Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Friday, July 1, 2011

KU MOHON

ZR

Sehingga saat ini daku masih mencari secebis sinar yang jauh daku tinggalkan, cahaya yang selalu memayungi daku disetiap hela nafas dan setiap sudut takdir yang tertulis.

Sungguh daku selalu alpa dan nikmat syukur yang kulafazkan boleh dihitung, namun RahmatMU tidak pernah pudar apatah lagi menjauh. Daku terlalu leka dan melekakan diri dengan rimbunan kesenangan pinjaman dariMU.

KAU memang Pemurah dan Penyanyang sejahat mana pun daku membelakangiMU, langkah ku tetap KAU permudahkan, mengapa masih tiada rasa malu yang menebal terhadapMU atas tiap perbuatan ku yang seakan riak bercerita tentang kesenangan yang KAU limpahkan.

Dekatkanlah hatiku padaMU, bukan hanya dengan ucapan dibibirku semata namun beserta rasa yang sempurna dijiwa ini, Tetapkan tingkahku agar terus memohon padaMU, biarlah daku meluahkan rasa malu dan sesalan ini kerana ku tahu KAU sentiasa mendengar.

Titisan airmata yang hadir dipipi ini belum tentu menutupi segala rasa yang terbuku dijiwa ini tika daku jauh dariMU, Tadahan tangan ini belum rapat dan masih dibolosi dengan sesalan-sesalan yang berbaki. Layakkah daku menerima apa yang DIKAU berikan tanpa putus. Bantulah aku untuk terus dekat padaMU kerana daku tidak mampu melawan arus yang hadir yang sentiasa memesongkan daku walaupun hakikat daku rindu untuk selalu bersuara padaMU.

Terima kasih tidak mampu untuk membalas apa yang KAU curahkan, dan memang tidak akan berbayar walau sehingga nafas ini terhenti kerana segalanya milikMU. Tetapkan daku diarasMU hingga akhir nanti dan moga daku mampu menyemai benih yang suci pada tiap amanah Mu padaKU......

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel