Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Monday, July 30, 2012

HARGAI SESIAPA JUGA DISISI KITA

Memang kadang-kala kita selalu bersifat marah dan selalu sahaja ada tak kena bila berbicara bersmaa pasangan atau orang sekeliling kita, bkan tak nampak apa yang baik tapi lebih banyak yang tak kena dari kena, maka mula lah kita pot..pet..pot pet..kadang-kala hingga mengguris perasaan dan kita payah nak minta maaf.

Mengapa kita sukar untuk menghargai atau memberikan layanan yang baik pada pasangan atau orang sekitar, susahkan kerana itu sifat kita sehingga kita lupa, bila-bila masa sahaja orang yang kita cintai akan pergi dari kita.

Kita akan mudah menghargai bila kita ditinggalkan, akan mudah mengerti erti sayang bila telah tiada didepan mata, memang pasangan kita tidak sempurna dengan perangai dan tingkah laku ada yang tidak sedap dimata kita, tapi kita jua tidak sesempurna mana, sepatutnya kita beruntung ditemukan dengan insan yang menerima apa yang terkurang dan terlebih, memang dia bukan yang baik tapi dia memang terbaik untuk kita.

Hargailah setiap pemberian, setiap kata selagi ia boleh berada disisimu, Pertelingkah itu lumrah, tanpa itu tak akan hadir kenikmatan dalam sesebuah perhubungan, tidak akan kasih bertambah erat.

Maka hargailah tidak kira sesiapa jua yang berkait dengan kita, lapangkanlah dada usah terlalu memikirkan apa yang tiada kerana yang ada dalam diri mereka itu harus diingati. Hargailah sebelum terlambat hargailah sebelum penyesalan yang tidak mampu untuk ditanggung, hargailah sebelum kehilangan...


Friday, July 27, 2012

MUSTAJAB DOA


Doa itu adalah ibadah. Ini bererti doa menjadi ibadah apabila kita melakukannya semata-mata kerana memenuhi perintah Allah. Sebaliknya, apabila kita berdoa bukan kerana melaksanakan perintah Allah, doa itu bukanlah ibadah. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad menegaskan, berdoa itu nilainya sama dengan ibadah. Nu’man bin Basyir melaporkan, nabi bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya doa itu adalah ibadah.”(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani)
Doa juga berfungsi sebagai penolak takdir sesuai dengan izin Allah. Melalui doa hamba-Nya, Allah memberi kebahagiaan dan keselamatan hamba-Nya di dunia mahupun di akhirat. Seperti sabda Rasullah yang bermaksud, “Tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali dengan doa dan tidak ada orang yang dapat memanjangkan umur kecuali bagi melakukan kebaikan.” (Hadis Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tirmizi).

Hadis di atas menerangkan tentang bagaimana Allah boleh merubah ketentuannya melalui doa hamba-Nya. Akan tetapi ketentuan Allah terbahagi kepada dua iaitu, takdir maa fil lauhil mahfuzh yang bererti takdir yang menjadi ketentuan Allah yang tertulis dalam daftar takdir di lohmahfuz dan takdir maa fil ilmillah yang bererti ketentuan yang ada pada ilmu Allah yang qadim. Allah dapat memadamkan ataupun menetapkan sesuatu yang termasuk dalam kategori maa fil ilmillah berada di lohmahfuz. 

Firman Allah dalam surah ar-Ra’d ayat 39 yang bermaksud, “Allah menghapus dan menetapkan apa yang Allah kehendaki. Dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab (Lohmahfuzh).

Thursday, July 26, 2012

Hadis Berkait Adab Berpuasa






Pejam celik dah nak seminggu berpuasa, kejap je masa berlalu, kalau dulu excited tanda kalendar sebeb nak tunggu raya, sekarang pun masih excited cuma tak sampai 100% lah.

Hari ini saya cuma ingin berkongsi sedikit ilmu tentang adab puasa walau saya tahu ramai yang sememangnya tahu, tapi tak salah andai kita saling ingat dan mengingati untuk orang sekeliling apatah lagi untuk diri sendiri..Semoga kita beroleh ilmu untuk segala kebaikan.

Terdapat beberapa adab Berpuasa yang terkandung didalam beberapa Hadis utnuk peringatan dan renungan kita bersama:-

1~ (Diriwayatkan daripada Anas r.a, ia berkata : Rasullah SAW berbuka dengan beberapa Ruthab ( Kurma Basah)  sebelum solat, jika tidak ada dengan kurma kering, kalau tidak ada maka teguk beberapa air. ( riwayat Abu daud dan Al-Hakim)

2~ (Diriwayatkan daripada Al-Miqdam bin Ma'di Yaqrib, daripada Nabi SAW bersabda: Hendaklah kamu semua makan sahur, kerana sahur adalah makanan yang penuh berkah. (riwayat An-Nasa'i)

3~ (Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a : Adalah Rasullah SAW menggallakna qiamullail ( solat malam di bulan ramadhan tanpa memerintahkan. Ahli tafsir memberi erti qiamullail juga solat terawih.

4~ (Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, ia berkata: Rasullallah SAW bersungguh-sungguh solat malam pada 10 hari terakhir (ramadan) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya.( riwayat muslim)

5~ (Diriwayatkan daripada Ibnu Umar .a, ia berkata. Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatulqadar pada malam ke 27, maka Rasullallah SAW bersabda. " Saya pun bermimpi seperti mimpimu (dinampakkan pada 10 malam terakhir, maka carilah ia pada malam-malam ganjil". (riwayat muslim)

Tuesday, July 24, 2012

Air Seperti Chipsmore





Ish susahnya bila air asyik tak ada, tambah pulak bulan puasa, dah planning nak masak itu ini, last-last hampa..


Terbantut segala rancangan, kena ke Plan B pulak..bukan plan be ala-ala Suffian gemersik Kalbu ekk.


Terpaksalah menjenguk ke Baazar Ramadhan, nak tak nak dalam tak ada yang berkenan di hati kena beli juga. Kadang-kala beli kat pasar Ramadhan ni untuk hari pertama ok lagi, bila dah masuk hari kedua dan ketiga...macam susah je maklumlah, pernah kena insident tercirit birit.


Bukan nak menuduh tapi, tahun lepas kena kes macam tu, arini masih ada lagi sakit perut sebab makan gulai beli kat pasar ramadhan semalam..

Penatlah balik kerja tengok kain dah bertimbun, nak basuh air keluar malu-malu segan, hish bila lah nak selesai ini, ingat kat kampung je masalah ni, sekarang kat bandar pun sama gak.

Ingatkan bulan puasa ni boleh ler masak ayam percik ke, ayam kerutuk ke, solok lada ke,,,tapi dah hari ke 4 masih tak mampu nak menyediakan juadah, dari pagi ke tengahari sempat lagi nak basuh baju segala bagai bila dah start kul 3 air mulalah sedang-sedang aje, macam mana nak masak? kang habis guna untuk emergency kes cam ner??

Ala-ala latok..nak minta tolong ngan saper?? entahlah.....Teringat pulak zaman kecik-kecik tinggal dengan nenek kat kampung, tak pernah ada masalah air sebab guna telaga, lagi senang dan air pun bersih..mandi waktu pagi sejuk jer....rasanya baik guna telaga tapi duk bandar ni nak korek perigi kat mana?..


Friday, July 20, 2012

Puasa Belum Baju Raya dah Beli





Tadi waktu lunch lepak-lepak kat mines jap. tengok ramainya orang, maklumlah masing-masing keluar nak menyambut puasa Esok..

Semua cam Excited duk memilih dan membeli baju raya,  aku pun cam tuh, belek punya belek, niat tahun ni nak jahit baju sendiri, almaklumlah mesin jahit dah siap repairkan?.

Sungguh tak sabar semua nak sambut raya, tapi macam tak meriah nak sambut ramadhan..he..he..

Baju raya dah siap 2 tiga bulan lepas, kadang-kala bagus juga planning awal-awal, maklumlah nak beli sekali banyak tu nak pakai duit tu. Tapi saya terfikir begitu sekali persediaan kita untuk hari raya tapi apakah persediaan kita untuk menyambut Ramadhan. Adakah kita telah mempersiapkan untuk menyambut bulan Ramadhan ini, mungkin kita tak termampu untuk berjaga sepanjang malam, tapi mungkin kita mampu untuk menambah sedikit amalan yang penting Ikhlas kan?

Apa pun Selamat menyambut Ramdhan Pada semua Teman, Doa saya semoga amalan kita tahun ini lebih banyak dari tahun lepas. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan sejuta keberkatan yang tak terhingga.

Mohon Maaf andai sebarang penulisan saya ini ada yang tersentuh secara segaja atau tak, kadang-kala saya terlupa maklumlah saya manusia...

Buat Kalian Selamat berpuasa dan jangan lupa sahur ya....


Thursday, July 19, 2012

AKHIRNYA OPERATION LEPAS RAYA






Semalam sessi berjumpa doktor pakar di hospital, bawa report dari doktor pakar KL.

Sebelum jumpa doktor ujian cam biasa lah test power mata, aku biaslah bial di suruh baca, yang huruf besar tu nampak ah, tang huruf kecil tak langsung...

Siap jururawat lelaki tu cakap, awak ni suka senyum eh..senyum dan gelak memanjang jer..happynya dia..Aku bukan apa nak tutup debar didada maka senyum jelah.

Selesai aku pun tunggu nak mengadap doktor.

Bila doktor baca semalam terus soalan dia? so bila nak operation..paling cepat lima hari sebelum raya..OK tak ?  sambil dia tengok buku booking operation room.

Aku Berdebar-debar, doktor senyum-senyum pandand, jgn nangis, usik doktor, nasib baik doktor hendsome. Baik pulak tu. Doktor ni lah baka operation mata ku ini.

" Saya bagi awak 5minit, telefonlah sesiapa sajer ya." Manis je dia senyum. Hish debar pun hilang dapat doktor cam nih...

Aku keluar fikir pandang kiri kanan..5hari sebelum raya...aduss nanti beraya mata merah da tak vogue..he.he..he..fikir punya fikir...aku masuk bilik doktor balik.

"Macam mana zana" senyum lagi.

"Saya nak lepas raya lah, bukan apa 5hari sebelum raya cam tak selamat je..yalah dibuatnya mak suh balik awal nak raya." Aku menerangkan.

"Tapi nak tanya bila operation bius semua ke? Aku takut weh. Seumur hidup tak pernah masuk labour room dengar pun cerita dari kawan-kawan yang operation masa bersalin.

"Ya zana, bius semua, awak tak sedar nanti." Jagn takut tak ada apalah." Doktor pandnag aku.. Aduhhhh

"Kalau bius mata je saya tak nak." reaksi aku.

"Tak lah, tak payah takut tau." Doktor mula mencatat nama dalam buku...sambil menerangkan pada saya masa dan tarikh masuk wad...jeng-jeng sambil dengar berdebar-debar.

Dalam tempoh sejam, macam -macam kau tanya yelah, memang takut wooo...siap doktor cakap awak ni muda lagi tapi dah takut..doktor boleh ler cakap cam tu sebab bukan dia yang kena, aku yang kena...

Dah siap segala penerangan doktor bagi kad dan surat, keluarlah aku dari  bilik diiringi senyuman dari doktor.

Kat kaunter tunggu Nurse masuk record terserempak seorang kakak.

"Adik nak kena operation ker" Soal dia yang berkaca mata hitam.

