, puas aku taip dan delete, tidak tahu apa yang ingin aku sampaikan dan tuliskan, aku tahu aku tidak sehebat blogger yang lain yang mampu menarik minat orang utnuk membaca blog ini, aku mungkin tak akan mampu untuk menjadi seorang penulis yang akan meninggalkan kesan pada yang membaca kerana aku tiada kebolehan itu, aku mungkin bukan berjiwa seni dan halus kata orang tapi bukan makhluk halus.

Tentang mimpi pasti semua tahu kan? mimpi aalah mainan tidur yang mana proses ini terjadi  bila kita mula tidur, namun kadang-kala mimpi itu akan kita rasakan benar bila kita menyedari sesuatu terjadi dialam nyata.

Mimpi banyak jenis mimpi, ada mimpi yang benar ada mimpi yang menjadi permainan, ada mimpi kebenaran, kadang-kala kita lupa yang Allah itu maha besar segala Zatnya merangkumi alam semesta sedar mahu pun jaga.

Mimpi itu akan penuh dengan cerita, kadang kala bila kita tidur roh kita merayau,rayau dan kita mengalami mimpi diluar sedar. Kerana itu sebenarnya kita mengalami perkara tersebut. 

Salah satu lagi bila bermimpi binatang berbisa, dulu saya selalu mengalami mimpi begini, ular, kala jengking, lipan yang datang mengigit, saya tidak pernah mengambil peduli,tapi bila saya mengalami beberapa perkara yang tidak terjangkau dek akal, saya mula mendapatkan pandangan dan bertanya dengan orang-orang yang Ariff, nyata mimpi juga membawa alamat untuk sesuatu yang tidak elok, walau saya tidak mempercayai namun orang kata lebih baik kita berikhtiar sebelum terlambat sebelum menjadi parah. Alhamdullilah berkat bacaan zikir-zikir dan surah Ruqyah, mimpi makin hilang apa yang saya rasa makin pudar, walau kadang kala ada lagi mimpi binatang berbisa datang namun makhluk tersebut tidak mempu menghampiri aku. Alhamdullilah.

Kalau difiirkan mimpi adalah permainan tidur namun apa jua isyarat mimpi yang dirasakan tidak menyenagkan eloklah kita melakukan solat istikarah mahupun solat hajat memohon petunjuk, mahupun bertanya pada yang bijak pandai.

Namun harus kita ingat Iblis mahupun Jin tidak akan mampu untuk berupa atau menyamar sebagai Nabi Muhammad S.A.W walaupun didalam mimpi, mereka tidak boleh melakukan itu. Kerana nabi adalah insan yang amat terpelihara.



 

Monday, April 22, 2013

BILA KAWAN MAMPU MELIHAT MAKHLUK HALUS

ZR

Malam-malam ni tulis entri yang macam ni agak-agak seram tak, bagi aku tidak seram sangat pun cuma kalau tiba-tiba bunyi sesuatu yang agak pelik tu memang aku takut. aku memang penakut aku tak malu untuk mengaku, dah jenuh aku pergi jumpa ustaz, darul syifa nak pulihkan semangat aku yang dikatakan lemah. Memang aku penakut yang amat, orang offer sejuta suruh lalu aje tak perlu tunggu kat kubur pun aku tak nak wehh.. tak apalah memang aku penakut. Orang tak akan faham kenapa aku ajdi penakut.

Tapi kali ini aku nak cerita sedikit sebanyak tentang seorang hamba Allah yang telah diberikan Allah sedikit kelebihan yang mana dia mampu untuk melihat makhuk halus jin/ bunian. Dia juga beroleh kelebihan untuk menolong orang yang sakit mistik mahupun moden. Aku ni sebenarnya aku kuno sedikit, kalu sebut bomoh aje secara automatik aku ingat semua bomoh kaki temberang, kaki jin ada khadam, aku memang tak akan ke rumah bomoh melainkan ke pusat perubatan islam, tapi itu dulu sebelum aku tahu selok belok ilmu perubatan islam. Rupanya aku silap, ilmun Allah itu luas bagi aku yang kerdil yang tidak mengambil tahu memang segalanya nampak sempit. Sejak aku sakit tak hilang-hilang akhirnya aku minta bantuan kawan aku, Alhamdullilah aku dah sihat, aku tahu bukan dia yang menyembuhkan, dia cuma penyebab yang menyembuhkan adalah Allah, tiada yang lain melainkan Allah.

