Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Friday, May 30, 2014
Mencari yang Hilang
ZR Saat kita sendirian, apa yg kadang terlintas atau terfikir dibenak hati kita? Tentu banyak yang kita fikirkan, duit, keluarga, hal hal dunia yg tidak pernah surut. Itulah yg kita tenungkan walhal banyak yg hakikat lebih dari nyata untuk kita cari. Saya bukan insan yg baik, malah jauh dari baik, namun saat sendiri saya rasakan sayu, rasa amat kosong, tiada penghujung perasaan itu, Kadang air mata laju mengalir merasakan betapa jiwa ini terlalu lama terbiar tanpa cuba untuk mengenal diri. Saya tahu banyak dugaan yg kita hadapi, tapi jangan kita mudah mengalah teruskan sujud, teruskan meminta kerana DIA menguji kita kerana kita mampu untuk ujian itu. Kerap hati ini berkata sakit ujian ini adalah penebus dosa- dosa yg silam. Sungguh aku tidak mampu untuk menatap gambar gambar ditanah suci, akan jatuh air mataku, bilakah akan tiba aku kesana. Rindu dan benar berharap. Moga kekasih Allah menyambut salam cinta kita semua dan memudahkan kita kesana. Sentimentel sedikit aku kerana penangan perkongsian cerita dari beberapa teman yg pernah kesana. Bertuah mereka. Aku??? moga ada rezekiku , jika bukan untukku moga rezeki ku itu diberi pada kedua ibubapaku untuk sana. Moga dapat mereka berdoa didepan Kiblat yang satu dan didepan Makam Kekasih kita semua. Penulisanku bukan untuk memberi gambaran akan aku ini insan yg solehah. Tidak sahabat, terlalu jauh perkataan itu buat aku yg sangat kerdil ini. Aku cuma ingin mencari cahaya, ingin mengenal KEESAANNYA yg aku terlalai. Aku dalam ruang untuk berdoa moga diriku, hatiku dibalikkan bagai Fitrah agar aku kenal Cinta yang SATU. Moga cinta dihatiku buat DIA melebihi cinta pada manusia, bukan aku angkuh tapi inilah hakikat cinta manusia akan pergi dari kita. Namun cintakan DIA itulah yg kekal.
Monday, May 19, 2014
Sumbangan Tudung
ZR Isnin kembali lagi..Alhamdulillah, usah kita mengeluh dihari Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, senyumlah, jangan mengeluh. Warnakan hati dengan rasa rindu pada Rasul tercinta, moga kita beroleh Syafaat Baginda. InsyaAllah. Saya masih lagi dalam kempen Projek Tudung. Saya masih mengharapkan sumbangan pada yg sudi. Semoga ada yg ingin memberikan dengan niat sedekah atau apa jua. Ini adalah ihsan saya sendiri, untuk mengajak sesama insani kita beramal walau cuma sedikit. Kudrat saya tidak banyak, malah cabang saya jua terhad untuk meminta pada yg lebih. Cuma ini jihad saya dan saya mengalu alukan pada yg berkeinginan untuk memberikan tudung dgn niat apa sahaja, yg baik baik cuma. Semoga ada yg menyokong usaha saya ini. semoga ada senyuman diwajah.Ibu ibu tunggal mahupun balu saat saya sampaikan sumbangan tudung tersebut. Pada yg merasa was was dan merasakan saya menipu terpulanglah. Percaya kata hati anda, saya tetap mendoakan yg baik baik buat anda. Saya masih gigih ingin mendapatkan dalam 80 pcs tudung, untuk saya berikan pada 120 orang warga emas. Tudung bukan terpakai dan ingin saya@serahkan sebelum Aidilfitri . Andai ini berjaya sebagaimana program kain pasang sebelum ini, Alhamdulillah..Doa kan ada yg sudi untuk menyertai saya. Mungkin saya akan adakan program untuk anak yatim pula selepas ini. Moga Allah sampaikan niat saya ini. Pada yg ingin mengirim tudung melalui kiriman pos dialu alukan sebagaimana dilakukan olehbeberapa orang. Sila hantar di alamat berikut : Rosezana Bt Rahim ( imbina), No.15, Jalan Dagang SB 4/1, taman sungai besi indah. 43300 seri kembangan. Selangor. 013- 3462373....setiap kiriman akan saya catitkan nama. sebarang pertanyaan sila pm saya di rose7zana@gmail.com. Saya bukan berbuat untuk org memberikan saya pujisn. Tapi semoga@sesama@kita berbuat amal. Besar harapan saya..moga senyuman di wajah warga emas ada doa untuk kita dan saat kita memberi apa sahaja hajat kita sampai..Aminn..
