Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Friday, June 29, 2012

Sepi itu Indah




Kadang kala baik kita membisukan diri seketika dari terus dilihat, memang pada kita kita tidak akan dipedulikan tapi akan ada teman-teman yang rindu.

Sepi itu sebuah pembelajaran untuk mencari ruang dan mencari apa yang kurang pada diri.

Sepi itu mendamaikan, tidak perlu mendengar sebarang ucapan cukup sekadar kita menjadi pendengar.

Hargai waktu sepi yang kita ada, kerana dalam sepi ada sejuta rahsia untuk kita ketahuai, ada pelbagai jalan untuk kita temui, bezanya kita ingin melaluinya atau tidak.

Sepi itu indah, walau mungkin menakutkan tapi sepi itu perlu.

Kadang-kala kita perlu mencari sepi untuk mendamaikan hati. Sepi itu penuh cerita penuh erti agar kita belajar, agar kita kenal diri sendiri. Agar kita kenal cinta.

Kerana itu aku mencari sepi, bagiku sepi itu indah.



Tuesday, June 26, 2012

Surat Cinta Pertama




Pernah tak kawan-kawan mendapat surat cinta pertama? tak kisah laha cinta monyet ke cinta sekolah ke mesti pernah dapatkan? apa perasaan waktu tu? mesti berbunga-bunga dan senyum tak ingat duniakan?

Semalam saya mengemas dokument-dokument dan terjumpa kembali surat cinta pertama. Sambil baca senyum sorang-sorang macam lawak pun ada. Teringat kembali zaman main surat-surat dulu.

Sekarang mungkin tak ramai yang menerima surat, maklum lah zaman It orang pakai SMS, E-mail je. Senang je taip dan tekan kan. Nak tulis surat leceh.

Tapi bagi saya surat itu tinggi nilai sesuatu yang boleh dijadikan kenangan dan memori, walau mungkin cinta pertama tak kesampaian tapi tak salah kita sekadar mengingati dan bukan mengangungkan.

Surat cinta pertama saya dapat dari seseorang yang agak berjiwa romantik. Bila baca bait ayatnya aduh romantis habis segala gunung ganang, tercatit, begitu indah bahasa yang digunakan. Kalau tak 5,6 helai tak sah dan semestinya diakhir surat akan diselitkan kata kunci lagu yang ditujukan pada saya, maniskan.

Surat cinta pertama saya simpan sampai sekarang, bukan sebab saya gatal sebab saya suka penggunaan ayat jiwang karat, yang kadang-kala tak terfikir dek akal saya, begitu dalam dan puitis, tentu kamu semua pun ada pengalaman begitu kan, sebenarnya dalam bercinta ni otak menjadi cergas kerana hati senang tiada bebanan, maka otak menjadi kreatif dengan menzahirkan ayat-ayat yang cukup dalam dan puitis.

Sekarang pun tak salah kalau kita terus menulis surat cinta tak kira lah pada emak ke ayah ke suami ke isteri ke..luahkan apa saja sebab kadang-kala bibir kita tak mampu nak ucapkan tapi bila menulis kita akan terluah segalanya.


* Ku akhiri dengan doa, moga mimpimu seindah bintang dilangit yang terus setia menemani bulan, yang akan terus sudi bersama, walau sekelam dan sepekat mana malam.*

Friday, June 22, 2012

Doaku Untuk Semua





Di hari jumaat ini, penghulu segala hari, hari yang dimuliakan..seperti hadis dibawah:-


Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. “


(al-Bukhari).
Sempena keberkatan dan kelebihan yang ada ku doakan segala yang terbaik buat semua teman-teman yang dikenali mahupun yang hanya bertentang tulisan di alam cyber ini, follower dalam nyata dan senyap dan buat semua.
Ku doakan segala kebaikan akan menjadi milik kita semua, walau ada luka moga luka itu akan sembuh dan jika ada musibah, moga kita akan menempuhi dengan berani dan yakinlah yang kita tidak bersendiri.
Buat rakan sekalian, moga hari ini akan menerbitkan senyuman buat kalian dari fajar subuh hingga dikau lena diulit mimpi nanti...moga tiap kedukaan kita akan diganti dengan sinar yang indah.
Ku tebarkan segala doa yang penuh kebaikan buat kita, walau mungkin tidak mengenali diri ini namun itu bukan pendinding untuk daku tidak mendoakan kalian. Kerana siraturahim itu amat magis dan amat dalam ertinya.
Semoga doaku ini akan mengiringi perjalanan kalian, tidak perlu daku laungkan yang daku ikhlas untuk mendoakan kerana Allah lebih tahu. Walau ada yang terkurang dalam doaku Allah lebih mengerti, dan moga kalian beroleh keberkatan.
Moga kita mampu untuk menjadi anak yg menyenangkan buat kedua ibu-bapa kita, menjadi ibu yang adil buat anak-anak kita, menjadi isteri yang cantik dimata suami, menjadi suami yang bertiangkan agama, menjadi ayah yang dipuji, rakan yang mendamaikan, menjadi saudara yang dihormati dan menjadi hamba yang taat...
Aminnnnn.....
Senyumlah kerana walau tanpa melihat daku tetap nampak akan kemanisannya.

