Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Wednesday, January 22, 2014
Dugaan Hidup Redhakah?
ZR Dugaan dalam hidup ini bagai kan bayang pada diri kita selagi ada nafas ada dan selagi bergelar insan. Aku juga sentiasa ada dugaan, selalu fikirkan beratnya dugaan aku. Tapi aku sedar ada lagi yang lebih hebat dugaannya selain aku. Saat kawan ku kiri dan kanan bercerita tentang dugaan masung masing, membuat aku juga menitiskan airmata, simpati mudah hadir, walau hakikat tidak pernah surut air mata untuk diri sendiri. Kisah teman yang rapat bukan untuk membuka aib sekadar perkingsian dalam ruang kehiduoan. Saat dugaan hadir redhakah kita? benarkah kita redha, susah untuk kita sendiri menilai redhanya kita. Aku masih emosi bila setiap kali aku ingati dugaan teman teman rapatku, berlainan orang, berlainan cerita, bagaimana perasaan kita saat dimaklumkan hidup kita cuma setahun yg dianggarkan, apa yang kita dapat rasakan ? benar aku walau cuma@mendengar tetap merasa, Ya Allah jika aku dimaklumkan begitu mampukah aku untuk terus berdiri. Hiba aku bila teman bercerita akan kebimbangannya, keluh kisahnya dan rasa takut yang bersarang, aku yang menjadi pendengar benar kelu jua, tapi aku harus@menjadi kekuatan untuk dia, aku harus memberi kata yang menguatkan hatinya. Puas aku mengucapkan agar sabar dan yakin yang meramal cuma insan dan segalanya ditangan Iilahi, puas juga aku pujuk nya sabar dan redha, tapi aku tidak pasti aku sendiri dalam dugaan selama ini redha atau sekadar redha pada mulut tapi hati kadang berat untuk menerina. Payah sebenarnya untuk jujur dalam redha, banyak yang berlaku , entah ikhlas atau tdak saat aku tuturkan ikhlas. Entah aku sendiri was was.Cuma aku memohon agar tiap perkara dugaan yang berlaku, moga Allah menetapkan untuk aku redha, untuk aku menerima sebagai penebus dosa dosaku, untuk aky lebih mengenal Allah, kerana dugaan itulah yang membuatkan kita hampir pda Allah.
Sunday, January 19, 2014
Ikhlas kah Kita
ZR Sebut sahaja ikhlas, semua orang tahu dan sering mengguna pakai perkataan ini. Bukan orang lain, aku sendiri pun sama. Sesedap mulut je kadang keluar . Apa yang aku buat ikhlas, tapi fikir akal kalau ikhlas perlu ke aku ucap “ saya ikhlas ni nak tolong“ rasa macam banyak topeng pula dalam diri, macam senyum. Pada bibir bolehlah senyum. Tapi hati masam kelat segala. Ikhlas bukan mudah dan tidak juga payah, tapi kadang ikhlas kita dengan rasa riak sekali pendek kata berkembar, banyak yang kita lakukan tanpa sedar kita , sebenarnya itu benar ikhlas, maksud saya yang baik baiklah, bukannya yang membuatkan irang menyampah dan menambah rasa benci orang pada kita, yalah kadang kita ni macam sangat baik, tak lekang cakap ikhlas, ikhlas . Tak kira buat apa semuanya ikhlas, kita mungkin rasa kita ni sedaya nak berbuat baik, tapi pandangan orang, bukan mudah nak yakin kan orang akan ikhlasnya kita, cara kita, kata kita, itu ysng akan dikaitkan untuk melihat benar atau tidak kita jujur bukan plastik.dalam ikhlas. Kita cepat terasa hati bila keikhlasan kita dipersoal, kata ikhlas jadi jangan mudah menyimpan kata orang, cukup kita yakin Allah tahu menilai dimana ikhlas kita dibibir atau benar lekat pada hati. Ikhlas itu bukan sekadar perbuatan tapi juga meredhai tiap apa, makna ikhlas sukar untuk ditejemahkan , untukkita mencopkan apa perbuatan kita sangat ikhlas juga sulit, kerana iklas itu kadang cuma wujud tapi dibalik bayang keterpaksaan atau bayang keperluan untuk sesuatu. Namun yang ganjil itu tetap ada, tetap tertanam pada diri, mungkin cuma sedtik namun itulah ikhlas yang benar. Tak perlu ucap, tak perlu senyuman , biar bagai tiada tapi penuh di taman hati, biar keindahan ikhlas itu terlukis pada wajah, bukan pada kata. Tidak semua faham apa yang ingin kita buktikan, tiada siapa yang akan memuja jika kita terlalu mudah. Peganglah tangkai jiwa yang ada, tutupi dengan sifat ikhlas yang cuma untuk diri ketahuai, tidak perlu ditebarkan walau sebesar kuman cuma, itu yang lebih cintai kadang oleh insan lain malah mungkin akan diselaputi kita dengan doa atas kerendahan kita tanpa riyak dalam ikhlas. Cukuplah perbuatan tidak perlu kata, kerana pada kata itu banyak bicara, kerana bicara itu dari lidah dan lidah tidak bertulang.
Monday, January 13, 2014
Duhai.Nyawa
ZRDuhai nyawa, tiada ku meminta lebih, cukuplah andai kau bahagiakan aku dalam doamu, tiada lebih yang aku minta, cukuplah sekadar kau mampu menyejukkan rahimku dengan akhlakmu. Tiada apa yang aku ingini dikehidupan inisebagai pembalasan buat ku, pintaku cukup andai kau menoleh padaku sekali sekala saat kau kedepan nanti。 Aku cuma melihat langkahmu yang makin pandai, saat kau sudah mampu mengikat sendiri tali dikasutmu, detik itu sayu hatiku, cepat benar masamu denganku, kau akan makin jauh nanti meninggalkan aku yg masih bersisa saat pertama kali haruman badanmu ku cium tanpa jemu .Duhai nyawa andai nanti kau tidak terlalu bijaksana, janganlah kau hampa, aku sentiasa syukur andai bijaksana itu terselit rasa cinta pada Allah,yakinilah nyawaku, benar dunia ini indah namun syurganya akhirat kelak, maka nyawaku doaku agar kau menjadi psrmata yang soleh yang sentiasa mendahului tiang yang wajibmu, malah jika perlu melebihi nyawa mu, tiada aku meminta yang tidak kau mampu, cukuplah kau melebihkan yang akan membantu untuk aku jua nanti. Tika kau makin metentas waktu. Ingatilah kataku walau cuma kata, namun aku tetap mendoakan yang baik baik buatmu..
Friday, January 10, 2014
Buat Ibu dan Ayah
ZR Ya Allah andai aku tidak cukup waktu untuk membahagiakan ibu bapaku. Maka Ya Allah bahagiakan mereka dengan cintaMU. Sesungguhnya tiada apa pun yang layak aku berikan walau setinggi mana nilainya, atas tiap kesulitan buat mereka kerana aku, hanya ku pinta redhaMU untuk kedua ibu bapaku serta buatku. Aku ingin melihat senyuman diwajah tua mereka, maka Ya Allah serikan wajah mereka dengan rahmatMU, jangan KAU biarkan titisan airmata hadir kerana silapku, jangan KAU benarkan luka hati mereka kerana sikapku. Aku tiada apa yang lebih untuk mereka sekadar rasa ingin KAU bahagiakan mereka dalam jalanMU, serta rindukan selalu jiwa mereka pada@kekasihMU Rasulullah S.A.W, Duhai ibu , aku ini masih jauhuntuk membayar tiap luka hatimu, atas kata mahupun sikapku, yang terkadang mengusik perasaanmu. Doakan aku menjadi anak yang menyenangkanmu, melapangkanmu walau tiada yang mahal mpu ku berikan. Duhai ayah, doakan jua anakmu ini mampu membuatkan kau senyum, aku bahagia melihat manisnya bibirmu walau berteman kedut yang menceritaka n umurmu. Izikanlah aku menjadi penyejuk serta pendamai dihati mu , sesungguhnya nilai airmataku tiada yang setaraf nilai kekesalanku, andai aku ada melukai hati kalian. Ya Allah Ya Allah mudahkan jalanku untuk aku terus menjadi anak yang membawa bahagia pada matamereka, saat mereka menatap wajahku. Hadirkanlah rasa indah saat aku disisi mereka. Jagakan mereka YaAllah . Biarkan aku terus@mendoakan yang baik baik untuk mereka. Sesungguhnya tiap kata mereka adalah doa buatku.Maka@senangkan aku selalu dihati@mereka . Aku ini tidak sempurna penuh fakir, cuma kuharapkan rasa sayangku pada@kalian tidak akan pernah hilang, biar aku tiada kekayaan yang kekal, bahagiaku adalah rasa kasih pada mereka jangan hilang harta ini yang ada pada hatiku
, biarkan aku fakir dimata dunia tapi kayakan dimata kedua ibu bapaku.Mewahkan aku dengan hanya meminta dariMU dan tidak sombong untuk berdoa padaMU. Sesungguhnya Enkau Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
, biarkan aku fakir dimata dunia tapi kayakan dimata kedua ibu bapaku.Mewahkan aku dengan hanya meminta dariMU dan tidak sombong untuk berdoa padaMU. Sesungguhnya Enkau Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Wednesday, January 8, 2014
Tahun Baru Yang Berganti
ZR Tahun Baru menjenguk kita kembali. Tahun yang tidak pernah akan berhenti apatah lagi akan sembunyi tanpa hadir. Walau apa jua tetap akan dibuka tabir yang baru. Keluhan umur yang mengejar. Rungutan impian yang tidak sudah. Segalanya seperti satu kemestian. Sempat atau tidak tetap masa mencari kita cuma kita yang sering di tinggal waktu, umur berjalan tapi diri tidak disitu. Apa yang aku harapkan di tahun ini. Mungkin sahabat yang lain penuh impian penuh rasa untuk mencipta sesuatu, atau menyambung yang tak sudah. Aku doakan segalanya menjadi nyata bukan hanya angan semata. Aku masih lagi tiada yang aku mimpikan, tiada yang aku hajati bukan aku bongkah mendongak langit, tapi kadang aku rasakan Allah telah menjadualkan segalanya. Segalanya sudah terlebih indah. Aku bukan terlalu memasang impian mahupun cita , tapi aku tetap akan mencari apa yang ingin aku cari. Walau mungkin tidak seperti diharapkan.Tahun cumalahwaktu yang tidak akan berhenti, selagi kita ini bernafas, selagi itu kita dikejar dan kita terus berlari agar tidak tertiggal oleh masa, aku cuma mendoakan agar kita semua terus beroleh hidayah. Beroleh rahmat dari yang ESA dan tidak diputuskan walau tahun berganti. Semoga aku juga tidak menghampakan yang masih sudi untuk mengikuti mahupun membaca tulisan ku yg serba kurang ini。 Moga ada bait kata dariku dan lebih berdisplin untuk kalian nilaikan.