Saturday, May 17, 2014
Projek Tudung 2
ZR Saya telah menerima beberapa kiriman pos tudung untuk disumbangkan pada warga emas. Terima kasih , saya masih ingin mengumpulkan dalam 80 pcs lagi. Tudung ini akan saya serahkan pada warga emas disebuah pondok pengajian. Besarlah harapan saya moga dapat mereka guna pakai di Aidilfitri. Jika ada yg ingin menyumbang walau sedikit cuma saya mengalu alukan..Sila pm sayaaa rose7ana@gmail.com..untuk pertanyaan.
Friday, May 16, 2014
Project Tudung
ZR Saya dalam usaha mengadakan projek tudung, usaha ini saya mengalu- alukan jika ada yg ingin menyumbangkantudung, bukan terpakai harus labuh melepasi dada. Tudung ini akan saya sampaikan pada warga emas yg bertempat di sebuah pondok didengkil. Tudung ini moga dapatdigunakan mereka di Aidilfitri nanti. Alhamdulillah saya telah menerima beberapa pasang tudung dari yg bermurah hati mengirimkan pada saya. Setiap yg menyumbang akan saya catitkan nama. Saya akan mengumpul tudung dan berharap dapat menghantar pada mereka sebelum Aidilfitri. Pada yg berkeinginan untuk menyertai projek tudung ini. Sangat saya alu alukan. Tidak perlu banyak..Seikhlas jua. Bukan banyak atau sedikit tapi..Niat kita..Jika berminat menyertai dan ingin menghantarkan tudung pada saya..saya cuba mengumpul dalam 120 pcs untuk diagihkan pada mereka. Yang ingin mengetahuai lanjut sila pm ke email sayar rose7ana@gmail.com. Saya tiada sebarang niat untuk menagih simpati sekadar ingin berkongsi sesama kita, jika ada yg berniat untuk sedekah atau sebagaimananya. Doa doakan moga saya berjaya dan ada yg akan menyokong , bukan memandang sinis. Saya melakukan ini atas dasar ingin warga emas rasa dihargai dan masih ada yg mengambil tahu hal mereka.
Alhamdulillah...Rezeki warga Emas
ZR Alhamdulillah...berkat usaha dan doa serta sumbangan dari yg bermurah hati. Akhirnya saya telah berjaya mengumpulkan sumbangan dan telah membeli kain- kain pasang untuk warga bukan kerana sayaemas untuk 120 orang. Memang bukan mudah. Ada yg beranggapan saya membuang masa. Tapi tidak mengapa, sekarang kita muda. Dihari tua kita tidak tahu dimana kita nanti. Mungkin kita jua akan menumpang kasih dari yg sudi. Usah berharap pada yg hampir. Kelak kita akan meratap sayu. Semoga pada yg menghulurkan sumbangan..walau bagi mereka sedikit cuma, namun moga ada doa mereka buat kita saat hadir dimajlis majlis ilmu. Saya
bukan ingin menabik dada menyatakan saya ini baik. Tapi ini.cuma yg mampusaya lakukan..Mungkin ada yg sedar. saya lama menyepi..bukan melupakan rumah ini..Tapi kerana saya tdrlupa password...jadi saya biarkan dahulu. Terima kasih pada yg setia menanti coretan dari insan yg kerdil ini. Moga ada kebaikan dari rumah ini buat teman- teman. Berbalik pada warga emas. Sungguh mereka menyatakan rasa syukur bila yg muda mengingati mereka. Walau saya ini bukan terlalu muda. Tapi dari mata dan senyuman mereka . Ada rasa rindu. Rasa ingin disayangi. Walau mereka bukan sesiapa bagi kita. Namun kita adalah manusia. Kasih Sayang itu percuma usah berkira. Kerana tiada mustahil. Kita akan mengemis kasih sayang jua nanti disaat senja..