Mulanya aku sangsi dan was-was bila dikatakan dia mampu melihat benda dialam lain, alam alalh kan luaas dari langit pertama hingga ke7, cuma bagi aku yang cetek ilmu agamanya mungkin tidak pernah mengambil tahu. Pernah bebrapa kali aku melihat dia menolong orang yang sakit, tak perlu kemenyan, ke pengera ke segala bagai, cukup cuma bacaan ayat-ayat suci al-quran kerana mnurutnya kita sering lupa didalam al-quran pelbagai penawar untuk penyakit kita.

Kerana sifat aku yang suka bertanya, aku sering kali bertanya tentang hal pelik=pelik, macam mana nampak makhluk tak takut ke?  dia cakap bukan nampak seperti kita zahirnya, tapi nampak seperti dalam kepala, tergambar begitu, aku memang tak faham. Dia cakap tak ada istilah takut bila terjadi begini, bila dapat melihat sesuatu yang tidak terjangkau lagi membuatkan diri ingin mendekatkan diri pada Allah, terasa begitu kerdil diri.

akan ku sambung kisah ini mata ini dah tak boleh nak bukak dah...

Saturday, April 20, 2013

HATI INI TERLUKA LAGI

ZR
Kalau dah namanya perempuan semestinya tidak dapat lari dari sifat sensitif serta sifattidak mampu membendung perasaan, seperti orang lain aku jua begitu kadang-kala tidak terlepas bila sesekali diri dikhianati. Aku tahu aku bukan terlalu bijak mahupun bijaksana untuk menasihati mahupun membimbing kerana aku cuma seorang insan biasa seperi kalian yang akan rasa pedih bila hati terluka.


Aku tidak akan mampu untuk membohongi diri sendiri yang aku juga punya perasaan, punya jiwa, berkali=kali cuba bertahan namun sesekali akan tertewas juga. Aku tahu aku bukannya seorang yang sempurna kerana aku hamba yang kerdil pasti akan ada silap dibalik kesempurnaan ini. aku sudah berulang kali dilukai, namun aku masih jua tersenyum, aku cuba sedaya untuk tidak menjadikan diri sebodohnya, biarlah aku nampak sedikit cerdik dengan lebih banyak berdiam walau pun luka ini terlalu parah. Entah mengapa airmata tidak gugur untuk luka ini, mungkin kerana aku semakin menyedari tentang ketentuan dan Qada dan Qadar, aku lebih tenang kini tidak untuk merintih mahupun merayu, yang ada cuma rasa lapang dan tawakal, kali ini aku merelakan jika benar ini adalah jalan hidup ku, walau pelangi itu adalah impian ku namun aku ljupa pelangi jua akan hadir sementara sahaja, jadi mengapa aku perlu membohongi diri sendiri. Aku tahu aku harus tabah walau apa jua tanggapan orang nanti, biarlah apa jua yang dilemparkan cukuplah cuma aku dan dia yang tahu cerita sebenar. aku jua sudah terlalu buntu dan terlalu berharap agar diberikan kelapangan dan petunjuk yang benar. Aku benar tidak ingin mencipta sebuah dendam, aku cuma inginkan \kedaimaian dan ketetapan agar aku menjadi tidak lemah.

Hati ini bukan terlalu mudah untuk terluka, namun setiap kali jua aku terus dilukai walau dalam sedar atau tidak. Aku sudah rela untuk dilepaskan, biarlah aku terbang jika itu yang membahagiakan dia mahupun aku. Aku bukan mendoakan apatah lagi memohon, aku cuma mengharapkan pengakhiran yang baik yang bersih.

Aku mengharapkan yang terbaik dan doakan yang terbaik buat aku, walau mungkin kalian tidak mengenali diri ini .

Saturday, March 16, 2013

POLITIK VS AGAMA

ZR

Aku tahu aku tidak ada setitik ilmu pun untuk memperkatakan tentang politik, apatah lagi menjatuhkan hukum hakam seseorang berkait dengan politik, memang aku tidak layak teramat jauh. kadang kala pening kepala bila berdepan situasi rakan-rakan yang sampai bergaduh semata mata mempertahankan kebenaran tentang politik, ada yang kata begitu dan tak kalah begini masing-masing berlandaskan agama, hujah-hujah semua memang hebat.

Maaf sudut dan pandangan aku berbeza dalam hal ini, aku tahu memang aku bukan sesiapa untuk membantah, aku jua manusia biasa yang punya suara, punya kata hati walau mungkin kadang kala akalku tidak begitu tajam, namun aku masih mampu untuk mendengar dan mengambil yang mana elok. Aku teramat sedih bila mana banyak teman-teman mengguna pakai hadith atau dalam semata-mata mempertahankan hak dalam berpolitik, bagi aku tak salah tapi alangkah bagusnya andai kita benar-benar faham maksud yang ingin disampaikan melaluai sesuatu hadis itu, banyak yang tersirat yang kita tidak selami yang kita nampak cuma pada permukaan dsarnya tidak pernah kita cari.

Aku tidak memihak kepada mana-mana, aku tidak mahu menuduh itu dan ini, aku ingin ringankan kepala. Tak ingin terlalu taksub terlalu yakin terlalu menyokong kerana aksu masih mentah, masih rabun untuk menilai. Sayang bila ideolagi yang diguna pakai kekadang tidak masuk dek akal kerana semuanya tidak menggunakan akal yang digunakan hanya nafsu.

Sunday, March 10, 2013

DIA MASIH DIHATIKU

ZR

Alhamdullilah sudah menganjak le bulan March untuk kita dalam tahun ini, pejam celik sekejap masa berlalu, rasa seperti tidak puas untuk menikmati alam remaja yang dulu, walau kita cuba menahan, walau kita cuba menikmati 24jam namun masa tidak akan pernah terhenti. Matahari dan bulan akan tetap berpusing atas paksinya. akan terus menerangi dan memberikan mimpi-mimpi pada insan-insan.

Bila tiba bulan ini, aku tahu yang dia telah pergi dari hiduplu genap 10 tahun, mesti aku dikatakn terlalu mengikut perasaan, terlalu memandang pada kenangan, namun apa yang harus aku lakukan memang hanya tinggal kenangan dan seribu seselan yang tidak pernah akan aku lupaka.

Hingga hari ini aku tidak sanggup menatap potretnya, bukan aku tidak mengingagtinya, namun airmata ini mudah hadi\r. jiwa ini akan terus tersentuh. Aku terlalu merindui kasih dan senyuman dia, Benar aku tidak harus mengikut perasaan namun aku masih dirundung rasa terkilan, terkilan tidak mampu untuk membahagiakan dia, terkilan tidak mampu untuk menjaga dia. Sungguh aku tahu aku tidak dilahirkan dia, namun kasih sayangnya membuatkan aku lupa bahawa aku bukan menumpang dalam rahimnya.

kadang-kala aku benar-benar sunyi. walau zahirku penuh senyum namun batinku menangis, teman hanya da tika aku ketawa, sukar untuk menemani tika aku jatuh mahupun sakit. Lantas itu aku tidak pernah mengharapkan teman, bukan aku mengungkit namun bila ku sudah berfikiran dewasa aklu mula sedar aku selalu dipergunakan saat diperlukan, namun disaat lain namaku tidak membawa sebarang maksud.

Aku sedar aku harus melepaskan dia, memang telah aku lepaskan, walau mungkin hanya jasadnya, kerana aku masih menyimpan rasa kasih dan belaiannya. Airmata ini sering hadir bila ku mengunjungi pusaranya, akan kuusup pohon yang tumbunh rendang dipusara, ibarat aku membelainya seperti detik terakhir dia pergi meninggalkan aku, aku tidak putus mengajarnya ucapan kalimah, setitik pun airmata ini tidakl hadir detik itu, pervaya atau tidak disaat jenazahnya ingin dikebumikan aku tidak langsung menghampirin tempat persemadianya, aku hanya memandang dari jauh. Entah mengapa aku tidak sanggup melihat tubuh yang dulu selalu aku peluk, wajah yang dulu selalu aku kucup akan hilang, tiadarasa harumannya,,,