Thursday, June 21, 2012

Bila Rasa Sedih




Buat kawan-kawan atau teman teman yang menghadapai dugaan atau memang dalam kesedihan atau apa sahaja musibah, saya hanya mampu untuk memberikan doa agar kekuatan hadir buat kalian.

Kita manusia tak akan dapat lari apatah lagi menghindari dari rasa sedih, itulah yang saya alami dua, tiga hari ini, hati ini bagai begitu pilu..sampai hati..sedih rasa terasa diri ini memang selalu diperbandingkan, banyak yang kurnag tentang diri ini memang saya cuba untuk menjadi baik tapi tak akan mampu syaa menjadi terbaik.

Dugaan dan pelbagai massalah saya hadapi, banyak kali airmata ini tumpah namun saya masih lagi berfikirna positif cuba untuk tidak melayan tapi makin lama hati ini makin sakit. makin pedih..sebak rasa yang hadir.

Bukan salah saya untuk melalui jalan yang susah begini, saya terkadang merasakan hidup saya tiada pun yang indah mengapa perlu saya lalui semua ini, mengapa saya sahaja yang melalui semua ini, saya tahu kasih pada saya tidak sama, segala tentang saya tidak cukup sempurna..saya tahu dimana nilai saya dimata mereka..

Bila hati saya sedih segala bagai berkait-kait, puas saya cuba pujuk hati tapi hati degil dan saya terus jatuh dalam ungkapan yang pilu. saya sedih teramat sedih..

Tapi saya percaya ini Qada dan Qadar tuhan. DIA yang menentukan jalan ini buat saya, mungkin saya yg cepat melatah atau mungkin kerana saya terlalu banyak berfikir..banyak yang menitiskan airmata...

Wednesday, June 20, 2012

Menggunakan Pinggan Mangkuk Bone China Boleh ke?








Mesti ramai para suri rumah atau bukan suri rumah yang teratrik dengan Bone china atau pinggan mangkuk dari china. Banyak yang menarik dan comel-comel saya juga tak terkecuali, mesti saya akan membeli koleksi dikedai-kedai jepun yang menjual barangan begini untuk hiasan mahupu kegunaan tanpa kita terfikir penghasilan pinggan mangkuk itu dari apa.

Kadang kala kita lupa yang Bone china ini diperbuat daripada apa. Hari ini bila saya membaca satu buku bertajuk Fikrah Wanita hasil tulisan Ustazah Zawiyah dan Rohayai Bakri saya tertarik dengan persoalan tentang Bone china ini..

Soalannya: Berdosakah jika kita menggunakan pinggan mangkuk yang diperbuat dari bone china atau yang diperbuat dari emas dan perak

Jawapannya: Haram hukumnya kerana Pinggan Mangkuk daripada bone china diperbuat dari campuran abu tulang lembu dan tanah liat untuk menghasilkan pinggan mangkuk yang bermutu dan cantik. Tulang yg digunakan diambil dari lembu yang tidak dapat dipastikan cara penyembelihannya dan mungkin tidak mengikut hukum syarak, oleh itu ia najis dan haram digunakan.

Pinggan mangkuk daripada emas dan perak, pinggan mangkuk itu bukan najis tetapi menggunakannya haram.

Selama ini saya sering mengambil mudah tanpa memikirkan pembuatan pinggan mangkuk yang nampak cantik dan comel...banyak betul yang saya tak tahu..yang saya tahu cantik dan menawan..

Semoga dapat menjadi panduan dan berguna untuk kita semua.

Tuesday, June 19, 2012

MELAYAN DRAMA ADAPTASI

Huhh..dua tiga hari ni sedang marathon drama Dari Mata Arissa di Youtube..bila saya tulis entri ni mesti ada yang akan cakap saya ni kalau pasal drama ada AR jer mesti best..bukan pasal AR sebenarnya kerana adaptasi cerita dari novel dan ditakdirkan beliau yang selalu melakokan watak-watak untuk adaptasi dari novel.

