Di hari jumaat ini, penghulu segala hari, hari yang dimuliakan..seperti hadis dibawah:-
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. “
(al-Bukhari).
Sempena keberkatan dan kelebihan yang ada ku doakan segala yang terbaik buat semua teman-teman yang dikenali mahupun yang hanya bertentang tulisan di alam cyber ini, follower dalam nyata dan senyap dan buat semua.
Ku doakan segala kebaikan akan menjadi milik kita semua, walau ada luka moga luka itu akan sembuh dan jika ada musibah, moga kita akan menempuhi dengan berani dan yakinlah yang kita tidak bersendiri.
Buat rakan sekalian, moga hari ini akan menerbitkan senyuman buat kalian dari fajar subuh hingga dikau lena diulit mimpi nanti...moga tiap kedukaan kita akan diganti dengan sinar yang indah.
Ku tebarkan segala doa yang penuh kebaikan buat kita, walau mungkin tidak mengenali diri ini namun itu bukan pendinding untuk daku tidak mendoakan kalian. Kerana siraturahim itu amat magis dan amat dalam ertinya.
Semoga doaku ini akan mengiringi perjalanan kalian, tidak perlu daku laungkan yang daku ikhlas untuk mendoakan kerana Allah lebih tahu. Walau ada yang terkurang dalam doaku Allah lebih mengerti, dan moga kalian beroleh keberkatan.
Moga kita mampu untuk menjadi anak yg menyenangkan buat kedua ibu-bapa kita, menjadi ibu yang adil buat anak-anak kita, menjadi isteri yang cantik dimata suami, menjadi suami yang bertiangkan agama, menjadi ayah yang dipuji, rakan yang mendamaikan, menjadi saudara yang dihormati dan menjadi hamba yang taat...
Aminnnnn.....
Senyumlah kerana walau tanpa melihat daku tetap nampak akan kemanisannya.
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel