Huhh..dua tiga hari ni sedang marathon drama Dari Mata Arissa di Youtube..bila saya tulis entri ni mesti ada yang akan cakap saya ni kalau pasal drama ada AR jer mesti best..bukan pasal AR sebenarnya kerana adaptasi cerita dari novel dan ditakdirkan beliau yang selalu melakokan watak-watak untuk adaptasi dari novel.
Berbalik kepada drama dari mata arissa..entah mengapa saya memang suka drama ni walau dah lihat lebih sepuluh kali kat Youtube tapi part pendek-pendek jer.Memang ada juga drama adaptasi lain yang memikat saya seperti gemersik kalbu..suka sangat raihana dan suffian... yg lain tu mcm tak melekat jer..bukan pilih kasih tapi dah cuba nak minat tapi ..tapi..tapi banyak alasannya kan??
saya ingat lagi drama ni ditayangkan di RTM pada tahun 2009..jam 11.30 pagi isnin hingga khamis maka saya menjadi penonto setia tak pernah miss..memang kalau diikutkan pelakon yang melakonkan watak-watak sebagai arissa, akiff zamai dan eddy bukan nama besar namun jalan cerita amat best.selamba lucu sedih dan amat bertentangan dengan kebanyakan drama yang ditayangkan dikaca TV berkisar keluarga berada, kereta mewah..Saya memang suka drama ni..i like..like..like wahhh...bukan kipas mati yer.
Drama ni pun panjang 40 episod huh nak melayan tuh..pendek kata sepanjang 40 episod tu jam 11.30 jer melekat kat TV ..memang tak kisah dah dengan benda lain..
Sebenarnya drama ini adaptasi dari novel KAU SAYANGKU karya bikash Nur idris saya pernah mengeluarkan entri mengenai adaptasi drama..
Bilalah agaknya RTM nak ulangtayang balik drama ini, saya tahu mesti ramai yang tak tahu tentang drama ini, namun jika diulang tayang mesti best..tapi tayang ler waktu malam dalam kul 9.00mlm bukan kul 11tgh saper nak tengok makcik-makcik kat rumah jelah..cam saya yg bekerja ni jawabnya sampai kesudah ler kena layan youtube..maklum ler dulu tengok pun bagai chipsmore...
sedangkan drama KAU LAKSANA BULAN adaptasi dari novel tajuk yang sama karya Aina Emir sudah berapa kali diulangtayang di RTM..memang sweet drama ni...
suka tengok Zulhuzaimy menjadi sebagai Firas Ali..nakal dan manis...he..he senyum sorang-sorang..( Mula-mula tak nak layan drama ni sebab baca novel cam cita serius jer tapi bila dah diadptasi best juga 90% ikut novel..dan bila firas menyakat ana saya pula yg malu..over pulak...)
Kadang-kala bila jiwa resah selain dari mengadu kepada DIA layan cerita yang ringan-ringan dan tak berat best jgkan????
Kalau dah ikut mesti rasa tak mo ketinggalan setiap hari.
ReplyDeleteNieda memang macum tu lah sebab tu saya sekarang melancarkan mogok pada drama-drama bersiri..
ReplyDelete