Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Wednesday, June 20, 2012
Menggunakan Pinggan Mangkuk Bone China Boleh ke?
Mesti ramai para suri rumah atau bukan suri rumah yang teratrik dengan Bone china atau pinggan mangkuk dari china. Banyak yang menarik dan comel-comel saya juga tak terkecuali, mesti saya akan membeli koleksi dikedai-kedai jepun yang menjual barangan begini untuk hiasan mahupu kegunaan tanpa kita terfikir penghasilan pinggan mangkuk itu dari apa.
Kadang kala kita lupa yang Bone china ini diperbuat daripada apa. Hari ini bila saya membaca satu buku bertajuk Fikrah Wanita hasil tulisan Ustazah Zawiyah dan Rohayai Bakri saya tertarik dengan persoalan tentang Bone china ini..
Soalannya: Berdosakah jika kita menggunakan pinggan mangkuk yang diperbuat dari bone china atau yang diperbuat dari emas dan perak
Jawapannya: Haram hukumnya kerana Pinggan Mangkuk daripada bone china diperbuat dari campuran abu tulang lembu dan tanah liat untuk menghasilkan pinggan mangkuk yang bermutu dan cantik. Tulang yg digunakan diambil dari lembu yang tidak dapat dipastikan cara penyembelihannya dan mungkin tidak mengikut hukum syarak, oleh itu ia najis dan haram digunakan.
Pinggan mangkuk daripada emas dan perak, pinggan mangkuk itu bukan najis tetapi menggunakannya haram.
Selama ini saya sering mengambil mudah tanpa memikirkan pembuatan pinggan mangkuk yang nampak cantik dan comel...banyak betul yang saya tak tahu..yang saya tahu cantik dan menawan..
Semoga dapat menjadi panduan dan berguna untuk kita semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel