Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Friday, July 29, 2011

RAMADHAN INI

ZR
Tika malam bertukar ke siang putaran tanpa henti menemukan kita kembali dengan Ramadhan,
Tanpa sedar seakan mimpi detik indah itu akan dikongsi seisi alam,
Kemuliaan dan Rahmat mampukah kita gapai sekali lagi, kerana bukan terkadang tapi selalu
kita alpa untuk mencari nilai di bulan itu.
Sudah sempurnakah akal untuk mencari nilai yang ada, kerana walau kita belum mampu untuk
mentafsir apa yang ada ia akan tetap hadir akan tetap berjalan di titik yang memang telah ditetapkan.
Bukakanlah mata dan hati ini, agar daku tidak lagi akan kerugian dalam
mencari sejuta nikmat yang ada di Ramadhan.
Lapangkanlah kesulitan ku agar bisa ku selalu rapat padaMU,
Lepaskan segala resah ku agar aku sentiasa nampak hanya DIA,
Ya Rahman..Ya Rahim..
Daku tahu diri aku sendiri lemah tidak perlu menyalahkan gangguan atau bisikan iblis semata,
Walau daku tidak didampingin mereka apa yang ada pada diriku belum tentu sempurna,
Aku sendiri belum cukup kuat untuk membina benteng,
Terangilah jalanMu sepanjang Ramadhan ini agar bisa ku rasakan kemanisannya,
Walau mungkin daku selalu jauh dariMU namun ku yakin DIKAU selalu dekat padaku,
Rasa malu ini sentiasa hadir atas segala pemberian MU tidak pernah putus dan surut...Ya Allah layak kah daku.
Ya Allah
Sepenuh Rasa, sepenuh pengharapan KAU redhailah daku,
Walau mungkin daku akan berulang kali memohon padaMU namun ku tahu DIKAU tidak akan meninggalkan daku.
Walau mungkin sujudku belum cukup dari dalam hati tapi ku yakin KAU sentiasa mendengar.
Sejauh mana pun daku berlari jalan dan hidup ini akan berbalik PADAMU.....
Maka kau cahayakanlah hati ini sepanjang Ramadhan ini moga daku akan setia PADAMU....
dan aku akan lebih mengerti makna RAMADHAN yang sebenar dalam mencari RedhaMU......

HARI-HARI DALAM ISLAM

ZR
Sahabat-Sahabat  Nabi S.A.W telah bertanya akan hari-hari yang tujuh sabda Nabi :


Jumaat
Baik untuk mengadakan pernikahan dan perhubungan



Sabtu
Hari tipu daya, kerana hari sabtu orang -orang Kafir telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.



Ahad
Hari ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari ahad Allah mula menciptakan dunia dan membangunkannya.



Isnin
Hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga kerana bahawasanya hari isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapat keuntangan dari perniagaan.




Selasa
Hari selasa adalah hari berdarah kerana pada hari itu bermulanya Siti Hawa berhaid dan pada hari itu terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil.





Rabu
Hari kebinasaan berkekalan kerana hari itu Allah menenggelamkan Firaun bersama kaumnya. Kaum Samud dan Kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum nabi saleh, juga dibinasakan oleh allah pada hari Rabu.





Khamis
Hari yang baik untuk menuntut segala hajat kerana bahawasanya Nabi Ibrahim As pergi ke istana raja Mesir maka raja mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.

Thursday, July 28, 2011

BILA AKU MULA BICARA

ZR\ 

Daku malas untuk memulakan bimbang nanti daku tidak mampu untuk berhenti, mungkin daku agak emosional tapi aku juga manusia.
Mungkin kisah ku selalu membosankan bila asyik bercerita tentang keluh kesah dan luahan rasa namun itu saja yang aku ada.
Bukan untuk memohon simpati bukan jua untuk menyatakan aku segalanya benar, namun kekadang harus juga aku bertempik biar nampak aku juga mampu jika mereka sudah terlampau.

Menampakkan kebodohanku?
Mengapa mesti aku merasa begitu jika semata untuk mematikan bait kata mereka yang bersikap plastik. Sudah aku tidak mahu lagi menjaga hati dan perasaan orang lain. Bukup-cukuplah aku hanya duduk tanpa bangun.

Memang benar segalanya harus diserahkan kepada DIA
Namun sabar ku ada batasnya, kerana itu sifat manusia, ya bicara ku mungkin agak berbisa, mungkin akan melukakan namun haruskah aku kisah jika diri ku selalu menjadi satu kisah?

Aku terlalu mengikut Perasaan?
Mungkin juga atau memang aku membiarkan saja perasaan menguasai aku, atau aku terlalu membenarkan iblis untuk terus berbisik padaku. Terlalu jahilkah aku tidak mampu menepis usikan -usikan iblis yang sentiasa berlegar. Ya mungkin iman ku tidak sekuat ahli-ahli syurga, memang aku juga ingin ke syurga namun layakkah aku?? untuk ke neraka NAUZUBILLAH..tidak sanggup aku.

Lantas aku rasa baik aku memangkah secara terang-terangan dari mereka terus yang berani dalam takut.

Mengapa mesti takut jika benar?
Itulah yang daku sedang fikirkan..mengapa mesti begitu, aku cuba untuk menjadi berani biar daku mengatasi mereka yang hanya berani dibalik bayang..beranikah mereka, jika merasa benar nyatakan mengapa takut menjadi benteng, mengapa banyak alasan berkait perasaan yanag perlu dijaga..Aku sudah mual dengan pengakuan tangkap muat dan pengakuan dari pengecut-pengecut yang ala-ala hero dan heroin tapi hakikatnya ..hancusss.

Aku sudah tidak ingin menapis dan menyimpan bicara ini, andai ada yang terasa biarlah kerana aku tidak mempunyai apa-apa persoalan untuk ditanya kerana jawapan ada pada mereka.

Memang aku bukan baik apatah lagi terlalu baik namun siapa mereka untuk menjatuhkan hukum kepada aku, biarlah Allah yang menilai aku kerana aku MILIK DIA...Bagi mereka tidak guna dibentangkan hadis atau segala bagai kerana hati mereka telah tuli segalanya nampak bohong dan buruk. Aku hanya mmapu memohon dari DIA moga akan ada warna kan muncul dihati buat mereka ...Aminnnn

Kadang-kala baik meluah kata dari menyimpan kata andai itu mebawa satu kebenaran....

Tuesday, July 26, 2011

IDEA..MASIH KOSONG

ZR



Salam..

Tiada idea untuk menulis kerana itu dalam beberapa hari rumahku kosong, bukan tidak ingin bercerita tapi intinya tak ada.

Kadang-kala sebuah perjalanan untuk ditafsirkan amat sukar untuk diluahkan, bimbang meragut tangkai emosi sekeliling apatah lagi diri sendiri.

Masa yang berjalan membawa buku yang baru walau yang lama kian layu namun masih tersimpan panduan yang berguna. Tidak payah membuang semua yang pahit, jangan terlalu riak atas semua yang menggembirakan . Gabungkan dan sebatikan agar boleh diperturunkan kepada anak cucu untuk meniti jambatan dalam mencari erti kehidupan.



*Nanti petang nak jogging le...mana tau ada idea..sambil mengurangkan kolesterol dalam badan....

Friday, July 22, 2011

NAK BUAT APA NI

ZR



Hari ini tak tahu nak menulis pasal apa..idea dah kering kontang...nak kata kemarau petang-petang asyik hujan sampai baju kat banyak dah bertimbun sebab lembap.

Nak hempuk kepala kat dinding nanti aku dikatakan hilang akal, nak menyanyi suara ala-ala katak memangil hujan..Nak mengaji bukan tak mahu tapi...banyak benar alasannya..

Kalau pasal makan memang tak terusik langsung pantang dihulur masuk mulut je...tapi badan still slim, makan memang tak miss tapi idea tak datang-datang dah ketuk berkali-kali dan pejam celik mata cari punca tak jumpa tak tahu nak coret apa.

Nak layan drama ke filem untuk bagi timbul idea...cite cinta..romantik ...cita perang....emmm tak ada idea lee...Buntu terus jem apsal le ke sebab banyak makan maggi kebelakangan ni. ( Itulah mak dah cakap jangan makan banyak nanti otak jem) nak juga makan.....benarke penyebabnya maggi atau sebab arini tak ada hati....dalam hati ada taman ....entah le.....

Thursday, July 21, 2011

KETAWA UNTUK SEBUAH DUKA

ZR



Biarlah mereka terus ketawa andai itu satu kepuasan, teruskan ketawa jika itu mampu memberi mereka kedamaian. Senyumlah mereka dibalik bibir yang tawar diatas penceritaan yang dongeng.

Aku hanya mampu membiarkan mereka terus mentertawa diri ini diatas tiap perjalanan hidup yang cukup sumbang dimata mereka. Ketawalah biar aku terus membisu diatas kemenangan mereka yang belum tentu kekal.

Diam bukan bererti daku merelakan diri menjadi bahan ketawa dan senyap bukan aku rela untuk ditertawakan, namun aku biarkan dulu sebelum masa ku tiba, masa untuk ku bertepuk tangan dan menghemburkan hilai tawa yang mengatasi alunan ketawa mereka.

Bagiku biarkan daku menjadi pemerhati dalam sepi, biarku menjadi penonton dalam diam kerana kebisuan ku akan menjadi penanda aras pada mereka, kerdil ku belum tentu kecil perasaanku, tunduk ku belum tentu kepala tidak mampu aku dongakkan.

Ketawalah, mentertawakanlah selagi dikau diberi ruang, detik itu tidak akan lama, masa itu akan cepat berlalu dan akhirnya langsung tidak meninggalkan sebarang bunyi.

Dan aku bukan hanya sekadar membatukan diri tapi akan ada senyuman yang bakal hadir walau tidak aku meminta.

Wednesday, July 20, 2011

ERTI SEBUAH KEHIDUPAN

ZR

Alhamdullilah hingga kini daku masih mampu untuk tersenyum atas perjalanan hidupku ini, mungkin lukisan-lukisan yang tercoret didinding kehidupanku tidak seindah paparan yang lain, namun daku masih mampu untuk ketawa.

Halangan dan kedukaan memang sentiasa mengejar aku walau sejauh mana aku cuba berlari, hingga adakala aku hanyut jua dalam ujian yang telah ditetapkaNYA. Aku harus redha aku harus yakin kerana aku hambaNYA.

Tangisan ibarat seorang teman yang setia, biar diulas senyum yang indah namun airmata pasti akan bertamu jua. Perit yang ditanggung bila hati dilukai dan parut yang lama disimbah kembali. Putaran hidup ini terkadang pelik walau segagah mana cuba untuk mengubati akan hadir jua insan yang berkali menyakiti. Sukar untuk bernafas bila keburukan mengatasi segala yang baik.

Sepanjang pendakian telah kutemuai pelbagai rasa, pelbagai ragam banyak yang menyakitkan dari menyenagkan. Letih adakalnya ku letih dengan persekitaran yang tidak berubah. Tapi hakikat yang nyata kerana itu sifat manusia.

Untuk mempercayai ibarat satu cabaran kerana banyak yang diluar dugaan, manis kekadang diwajah tapi hati. Entahlah lemas aku bila memikirkan. Aku juga manusia ada jua silap namun untuk membuka dan melemparkan aib seseorang tidak layak aku lakukan kerana aku memang tidak sempurna.

Gelombang kehidupan banyak mematang aku, erti kasih, erti kebencian, erti cemburu, erti rindu dan erti kepercayaan. Semua ku cantum untuk kudalami agar aku lebih bersedia akal ku akan terus berfikir walau dalam buntu.

Tuesday, July 19, 2011

SEBUAH KASIH

ZR

Apa yang diimpikan agak sukar untuk dijelmakan, walau terkadang rasa memang itu ketentuanNYA namun, rasa belum mencukupi tetap hadir. Mimpi selalu hadir bila hati sering dianiaya, bila tiap janji itu seperti dilupakan ibarat tidak pernah terjadi sebuah penceritaan.

Apa yang tertafsir tidak mampu melupuskan yang tersirat, terkadang bayang kehampaan itu menjelma namun masih sukar untuk dipersembahkan. Kehampaan ibarat satu rasa yang memakan tiap nadi,luahan hanya sekadar menambah bebanan kerana tidak akan berbekas yang bersisa cuma hati yang tercalar.

Raungan dimata tidak mampu menembusi tembok sebuah hati, hati yang telah terlalu keras dan hati yang semakin mengecil. Perlukan meneruskan andai itu akan menyakitkan? Payahkah walau terpaksa berlakon demi sebuah kebahagiaan, mahal benarkah sebuah kasih untuk selalu dipaparkan walaupun pada yang hak.

Monday, July 18, 2011

AKU DALAM DIRIKU

ZR




Usah bertanya mengapa daku menjadi begini, mengapa daku seakan menjadi kejam.
Mengapa harus aku yang hanya dipersalahkan atas sikap ku ini,
Bukan daku sengaja untuk terus bermain kata, jika bukan ada yang memulakan pasti aku tidak seberani begini.
Haruskah aku terus melemparkan seribu keluhan tanpa membunyikan irama,
Salahkah andai aku cuba untuk berdiri setelah sekian kalinya aku terduduk dan tersungkur mengapa seperti tidak merelakan.
Bukan segala yang indah itu harus menjadi miliku namun, tidak kumahu semua yang hitam terus menjadi bebayangku.
Dari gurauan terkadang menerbitkan cerita yang berbaki, dalam diam daku menjadi pemerhati, membiarkan kebisuan menjalari perasaan agar tidak ku bertarung untuk tewas semata.

KEBOSANAN

ZR
                  


Kebosanan itu salah satu titik untuk sebuah pembelajaran, ruang yang kosong untuk diisi dengan tangki yang menjadi pilihan sendiri.

Pelbagai rentak dan mainan irama yang diselami dengan rasa yang kosong, belum mampu menutup akan ruang-ruang bosan yang hadir kerana minda sendiri selalu berteka teki untuk mencari sebuah kisah.

Rentak tari belum cukup untuk menceritakan perasaan yang hambar, rasa yang sepi walau cuba untuk diulit dengan gurindam indah, sepi itu mengatasi segalanya.

Kemanisan diwajah tidak mampu menutup bayang yang suram, manis tetap ada namun pahitnya terasa.

Biar jiwa bosan dan kosong dari jiwa yang penuh ketidaksempurnaan.....

Friday, July 15, 2011

KAWAN, TEMAN & SAHABAT

ZR

Kawan..
Langkah pertama dalam suatu perkenalan

Teman
Dikala hati dan jiwa lara masih belum mampu untuk diluahkan segalanya

Sahabat
Setiap senyuman, titisan airmata dikongsi bersama, tiap keaiban disimpan dan tiap duka disandarkan pada bahu tanpa sangsi.


Sebuah riwayat daripada Ibnu Abbas bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan yang beliau bertanyakan kepada Rasulullah saw, “Siapakah kawan yang baik kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada kepada Allah swt bila melihatnya & menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat” (Tarmizi)

Thursday, July 14, 2011

DISEBALIK TABIR

ZR



Bicara belum tentu membawa maksud, paparan di hati tidak terlukis diwajah,
Sebuah senyuman tidak menceritakan segalanya, airmata bukan penanda dihati sendu.

Tertipu dengan rasa, dinodai dengan lakaran dalam warna penuh kegelapan.
Terkadang mata menjadi buta tiada yang indah dibalik yang buruk dan tiada yang benar didalam salah.

Kata membawa seribu makna, didasar penuh penceritaan dalam simpulan ada makna.
Mendasari ruang cahaya dibalik bayang terlalu sukar kerana banyak jiwa telah mati dan hati menjadi kaku.




Keindahan belum tentu penamat bagi sebuah kekosongan.

Tuesday, July 12, 2011

RAPUH

ZR

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

CINTAI DIA

ZR
Cinta itu memang indah, cinta itu bukan hak mutlak tapi cinta itu juga untuk dikongsi.
Janganlah mengharap pemberian cinta semata tapi berilah cinta jua untuk mendapat cinta kembali.

Cinta mempunyai banyak ruang, cinta mempunyai seribu erti,
bukan cinta untuk menerima semata namun cinta juga untuk pembahagian jua.

Cinta itu luas, cinta itu banyak jangan terlalu tamak untuk membahagikan cinta,
Memang pasti cinta itu ada, memang benar cinta itu wujud namun yakinkah ada jua cinta dari kita untuk DIA....

Mengapa memilih cinta yang akhirnya melukakan , mengapa membiarkan cinta terus melekakan, mengapa menyerahkan cinta jika untuk didustai dan mengapa bila kecewa hadir  baru mencari cinta DIA.

Cinta DIA penuh rasa, hati akan tenteram dalam ulitan lagu padaNYA. Mencintai DIA tidak akan hadir luka walau pun seketika. Meminta cinta dari DIA tanpa perlu mempertaruhkan kedukaan kerana DIA hanya akan memberi.


Lemparkan sejadah cintamu dengan penuh pengharapan, dengan serendah diri..sujudlah dijambatan rindu padaNYA...pasti kau tahu erti cinta yang sebenarnya.....

Monday, July 11, 2011

MENCARI DIRI

ZR

Memberi kata nasihat dan menasihati belum layak daku lakukan kerana diri sendiri dalam pencarian kearah kematangan sebuah perjalanan.

Mengapa hanya perlu mencari keburukan semata andai kita mampu mendoakan yang buruk menjadi kebaikan.

Mengapa mesti menggali sebuah ketidaksempurnaan jika kita mampu merubah kepada yang indah, doakanlah yang busuk menjadi wangi, yang hitam menjadi pelangi dan sebuah kedukaan menjadi penawar....






Friday, July 8, 2011

BIARPUN

ZR

Biarpun seuncang bebanan dosa namun nilainya tidak sama dengan seketul ruang keinsafan.

Biarpun beribu kata benci namun tidak terbilang dengan ucapan maaf

Biarpun bersusun sifat pemaaf tapi belum mampu membariskan sifat merendah diri

Biarpun seguni ujian dariNYA tapi tidak terlawan dengan segunung pemberian dariNYA.

Biarpun diri sering lari darNYA namun DIA semakin dekat pada kita....


MENCINTAI DIA

ZR


Menerima apa jua takdir merupakan satu ibadah yang jarang kita lakukan tanda kecintaa kita kepada Allah.


Perkataan redha itu selalu hadir bila ditimpa ujian dari NYA, namun hati belum pasti meredhai.....




Thursday, July 7, 2011

KATA

ZR

Biarkan mereka terus berkata-kata andai itu melegakan mereka, biarkan mereka terus mereka kata andai itu makanan harian dan daku hanya menyimpan kata tanpa lawan kerana aku tidak bodoh.

Wednesday, July 6, 2011

PENDEK, MATI ATAU HILANG AKAL

ZR

Satu maksud yang membawa kepada sebuah kisah, setiap ungkaian yang membawa seakan satu pengertian.
Segalanya berkait dengan akal, sebuah cerita akan dimulai dengan akal.

Terkadang terhimpit oleh rasa yang merendahkan diri, terasa diri kerdil atas kebodohan sendiri lantas mencorakkan pendek akal yang bersarang.

Jiwa pasti akan terus diseru dengan perasaan buntu bila hati dan fikiran tidak bersatu,  maka pertimbangan akan hilang jalannya, mati akal akan terus merajai untuk membawa kepada soalan dan terus kepada jawapan yang buntu, jawapan yang menambahkan kecelaruan.

Bila kita menerima seadanya pendek akal dan mati akal lantas kita merelakan untuk diri terus hilang akal, sanggup mencapai tahap itu, tahap yang memang tidak mampu untuk kita gambarkan suasana dan keadaan kerana dijiwa kita masih ada cebisan sisa kemanusia. Namun seampuh mana benteng pertahan ini andai bedilan demi bedilan yang bertalu terus menyentuh rasa insani diri.







Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa:
Pendek Akal : Tidak Luas fikirannya / tidak berfikir panjang
Mati Akal : Buntu fikiran / Tidak dapat menyelesaikan masalah
Hilang Akal : Tidak berakal seperti binatang.

Tuesday, July 5, 2011

MENCARI ARAH

ZR

Dalam sepi dalam sunyi kaki tetap melangkah, penuh pengharapan penuh rasa untuk mencari jawapan pada sebuah persoalan.




DETIK ITU SEMENTARA

ZR                                               


Mengapa setiap yang indah itu hanya seketika, biar cuba untuk disimpan dan diabadikan namun detik itu pantas berlari, detik yang berjalan disekeliling kita dengan pelbagai bentuk dan rupa, detik yang mewarnai pelangi kita.

Tiap yang terjadi dalam suka dan duka amat indah untuk disimpan, biar hati menangis, biar jiwa kekeringan namun semua itu suatu pembelajaran untuk ke tali yang indah. Tika mata melihat kasih yang ditabur berbenih, tika senyum terukir melihat permata didepan mata, jatuh dan bangun bagai satu magis yang cukup berharga detik itu tidak akan berulang, walau berulang jejaknya tidak sama irama yang terhasil pasti berbeza.

Setiap yang dialui menceritakan kematangan detik yang bakal kita lalui, bila rasa telah berbuku banyak yang ingin disimpan walau tidak semua memori itu berbaki.

Simpulkan tiap detik yang sedang dialui, usah terus membiarkan ia pergi tanpa rasa dihati, pahatkan ia bukukan selagi termampu biar kemanisan, kepahitan, dan segala rasa menjadi satu resepi yang sempurna untuk kita nikmati ...

Monday, July 4, 2011

DITIKAM, MENIKAM DAN TERTIKAM

ZR

Ditikam memang akan menjadi lumrah setiap yang bernama insani akan mengalami situasi ini, yang ditikam oleh kawan baik sendiri, suami atau sesiapa sahaja disekeliling. Situasi ini memang ada dimana sahaja.Tikaman yang mengenai perasaan dan tangkai hati seakan menjadi penyebab sebuah ikatan untuk punah, akan rasa saling tidak mempercayai akan terbit cerita tiga segi yang tidak diketahuai akan kebenaran yang nyata.

Menikam telah menjadi adat dalam diri kerana rasa cemburu mahupun rasa ingin memiliki kepercayaan seseorang hingga sanggup mengorbankan orang lain demi kepuasan dan kepentingan diri.Ini menjadi resepi utnuk menjatuhkan atau mendampingi seseorang dengan menikam habis-habisan hingga terlupa akan keaiban dan maruah orang dilempar dan permainkan.

Tertikam atas sikap sendiri yang seakan bertopeng dengan sandiwara, suka menyemai cerita disini dan suka menimbus cerita disana, memang payah untuk mempercayai sehingga diri dan perasaan sindiri tertikam atas sifat yang direka oleh diri, teruskan melagakan, teruskan bercerita segala yang tidak diketahuai akan penyebab dan benarnya teruskan bermuka sehingga menemuai cermin yang benar-benar ampuh untuk melihat wajah disitu, agar tidak pecah kerana bedak yang digunakan dimuka terlalu padat hingga tidak mampu dikenali oleh cermin murahan.


Ditikam memang adat dalam kehidupan, menikam itu pula ibarat satu kewajipan dan bila diri telah tertikam mungkin kah ada kemaafan dari yang ditikam kepada yang suka menikam....

Friday, July 1, 2011

KU MOHON

ZR

Sehingga saat ini daku masih mencari secebis sinar yang jauh daku tinggalkan, cahaya yang selalu memayungi daku disetiap hela nafas dan setiap sudut takdir yang tertulis.

Sungguh daku selalu alpa dan nikmat syukur yang kulafazkan boleh dihitung, namun RahmatMU tidak pernah pudar apatah lagi menjauh. Daku terlalu leka dan melekakan diri dengan rimbunan kesenangan pinjaman dariMU.

KAU memang Pemurah dan Penyanyang sejahat mana pun daku membelakangiMU, langkah ku tetap KAU permudahkan, mengapa masih tiada rasa malu yang menebal terhadapMU atas tiap perbuatan ku yang seakan riak bercerita tentang kesenangan yang KAU limpahkan.

Dekatkanlah hatiku padaMU, bukan hanya dengan ucapan dibibirku semata namun beserta rasa yang sempurna dijiwa ini, Tetapkan tingkahku agar terus memohon padaMU, biarlah daku meluahkan rasa malu dan sesalan ini kerana ku tahu KAU sentiasa mendengar.

Titisan airmata yang hadir dipipi ini belum tentu menutupi segala rasa yang terbuku dijiwa ini tika daku jauh dariMU, Tadahan tangan ini belum rapat dan masih dibolosi dengan sesalan-sesalan yang berbaki. Layakkah daku menerima apa yang DIKAU berikan tanpa putus. Bantulah aku untuk terus dekat padaMU kerana daku tidak mampu melawan arus yang hadir yang sentiasa memesongkan daku walaupun hakikat daku rindu untuk selalu bersuara padaMU.

Terima kasih tidak mampu untuk membalas apa yang KAU curahkan, dan memang tidak akan berbayar walau sehingga nafas ini terhenti kerana segalanya milikMU. Tetapkan daku diarasMU hingga akhir nanti dan moga daku mampu menyemai benih yang suci pada tiap amanah Mu padaKU......