Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Friday, July 13, 2012

Jangan suka menunjuk-nunjuk




Realiti memang sikap kita yang suka menunjuk-nunjuk, pantang ada yang lebih mesti suka show off walau originalnya tak siapa tahu.

Apa sikap kita bila suka menunjuk-nunjuk bukan ker dah jadi riak? orang kata begitu juga dalam membuat ibadah tak perlu nak canang satu dunia aku sembahyang lima waktu belum masuk sunat puasa segala bagai lagi.

Ikhlaskah kita bila bersifat begitu? bukankah telah mendatangkan takbur dalam diri, bila dah takbur takut kita lupa diri dan mengganggap kita lebih dari segi segalanya.

Bukan mempertikaikan soal ibadat seseorang tapi mempertikaikan cara, tak salah kita membuat sebarang kebaikan tapi alangkah cantik jika kita berdiam diri, pahalaya berganda, tak perlu kita menjadi sindiran dan umpatan orang atas sikap bermegah kita.

Begitu juga tentang barangan, memang sifat manusia, bila melebihi orang lain akan mula menunjuk-nunjuk, memang tak slaah kita berbuat begitu, kita harus megah dengan hasil dalam kesusahan yang diperolehi. Orang cakap penat-penat kerja nak juga nampak hasil.

Tapi tunjuk tu biarlah yang logik tak perlu nak terlalu megah, dengan sifat ini kadang-kala merendahkan perasaan atau membuatkan seseorang terasa, kita mungkin tak sedar, atau mungkin kita tak berniat begitu.

Mulalah kita punya ayat dia jelous tu sebab tu dia cakap begitu, macam mana dia tak jelous sebab kita riak menunjuk-nunjuk.

Jadi nak tunjuk boleh jangan suka menunjuk-nunjuk sudah, alih-alih nak harap orang puji lain pula kita dapat.

2 comments:

  1. hmm mengenai menunjuk nunjuk ni ada bbrp blogger yang tak sedar entry mereka spt menunjuk nunjuk,cthnya spt menceritakan ttg percutian mereka,menceritakan rumah mereka masuk majalah,cerita ttg anak anak merekala,suami merekala.cuba fikir perasaan orang yang tiada anak apabila mereka membaca entry sebgtu,cuba bygkan perasaan orang yang tidak punyai rumah yang hebat dan tdk mampu mempunyai rumah sedemikian,bgtu jg membaca mengenai rumahtgga org yang bahagia apa perasaan org yang pnh kecundang dan pernah ada luka berumahtngga..hmm makanya berhati hatilah ye terhdp sensitiviti masyarakat..rasanya lebih baik low profile shja..sekadar memberi pandangan shj

    ReplyDelete
  2. Saya ada kwan, brkahwin dgn org kaya.. da pakai tudung da cntik da. tapi tiap2 hari selfie kcntikan dia, biznes dia, duit dia, brg brjenama dia, mknan standart dia, percutian luar negara dia, kereta, semua isi perabot dalam uma skali pun.. gila.. lepas tu rmai org komplain, dia ckp cemburu.. teruk btol

    ReplyDelete

TQ..TQ Atas kata-kata comel