Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Friday, July 27, 2012

MUSTAJAB DOA


Doa itu adalah ibadah. Ini bererti doa menjadi ibadah apabila kita melakukannya semata-mata kerana memenuhi perintah Allah. Sebaliknya, apabila kita berdoa bukan kerana melaksanakan perintah Allah, doa itu bukanlah ibadah. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad menegaskan, berdoa itu nilainya sama dengan ibadah. Nu’man bin Basyir melaporkan, nabi bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya doa itu adalah ibadah.”(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani)
Doa juga berfungsi sebagai penolak takdir sesuai dengan izin Allah. Melalui doa hamba-Nya, Allah memberi kebahagiaan dan keselamatan hamba-Nya di dunia mahupun di akhirat. Seperti sabda Rasullah yang bermaksud, “Tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali dengan doa dan tidak ada orang yang dapat memanjangkan umur kecuali bagi melakukan kebaikan.” (Hadis Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tirmizi).

Hadis di atas menerangkan tentang bagaimana Allah boleh merubah ketentuannya melalui doa hamba-Nya. Akan tetapi ketentuan Allah terbahagi kepada dua iaitu, takdir maa fil lauhil mahfuzh yang bererti takdir yang menjadi ketentuan Allah yang tertulis dalam daftar takdir di lohmahfuz dan takdir maa fil ilmillah yang bererti ketentuan yang ada pada ilmu Allah yang qadim. Allah dapat memadamkan ataupun menetapkan sesuatu yang termasuk dalam kategori maa fil ilmillah berada di lohmahfuz. 

Firman Allah dalam surah ar-Ra’d ayat 39 yang bermaksud, “Allah menghapus dan menetapkan apa yang Allah kehendaki. Dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab (Lohmahfuzh).

2 comments:

  1. semoga allah swt makbulkan doa2 kita .. ^_^


    salam kenal n follow..

    ReplyDelete
  2. #Liya Haniff..mudah-mudahan..Tq sebab follow kita..kita pun follow..

    ReplyDelete

TQ..TQ Atas kata-kata comel