Perginya dia meninggalkan keakitan yang tidak terperi memang aku redha namun jiwaku tetap sakit kerana dikelilingku tiada seorang pun yang memahami aku seperti dia, bukan kerana aku tidak waras tapi tiada yang bersifat seperti dirinya penuh kasih sayang penuh jujur dan penuh ikhlas.......selamanya dia yang memiliki hati ini, dia yang masih ada dihati ini..Al-Fatihah

Friday, March 1, 2013

SUKARNYA MENJADI WANITA

ZR

Inikah ayat yang sering keluar atau keluhan kecil dari seorang yang bergelar wanita, walau berjuta kali lelaki menyatakan faham akan sifat wanita namun hakikat yang harus mereka tahu mereka tidak akan faham. Susah untuk memenangkan pihak wanita kerana dimata lelaki semua nampak mudah, semua nampak senang.

Wanita bukan terlalu meminta untuk diberikan kata romantis setiap hari cukuplah walau sepatah ungkapan yang jujur tentang hati. Tidak perlu sejambak bunga memadai dengan sekuntum ungkapan cinta yang benar ikhlas, tapi itu pun susah lelaki bila dicakap EGO seperti terkena renjatan elektik. Wanita sifatnya ingin meyelami dan ingin belajar, kerana jtelah tertulis jiwa wanita itu halus. Tapi lelaki masih tidak sedar, apa jua yang diperbuat wanita penghargaannya cuma sementara. Maaf wahai lelaki bukan cuba untuk mencari gaduh cuma sekadar memberikan sedikit pengertian untuk wanita,

Dalam tiap keputusan sebenarnya wanita fikirannya lebik uni lebih matang kerana mereka adalah bakal ibu atau sememangnya seorang ibu. Mengapa lelaki sukar menerima kenyataan bila wanita lebih tinggi kedudukannya. mengapa rasa tercabar adakah waniat tidak mempunyai hak untuk menakluki, lupakah wahai lelaki setinggi mana dikau berdiri lahirmu dalah melalui rahim seorang wanita memang hakmu terlalu tinggi untuk seorang isteri namun kau tetap dibawah telapak kaki ibumu. Ketahuailah jika kamu berbuat baik untuk wanita yang ada dirumahmu isteri serta anak perempuan melebihi kaum lelaki hidupmu akan beroleh rahmat dan redhanya, kerana sesungguhnya Rasullallah S.A.W juga berpesan supaya mendahulukan isteri dan anak-anak perempuan diikuti lelaki begitu besar penghargaan yang diberikan/.

Benar ada lelaki yang menjaga wanita seperti nyawanya, beruntunglah wanita tersebut. Terima kasih pada lelaki yang tidak pernah meletakkan penghalang atau keegoan demi melahirkan rasa cinta, bukan perlu diyar atau dikenakan tol semuanya percuma cuma perlukan ruang dan hati.

susah benar susah menjadi seorang wanita, tapi nikmatnya melebihi alam semesta. betapa nampak wanita itu tidak sekuat lelaki namun sudah pasti sabar wanita tidak mampu ditandingi oleh sepuluh lelaki, kerana rasa sabar itu allh memberikan rahim untuk wanita membawa kepayaham dan kepenatan saat mengandungkan zuriat untuk insan tercinta. Memang lelaki terbukti kuat tapi mengapa kekuatan wanita yang lebih jelas terbukti masih dianggap lemah. Wanita menghabiskan seluruh sisa tenaganya, meyerahkan nyawanya sebagai galang ganti untuk melahirkan zuriat. Setitik peluh yang hadir, saat sakitnya menahan untuk memberikan ruang insan kerdil mengenal dunia kekuatan mana yang mampu untuk ditandingi, sejernih air sungai pun tak mampu untuk melawan jernihnya titisan airmata saat pertama menatap insan yang pernah bernafas melaluinya.

Bercerita tentang wanita tak pernah habis..InsyAllah bersua kembali.