"Ya..kak. Aku balas sambil senyum..

"Tak yah takut dik , tak sakit..InsyAllah." Akak tu tetiba usup belakang aku.

Aik akak ni macam tau-tau jer aku yang dlaam debar ni.

"Oh ye kek kak..." Aku melemparkan senyum.

"Ya..tak ada apa." Dia senyum kar aku..baiknya dia..

Dah berbual seketika, aku memohon diri...Alhamdullilah semalam semua aku dappat jumpa insan-insan yang baik hati dan murah senyum semua...dalam duk takut-takut terus hati jadi bunga-bunga...


Monday, July 16, 2012

MATA NAK KENA OPERATION






Seram sejuk pula bila memikirkan mata ni nak kena operation, tak perlu tua atau berusia kalau dah mata tuh tak sihat. Sekarang ni bila mengadapa PC jer mata dah pedih. Apatah lagi nak mengadap lama-lama terpaksalah tangguhkan dulu perjuangan ku yang belum selesai.

Sapa tak takut mata nak kena operate, tak tahu situasi macam mana, jarum nak bius cam ner.. oh takut..memang le mulut kata berani tapi kat hati kecut gak.

Doktor siap cakap buat masa sekarang kena kurangkan mengadap PC? habis cam ner aku ni kerja pejabat 8jam sehari duk mengadap PC. Tak bekerja dengan PC bukan dalam pejabat namanya.

Aku selalu pening tak mampu nak mengadap PC lama-lama, saraf kat muka rasa tegang jer, doktor cakap tekanan pada mata tinggi. Entahlah yang aku tahu nak hilangkan rasa tidak selesa, rasa perit dan urat saraf tegang kat muka ni.

Ikut hati sebelum raya ni nak operation, tapi doktor cakap kena lepas raya nanti mata merah, 2-3 minggu baru hilang tak kan nak raya pakai kaca mata hitam.? bergaya apa..

Aku tanya doktor tak operation boleh tak? doktor cakap tak boleh...dia siap cakap lepas operation nak check balik sebab katany mata aku dah macam HP tak ada fungsi SMS, apa maksud dia aku pun tak faham.. yang apalin aku faham you kena cuti dari kerja, you tak boleh mengadap PC lagi>...suka...suka jadi bagilah MC lebih sikit...wah...wahhh...hish bukan sengaja dah memang kenyataan..atau doktor cakap nak better kena berjhenti kerja terus, sebab mata dah tak boleh hadapai tekanan..yalah dah 12 tahun aku kerja duk mengadap PC..maunya mata pun penat yer tak?

Hari Rabu ni ada appoitment dengan doktor pakar nak set date untuk operation dan get report dari doktor specilist, hari tuh dah jumpa kat KL, so kalaulah doktor bagi MC start rabu ni bestnya..bestnya..rassa nak lompat sampai awan.....tapi kerja?

duduk rumah pun boring gak nanti stress pulak, duk mengadap dinding.....hu..hu...hari ni pun mata duk perit=perit rasa cam kebas jer dari mata sampai gigi...tegang jer rasa muka ni..

Ada saper-saper pernah kena operation mata tak? cam ner sakit tak..banyak orang-orang yang aku jumpa semua cakap tak sakit, biasanya je jawab mereka cam kena gigit semut katanya..aduh boleh caye ker?
al maklum lah tak pernah kena operation...tapi soalan aku kat doktor bola tukar colour mata warna biru ker? dia senyum jer ..nasib baik dapat doktor baik suka buat lawak..

Friday, July 13, 2012

Jangan suka menunjuk-nunjuk




Realiti memang sikap kita yang suka menunjuk-nunjuk, pantang ada yang lebih mesti suka show off walau originalnya tak siapa tahu.

