Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Wednesday, July 20, 2011

ERTI SEBUAH KEHIDUPAN

ZR

Alhamdullilah hingga kini daku masih mampu untuk tersenyum atas perjalanan hidupku ini, mungkin lukisan-lukisan yang tercoret didinding kehidupanku tidak seindah paparan yang lain, namun daku masih mampu untuk ketawa.

Halangan dan kedukaan memang sentiasa mengejar aku walau sejauh mana aku cuba berlari, hingga adakala aku hanyut jua dalam ujian yang telah ditetapkaNYA. Aku harus redha aku harus yakin kerana aku hambaNYA.

Tangisan ibarat seorang teman yang setia, biar diulas senyum yang indah namun airmata pasti akan bertamu jua. Perit yang ditanggung bila hati dilukai dan parut yang lama disimbah kembali. Putaran hidup ini terkadang pelik walau segagah mana cuba untuk mengubati akan hadir jua insan yang berkali menyakiti. Sukar untuk bernafas bila keburukan mengatasi segala yang baik.

Sepanjang pendakian telah kutemuai pelbagai rasa, pelbagai ragam banyak yang menyakitkan dari menyenagkan. Letih adakalnya ku letih dengan persekitaran yang tidak berubah. Tapi hakikat yang nyata kerana itu sifat manusia.

Untuk mempercayai ibarat satu cabaran kerana banyak yang diluar dugaan, manis kekadang diwajah tapi hati. Entahlah lemas aku bila memikirkan. Aku juga manusia ada jua silap namun untuk membuka dan melemparkan aib seseorang tidak layak aku lakukan kerana aku memang tidak sempurna.

Gelombang kehidupan banyak mematang aku, erti kasih, erti kebencian, erti cemburu, erti rindu dan erti kepercayaan. Semua ku cantum untuk kudalami agar aku lebih bersedia akal ku akan terus berfikir walau dalam buntu.

1 comment:

  1. bersedia untuk menghadapi setiap kemungkinan dalam kehidupan..

    ReplyDelete

TQ..TQ Atas kata-kata comel