Semalam telah berlalu malam Nifsu Syaaban, malam yang menjanjikan seribu keberkatan dan pahala.
Imam Syafi‘e berkata:
Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban.
Bagi kamu empat malam yang istimewa dalam setahun. Pada malam tersebut Allah mengagihkan kerahmataNya sepenuhnya. Malam-malam itu ialah malam awal Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Idul Fitri dan malam Idul Adha.
Rasulullah saw telah bersabda:
Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.
Sabda Rasulullah saw,
Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban maka diberikannya keampunan terlebih banyak daripada bulu kambing Bani Kalb.(Riwayat daripada Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Majah
Maka dimalam Nifsu Syaaban telah dibuka pintu-pintu langit, digallakan memperbanyakkan amal dan berdoa.
Di malam Nifsu Syaaban juga dikaiffiatkan membaca surah yassin 3 kali berserta doa dengan meminta dipanjangkan Umur, bacaan kedua menolak bala dan yang ketiga untuk dimurahkan rezeki.
Alangkah ruginya andai kita terlupa dan ketinggalan pada malam tadi...
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel