Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Monday, July 16, 2012

MATA NAK KENA OPERATION






Seram sejuk pula bila memikirkan mata ni nak kena operation, tak perlu tua atau berusia kalau dah mata tuh tak sihat. Sekarang ni bila mengadapa PC jer mata dah pedih. Apatah lagi nak mengadap lama-lama terpaksalah tangguhkan dulu perjuangan ku yang belum selesai.

Sapa tak takut mata nak kena operate, tak tahu situasi macam mana, jarum nak bius cam ner.. oh takut..memang le mulut kata berani tapi kat hati kecut gak.

Doktor siap cakap buat masa sekarang kena kurangkan mengadap PC? habis cam ner aku ni kerja pejabat 8jam sehari duk mengadap PC. Tak bekerja dengan PC bukan dalam pejabat namanya.

Aku selalu pening tak mampu nak mengadap PC lama-lama, saraf kat muka rasa tegang jer, doktor cakap tekanan pada mata tinggi. Entahlah yang aku tahu nak hilangkan rasa tidak selesa, rasa perit dan urat saraf tegang kat muka ni.

Ikut hati sebelum raya ni nak operation, tapi doktor cakap kena lepas raya nanti mata merah, 2-3 minggu baru hilang tak kan nak raya pakai kaca mata hitam.? bergaya apa..

Aku tanya doktor tak operation boleh tak? doktor cakap tak boleh...dia siap cakap lepas operation nak check balik sebab katany mata aku dah macam HP tak ada fungsi SMS, apa maksud dia aku pun tak faham.. yang apalin aku faham you kena cuti dari kerja, you tak boleh mengadap PC lagi>...suka...suka jadi bagilah MC lebih sikit...wah...wahhh...hish bukan sengaja dah memang kenyataan..atau doktor cakap nak better kena berjhenti kerja terus, sebab mata dah tak boleh hadapai tekanan..yalah dah 12 tahun aku kerja duk mengadap PC..maunya mata pun penat yer tak?

Hari Rabu ni ada appoitment dengan doktor pakar nak set date untuk operation dan get report dari doktor specilist, hari tuh dah jumpa kat KL, so kalaulah doktor bagi MC start rabu ni bestnya..bestnya..rassa nak lompat sampai awan.....tapi kerja?

duduk rumah pun boring gak nanti stress pulak, duk mengadap dinding.....hu..hu...hari ni pun mata duk perit=perit rasa cam kebas jer dari mata sampai gigi...tegang jer rasa muka ni..

Ada saper-saper pernah kena operation mata tak? cam ner sakit tak..banyak orang-orang yang aku jumpa semua cakap tak sakit, biasanya je jawab mereka cam kena gigit semut katanya..aduh boleh caye ker?
al maklum lah tak pernah kena operation...tapi soalan aku kat doktor bola tukar colour mata warna biru ker? dia senyum jer ..nasib baik dapat doktor baik suka buat lawak..

Friday, July 13, 2012

Jangan suka menunjuk-nunjuk




Realiti memang sikap kita yang suka menunjuk-nunjuk, pantang ada yang lebih mesti suka show off walau originalnya tak siapa tahu.

Apa sikap kita bila suka menunjuk-nunjuk bukan ker dah jadi riak? orang kata begitu juga dalam membuat ibadah tak perlu nak canang satu dunia aku sembahyang lima waktu belum masuk sunat puasa segala bagai lagi.

Ikhlaskah kita bila bersifat begitu? bukankah telah mendatangkan takbur dalam diri, bila dah takbur takut kita lupa diri dan mengganggap kita lebih dari segi segalanya.

Bukan mempertikaikan soal ibadat seseorang tapi mempertikaikan cara, tak salah kita membuat sebarang kebaikan tapi alangkah cantik jika kita berdiam diri, pahalaya berganda, tak perlu kita menjadi sindiran dan umpatan orang atas sikap bermegah kita.

Begitu juga tentang barangan, memang sifat manusia, bila melebihi orang lain akan mula menunjuk-nunjuk, memang tak slaah kita berbuat begitu, kita harus megah dengan hasil dalam kesusahan yang diperolehi. Orang cakap penat-penat kerja nak juga nampak hasil.

Tapi tunjuk tu biarlah yang logik tak perlu nak terlalu megah, dengan sifat ini kadang-kala merendahkan perasaan atau membuatkan seseorang terasa, kita mungkin tak sedar, atau mungkin kita tak berniat begitu.

Mulalah kita punya ayat dia jelous tu sebab tu dia cakap begitu, macam mana dia tak jelous sebab kita riak menunjuk-nunjuk.

Jadi nak tunjuk boleh jangan suka menunjuk-nunjuk sudah, alih-alih nak harap orang puji lain pula kita dapat.

Wednesday, July 11, 2012

Bisnes Bulan Ramadhan

\
Wah tinggal beberapa hari lagi  nak masuk bulan Ramadhan, dah sibuk orang bercakap sana-sini semua nak berniaga..sebab orang cakap niaga sebulan pasar ramadhan untung setahun.

Sampai ada sanggup ambil cuti sebulan..hebat..hebat mana taknya selama ini kerja dengan orang gaji 3-5K sebulan nak facing karenah lagi, stress lagi. berniaga ni paling sikit pun rm5k sebulan, kalau bulan puasa tak mustahil rm10k sebulan...

Bestnya rasa nak juga berniaga tapi..mana lah boss nak bagi cuti..cuti sehari pun dah bising..

Bulan Ramadhan bulan menjamu mata dan perut mesti banyak masakan best-best jumpa nanti..tapi tulah dah makan banyak nak solat terawih dah tersengok-sengok.

Memang bulan ramadhan bulan rezeki..orang cakap orang berniaga ni lebih kaya dari orang yang makan gaji memnag betul pun..kawan saya jual nasi lemak pakai alphard tu.....ish..ishh..memang berduitkan..tapi duit bukan segalanya..tapi kalau tak ada duit nak hidup cam na??



Thursday, July 5, 2012

Semalam Nifsu Syaaban





Semalam telah berlalu malam Nifsu Syaaban, malam yang menjanjikan seribu keberkatan dan pahala.

Imam Syafi‘e berkata:
Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Bagi kamu empat malam yang istimewa dalam setahun. Pada malam tersebut Allah mengagihkan kerahmataNya sepenuhnya. Malam-malam itu ialah malam awal Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Idul Fitri dan malam Idul Adha.

 Rasulullah saw telah bersabda:
Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.

Sabda Rasulullah saw,
Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban maka diberikannya keampunan terlebih banyak daripada bulu kambing Bani Kalb.(Riwayat daripada Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Majah

Maka dimalam Nifsu Syaaban telah dibuka pintu-pintu langit, digallakan memperbanyakkan amal dan berdoa.

Di malam Nifsu Syaaban juga dikaiffiatkan membaca surah yassin 3 kali  berserta doa dengan meminta dipanjangkan Umur,  bacaan kedua menolak bala dan yang ketiga untuk dimurahkan rezeki.

Alangkah ruginya andai kita terlupa dan ketinggalan pada malam tadi...

Friday, June 29, 2012

Sepi itu Indah




Kadang kala baik kita membisukan diri seketika dari terus dilihat, memang pada kita kita tidak akan dipedulikan tapi akan ada teman-teman yang rindu.

Sepi itu sebuah pembelajaran untuk mencari ruang dan mencari apa yang kurang pada diri.

Sepi itu mendamaikan, tidak perlu mendengar sebarang ucapan cukup sekadar kita menjadi pendengar.

Hargai waktu sepi yang kita ada, kerana dalam sepi ada sejuta rahsia untuk kita ketahuai, ada pelbagai jalan untuk kita temui, bezanya kita ingin melaluinya atau tidak.

Sepi itu indah, walau mungkin menakutkan tapi sepi itu perlu.

Kadang-kala kita perlu mencari sepi untuk mendamaikan hati. Sepi itu penuh cerita penuh erti agar kita belajar, agar kita kenal diri sendiri. Agar kita kenal cinta.

Kerana itu aku mencari sepi, bagiku sepi itu indah.



Tuesday, June 26, 2012

Surat Cinta Pertama




Pernah tak kawan-kawan mendapat surat cinta pertama? tak kisah laha cinta monyet ke cinta sekolah ke mesti pernah dapatkan? apa perasaan waktu tu? mesti berbunga-bunga dan senyum tak ingat duniakan?

Semalam saya mengemas dokument-dokument dan terjumpa kembali surat cinta pertama. Sambil baca senyum sorang-sorang macam lawak pun ada. Teringat kembali zaman main surat-surat dulu.

Sekarang mungkin tak ramai yang menerima surat, maklum lah zaman It orang pakai SMS, E-mail je. Senang je taip dan tekan kan. Nak tulis surat leceh.

Tapi bagi saya surat itu tinggi nilai sesuatu yang boleh dijadikan kenangan dan memori, walau mungkin cinta pertama tak kesampaian tapi tak salah kita sekadar mengingati dan bukan mengangungkan.

Surat cinta pertama saya dapat dari seseorang yang agak berjiwa romantik. Bila baca bait ayatnya aduh romantis habis segala gunung ganang, tercatit, begitu indah bahasa yang digunakan. Kalau tak 5,6 helai tak sah dan semestinya diakhir surat akan diselitkan kata kunci lagu yang ditujukan pada saya, maniskan.

Surat cinta pertama saya simpan sampai sekarang, bukan sebab saya gatal sebab saya suka penggunaan ayat jiwang karat, yang kadang-kala tak terfikir dek akal saya, begitu dalam dan puitis, tentu kamu semua pun ada pengalaman begitu kan, sebenarnya dalam bercinta ni otak menjadi cergas kerana hati senang tiada bebanan, maka otak menjadi kreatif dengan menzahirkan ayat-ayat yang cukup dalam dan puitis.

Sekarang pun tak salah kalau kita terus menulis surat cinta tak kira lah pada emak ke ayah ke suami ke isteri ke..luahkan apa saja sebab kadang-kala bibir kita tak mampu nak ucapkan tapi bila menulis kita akan terluah segalanya.


* Ku akhiri dengan doa, moga mimpimu seindah bintang dilangit yang terus setia menemani bulan, yang akan terus sudi bersama, walau sekelam dan sepekat mana malam.*

Friday, June 22, 2012

Doaku Untuk Semua





Di hari jumaat ini, penghulu segala hari, hari yang dimuliakan..seperti hadis dibawah:-


Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. “


(al-Bukhari).
Sempena keberkatan dan kelebihan yang ada ku doakan segala yang terbaik buat semua teman-teman yang dikenali mahupun yang hanya bertentang tulisan di alam cyber ini, follower dalam nyata dan senyap dan buat semua.
Ku doakan segala kebaikan akan menjadi milik kita semua, walau ada luka moga luka itu akan sembuh dan jika ada musibah, moga kita akan menempuhi dengan berani dan yakinlah yang kita tidak bersendiri.
Buat rakan sekalian, moga hari ini akan menerbitkan senyuman buat kalian dari fajar subuh hingga dikau lena diulit mimpi nanti...moga tiap kedukaan kita akan diganti dengan sinar yang indah.
Ku tebarkan segala doa yang penuh kebaikan buat kita, walau mungkin tidak mengenali diri ini namun itu bukan pendinding untuk daku tidak mendoakan kalian. Kerana siraturahim itu amat magis dan amat dalam ertinya.
Semoga doaku ini akan mengiringi perjalanan kalian, tidak perlu daku laungkan yang daku ikhlas untuk mendoakan kerana Allah lebih tahu. Walau ada yang terkurang dalam doaku Allah lebih mengerti, dan moga kalian beroleh keberkatan.
Moga kita mampu untuk menjadi anak yg menyenangkan buat kedua ibu-bapa kita, menjadi ibu yang adil buat anak-anak kita, menjadi isteri yang cantik dimata suami, menjadi suami yang bertiangkan agama, menjadi ayah yang dipuji, rakan yang mendamaikan, menjadi saudara yang dihormati dan menjadi hamba yang taat...
Aminnnnn.....
Senyumlah kerana walau tanpa melihat daku tetap nampak akan kemanisannya.