Berbalik kepada drama dari mata arissa..entah mengapa saya memang suka drama ni walau dah lihat lebih sepuluh kali kat Youtube tapi part pendek-pendek jer.Memang ada juga drama adaptasi lain yang memikat saya seperti gemersik kalbu..suka sangat raihana dan suffian... yg lain tu mcm tak melekat jer..bukan pilih kasih tapi dah cuba nak minat tapi ..tapi..tapi banyak alasannya kan??

saya ingat lagi drama ni ditayangkan di RTM pada tahun 2009..jam 11.30 pagi isnin hingga khamis maka saya menjadi penonto setia tak pernah miss..memang kalau diikutkan pelakon yang melakonkan watak-watak sebagai arissa, akiff zamai dan eddy bukan nama besar namun jalan cerita amat best.selamba lucu sedih dan amat bertentangan dengan kebanyakan drama yang ditayangkan dikaca TV berkisar keluarga berada, kereta mewah..Saya memang suka drama ni..i like..like..like  wahhh...bukan kipas mati yer.

Drama ni pun panjang 40 episod huh nak melayan tuh..pendek kata sepanjang 40 episod tu jam 11.30 jer melekat kat TV ..memang tak kisah dah dengan benda lain..

Sebenarnya drama ini adaptasi dari novel KAU SAYANGKU karya bikash Nur idris saya pernah mengeluarkan entri mengenai adaptasi drama..





Bilalah agaknya RTM nak ulangtayang balik drama ini, saya tahu mesti ramai yang tak tahu tentang drama ini, namun jika diulang tayang mesti best..tapi tayang ler waktu malam dalam kul 9.00mlm bukan kul 11tgh saper nak tengok makcik-makcik kat rumah jelah..cam saya yg bekerja ni jawabnya sampai kesudah ler kena layan youtube..maklum ler dulu tengok pun bagai chipsmore...

sedangkan drama KAU LAKSANA BULAN adaptasi dari novel tajuk yang sama karya Aina Emir sudah berapa kali diulangtayang di RTM..memang sweet drama ni...
suka tengok Zulhuzaimy menjadi sebagai Firas Ali..nakal dan manis...he..he senyum sorang-sorang..( Mula-mula tak nak layan drama ni sebab baca novel cam cita serius jer tapi bila dah diadptasi best juga 90% ikut novel..dan bila firas menyakat ana saya pula yg malu..over pulak...)

Kadang-kala bila jiwa resah selain dari mengadu kepada DIA layan cerita yang ringan-ringan dan tak berat best jgkan????



Wednesday, June 13, 2012

WUJUD KE UFO NI?




Ehsan dari blog Dania..

Lain macam jer tajuk saya arini, bukan pasal luahan hati dan emosi diri mahupun cerita sensasi artis-artis tapi sesuatu yang menarik minat saya dari ekcil lagi, mesti semua macam tak percaya saya sebenarnya amat suka dan amat minat mengenai UFO..macam tak kenakan jiwa ada taman tapi minat benda-benda cam ni.

Saya suka melihat dan meneroka serta mencari ilmu mengenai UFO, mesti ada pembaca yang akan gelak dengan penulisan saya, tapi inilah hakikat saya yang sebenar yang tidak diketahuai oleh orang lain..Tapi orang cakap bila seseorang yang minat meneroka benda begini orang itu bersifat pelik, bersifat mistik..maka pelik ke daku, daku rasa daku  biasa tiada sebarang mistik langsung..cuma sekadar minat tak kan tak boleh kot...

Sehingga hari ini saya selalu bertanya benar wujud ke UFO ini? atau memang sekadar imaginasi bagaimana dengan gambar-gambar yang ada di internat adakah hasil edit? wah nak menjadi ahli sains pulak kali ini.

Hakikat yang nyata tentang UFO atau benda asing ini telah disebut didalam al-quran,begitu juga tentang lukisan mahupun bentuk piring terbang, bukan sekarang sahaja kewujudannya namun telah berkurun dahulu, telah dibuktikan melaluai penemuan penulisan-penulisan di batu atau dinding yang memaparkan lukisan berbentuk itu.

Ada ke di kalangan pembaca yang pernah mengalami atau pernah melihat sendiri akan UFO? kalau ada kongsi-kongsikanlah, bukan apa saya suka untuk membaca dan melihat gambar tapi kalau bagi saya peluang untuk berjumpa UFO jawapan mungkin tidak barangkali...tak berani rupanya..saya sekadar cuma minat untuk mengambil tahu dan membaca. Percaya tak saya ni seorang yang memang penakutlah.

Bila malam saya suka lihat bintang-bintang dilangit....cantik sekali




Thursday, June 7, 2012

Parrot Flower cantiknya ciptaan ALLAH

Subahanallah cantiknya bunga ini, adakah aku seorang sahaja yg baru tahu kewujusan bunga begini.

Cantik dan begitu indah, aku yang memandang seakan tak percaya tapi inilah kebesaran ALLAH..

Saya sekadar meletakkan gambar ini sebagai perkongsian pada yg tidak tidak pernah melihat dan pada yang pernah mendengar atau mengetahui kewujudan bunga ini memang cantikkan??

Bunga ini dijumpai diThailand..seakan-akan burung....tak berkelip-kelip mata memandang...







Wednesday, June 6, 2012

MENULIS NOVEL LAYAK KE?



LEPASKAN CINTAMU
   
    
    
    
    
    
    
    
    
    
    
  Karya: Sufi Zanna


tulah angan daku sekarang, makin lama makin angau, tapi siapa aku layak ke aku menulis dan bagus ke karya yang aku ciptakan?

Entahlah memang aku berminat untuk menulis tapi mungkin tidak sebagus penulis-penulis novel yang ada, tidak sebaik karya -karya mereka kerana aku mungkin tidak mampu untuk menulis seindah itu.

Aku memang suka menulis, tapi untuk diri sendiri, aku memang suka mencipta angan tapi segan untuk ku bacakan pada rakan kerana itu aku hanya menulis di rumah ini.

Aku memang teringin untuk menerbitkan Novel yang terpampang namaku..walau bukan nama sebenar, itu cita-cita ku itu salah satu impian ku, tapi umurku bukan lagi dalam remaja bukan jua arah matang tapi yang sedang-sedang maka layakkah aku menulis Novel ?

Bagaimana agaknya ingin mempamerkan atau menghantar karya pada pihak penerbitan ya? sesiapa ada pengalaman boleh kongsi, walau sebenarnya aku ragu-ragu dan aku malu-malu...

Tuesday, June 5, 2012

BAHAGIAKAH JIKA KAHWIN TERPAKSA??


Sejak kebelakangan ini, banyak sungguh adaptasi dari novel berkisarkan perkahwinan terutamanya dipaksa dan terpaksa kahwin.

Yang terbaru drama yang saya tonton TElefilem TIADA YANG KEDUA adaptasi dari novel Tiada Yg Kedua karya sania yasmin.

Kadang-kala bila melihat genre cerita-cerita begini yang memang berlaku dipersekitaran kita, Perkahwinan itu penyatuan dua jiwa dan dua perasaan bukan sekadar penyatuan dua badan sahaja.

Tapi bahagiakah jika terpkasa berkahwin dengan bukan kerelaan, bukan dengan pilihan sendiri, walaupun kita telah berpunya walau mengikut hukum tidak wujud sebrang ikatan yang sah cuma ikatan melalui hati.

Bila melihat watak-watak yang dilakonkan permulaan memang ada benci, ada menyampah tapi akan sentiasa berakhir dengan sebuah kebahagiaan, cinta akan berbalas, rasa sayang akan wujud atas sifat prihatin dan sifat ambil tahu oleh pasangan, hati mula cair dan timbul cinta dan sukar untuk melepaskan.

Benarkah akan ada situasi begini, benarkah akan wujud jua perasaan cinta terhdapa pasangan walau permulaan tidak pernah menyukai? atau sekadar fantasi.

Tapi tidak mustahil ini terjadi, lebih baik kita mencintai orang yang menyintai kita dari kita yg lebih mencintai.
Tapi mudahkah kita menerima kehadiran insan yang tidak kita cintai dihati kita.

Persoalannya bahagiakah kita jika kahwin terpaksa, bagaiman nak menempuhi hari-hari dalam ikatan yang kita sendiri tidak dapat menerima?

Bak kata org rasa cinta itu boleh dipupuk? benarkah..tapi tidakkah akan mengambil masa dan sepanjang masa itu kita perlu bersabar perkahwinan tak salah kita juga tak bersalah segala telah direncanakan dengan sempurna.

Pendek kata bahagia atau tidak teletak pada kita sama ada ingin menerima atau terus membiarkan perkahwinan itu pergi.