Apa sikap kita bila suka menunjuk-nunjuk bukan ker dah jadi riak? orang kata begitu juga dalam membuat ibadah tak perlu nak canang satu dunia aku sembahyang lima waktu belum masuk sunat puasa segala bagai lagi.

Ikhlaskah kita bila bersifat begitu? bukankah telah mendatangkan takbur dalam diri, bila dah takbur takut kita lupa diri dan mengganggap kita lebih dari segi segalanya.

Bukan mempertikaikan soal ibadat seseorang tapi mempertikaikan cara, tak salah kita membuat sebarang kebaikan tapi alangkah cantik jika kita berdiam diri, pahalaya berganda, tak perlu kita menjadi sindiran dan umpatan orang atas sikap bermegah kita.

Begitu juga tentang barangan, memang sifat manusia, bila melebihi orang lain akan mula menunjuk-nunjuk, memang tak slaah kita berbuat begitu, kita harus megah dengan hasil dalam kesusahan yang diperolehi. Orang cakap penat-penat kerja nak juga nampak hasil.

Tapi tunjuk tu biarlah yang logik tak perlu nak terlalu megah, dengan sifat ini kadang-kala merendahkan perasaan atau membuatkan seseorang terasa, kita mungkin tak sedar, atau mungkin kita tak berniat begitu.

Mulalah kita punya ayat dia jelous tu sebab tu dia cakap begitu, macam mana dia tak jelous sebab kita riak menunjuk-nunjuk.

Jadi nak tunjuk boleh jangan suka menunjuk-nunjuk sudah, alih-alih nak harap orang puji lain pula kita dapat.

Wednesday, July 11, 2012

Bisnes Bulan Ramadhan

\
Wah tinggal beberapa hari lagi  nak masuk bulan Ramadhan, dah sibuk orang bercakap sana-sini semua nak berniaga..sebab orang cakap niaga sebulan pasar ramadhan untung setahun.

Sampai ada sanggup ambil cuti sebulan..hebat..hebat mana taknya selama ini kerja dengan orang gaji 3-5K sebulan nak facing karenah lagi, stress lagi. berniaga ni paling sikit pun rm5k sebulan, kalau bulan puasa tak mustahil rm10k sebulan...

Bestnya rasa nak juga berniaga tapi..mana lah boss nak bagi cuti..cuti sehari pun dah bising..

Bulan Ramadhan bulan menjamu mata dan perut mesti banyak masakan best-best jumpa nanti..tapi tulah dah makan banyak nak solat terawih dah tersengok-sengok.

Memang bulan ramadhan bulan rezeki..orang cakap orang berniaga ni lebih kaya dari orang yang makan gaji memnag betul pun..kawan saya jual nasi lemak pakai alphard tu.....ish..ishh..memang berduitkan..tapi duit bukan segalanya..tapi kalau tak ada duit nak hidup cam na??



Thursday, July 5, 2012

Semalam Nifsu Syaaban





Semalam telah berlalu malam Nifsu Syaaban, malam yang menjanjikan seribu keberkatan dan pahala.

Imam Syafi‘e berkata:
Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Bagi kamu empat malam yang istimewa dalam setahun. Pada malam tersebut Allah mengagihkan kerahmataNya sepenuhnya. Malam-malam itu ialah malam awal Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Idul Fitri dan malam Idul Adha.

 Rasulullah saw telah bersabda:
Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.

Sabda Rasulullah saw,
Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban maka diberikannya keampunan terlebih banyak daripada bulu kambing Bani Kalb.(Riwayat daripada Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Majah

Maka dimalam Nifsu Syaaban telah dibuka pintu-pintu langit, digallakan memperbanyakkan amal dan berdoa.

Di malam Nifsu Syaaban juga dikaiffiatkan membaca surah yassin 3 kali  berserta doa dengan meminta dipanjangkan Umur,  bacaan kedua menolak bala dan yang ketiga untuk dimurahkan rezeki.

Alangkah ruginya andai kita terlupa dan ketinggalan pada malam tadi...