Wednesday, December 4, 2013
Doakan untuk aku
ZR Aku tidak mampu menipu lagi. Aku kini cuba untuk belajar tentang apa yg aku rasa. Sukar untuk aku rulis mahupun bicarakan. Namun kini aku pasti jalan teah diberi olehNYA. Kini aku berserah cuma@pada DIA. Aku tahu hati ku makin pasti, bukan kerana benci tapi rasa sayang maka aku memohon yang terbaik.Usah ditanya apakah tiada yang manis, ada masih kekal tapi aku sudah menyimpan rasa manis itu dalam kenangan. Aku tahu bukan syurga tempat ku tapi aku pasti Allah mengetahuai apa yang hati aku lalui, aku tidak pandai merungkai kata untuk membuka kerana pada mata yang melihat segalanya sempurna, benarkah aku terlalu mengikut kata hati? atau aku terlalu mengambil hati. Hati aku puas ciluba bertahan, puas ku pujuk tapi makin ku ubat makin timbul luka yang ada. Aku tahu aku tiada sempurna malah wajahku masih ada cacat celanya begitu juga sikap ku. Tapi aku tahu Aku secantiknya dicipta Allah dan Allah lebih mengetahuai sebaik mana riak ku kerana itu aku bersyukur dgn apa yang milikkun Walau banyak kurangku melevihi org yang lain tapi aku pasti ini terbaik buatku. Kini aku cuma mengharap agar aku mampu untuk menerima apa juga penghujungnya, walau menyakitkan tapi jika itu nikmat buatku , maka aku mensyukuri. Maaf aku sudah cukup berlakon menjaga hati mahupun memberi rasuah pada hatiku dgn kata kata manis.Kini aku mendoakan jalan yang terbaik untukku. Benar sayang untuk ku lepaskan, tapi jika ini yang diizinkan maka aku percaya akan baiknya seribu rahsia. Maka teman doakan untuk aku jika baik kekalkan, jika tidak jauhkan.Aku akan terus berdiri walau perlu aku lalui dibalik kata yg hina walau dengan memakan kata caci tapi aku akan tetap berani kerana aku yakin Allah mendengor doaku. Walau lambat walau masih menyakitkan aku tetap menyakini Allah akan membantuku, memudahkan jalanku. Aku percaya dan aku sgt percaya Allah bersamaku. Doakan untuk aku duhai teman, walau satu doa namun lebih mustajab dari seribu kata. Doakan aku. InsyaAllah..
Thursday, November 14, 2013
Duhai Hati
ZR Bila sebut tentang hati, ramai yangmembayangkan tentang perasaan, mahupun rasa cinta.Memang itu yang berkait dengan hati. Sebut hati pasti golongan hawa yakni wanita yang sinonim dengan hati. Walhal hati bukan ada pada semua kehidupan. Tapi maklumlah wanita ni kan sensitive kaedahnya . Apa yang ada pada hati kita bukan kita yang tahu tapi Allah lebihbtahu. Sekumit mana jua rasa mahupun tiap keluh kesah kita, segalanya DIA tahu. Hati kita ni penuh rasa, penuh kata kata yang kita ucapkan walaupun tanpa zahir, susah untuk menjaga hati, lebih susah kerana hati kerap leka, kerap alpa dengan apa yang dilihat mata. Hati itu kadang benar, tapi terkadang banyak khilafnya.. Duhai hati bukan mudah kita ingin menyatakan hati kita ini baik, agak mustahil kerana hati kita bukan tidak pernah berhenti bermonolog tentang apa sahaja, kesilapan, kekurangan, keaiban orang, malah hati kita kerap merintih rasa tidak pernah cukup, rasa serba kurang pafahal yg ada pada kita lebih dari cukup. Itulah kita bibir dan hati tidak selari.Cakap dan niat susah untuk sama. Kita kerap menipu pada diri sendiri, tidak jujyr tapi kita mudah marah bila orang tidak jujur pada kita, tapi hati kita selalu tidak benar mengapa pula tidak kita marah, kerana apa hati kita akan memujuk kita dengan kata kata@manja.Duhai hati bukan mudah untuk menjagamu.Tidak senang untuk mendidikmu, kerana aku sendiri kadang keliru dengan hati. apa yang hati mahu. Terlalu banyak permainan dalam hati. Mainan peradaan mahupun odi.Maka duhai hati janganlah kau bersifat ujud apatah lagi bersifat riak mahulun alpa.
Subscribe to:
Posts (Atom)