bukan ingin menabik dada menyatakan saya ini baik. Tapi ini.cuma yg mampusaya lakukan..Mungkin ada yg sedar. saya lama menyepi..bukan melupakan rumah ini..Tapi kerana saya tdrlupa password...jadi saya biarkan dahulu. Terima kasih pada yg setia menanti coretan dari insan yg kerdil ini. Moga ada kebaikan dari rumah ini buat teman- teman. Berbalik pada warga emas. Sungguh mereka menyatakan rasa syukur bila yg muda mengingati mereka. Walau saya ini bukan terlalu muda. Tapi dari mata dan senyuman mereka . Ada rasa rindu. Rasa ingin disayangi. Walau mereka bukan sesiapa bagi kita. Namun kita adalah manusia. Kasih Sayang itu percuma usah berkira. Kerana tiada mustahil. Kita akan mengemis kasih sayang jua nanti disaat senja..
Wednesday, January 22, 2014
Dugaan Hidup Redhakah?
ZR Dugaan dalam hidup ini bagai kan bayang pada diri kita selagi ada nafas ada dan selagi bergelar insan. Aku juga sentiasa ada dugaan, selalu fikirkan beratnya dugaan aku. Tapi aku sedar ada lagi yang lebih hebat dugaannya selain aku. Saat kawan ku kiri dan kanan bercerita tentang dugaan masung masing, membuat aku juga menitiskan airmata, simpati mudah hadir, walau hakikat tidak pernah surut air mata untuk diri sendiri. Kisah teman yang rapat bukan untuk membuka aib sekadar perkingsian dalam ruang kehiduoan. Saat dugaan hadir redhakah kita? benarkah kita redha, susah untuk kita sendiri menilai redhanya kita. Aku masih emosi bila setiap kali aku ingati dugaan teman teman rapatku, berlainan orang, berlainan cerita, bagaimana perasaan kita saat dimaklumkan hidup kita cuma setahun yg dianggarkan, apa yang kita dapat rasakan ? benar aku walau cuma@mendengar tetap merasa, Ya Allah jika aku dimaklumkan begitu mampukah aku untuk terus berdiri. Hiba aku bila teman bercerita akan kebimbangannya, keluh kisahnya dan rasa takut yang bersarang, aku yang menjadi pendengar benar kelu jua, tapi aku harus@menjadi kekuatan untuk dia, aku harus memberi kata yang menguatkan hatinya. Puas aku mengucapkan agar sabar dan yakin yang meramal cuma insan dan segalanya ditangan Iilahi, puas juga aku pujuk nya sabar dan redha, tapi aku tidak pasti aku sendiri dalam dugaan selama ini redha atau sekadar redha pada mulut tapi hati kadang berat untuk menerina. Payah sebenarnya untuk jujur dalam redha, banyak yang berlaku , entah ikhlas atau tdak saat aku tuturkan ikhlas. Entah aku sendiri was was.Cuma aku memohon agar tiap perkara dugaan yang berlaku, moga Allah menetapkan untuk aku redha, untuk aku menerima sebagai penebus dosa dosaku, untuk aky lebih mengenal Allah, kerana dugaan itulah yang membuatkan kita hampir pda Allah.
Sunday, January 19, 2014
Ikhlas kah Kita
ZR Sebut sahaja ikhlas, semua orang tahu dan sering mengguna pakai perkataan ini. Bukan orang lain, aku sendiri pun sama. Sesedap mulut je kadang keluar . Apa yang aku buat ikhlas, tapi fikir akal kalau ikhlas perlu ke aku ucap “ saya ikhlas ni nak tolong“ rasa macam banyak topeng pula dalam diri, macam senyum. Pada bibir bolehlah senyum. Tapi hati masam kelat segala. Ikhlas bukan mudah dan tidak juga payah, tapi kadang ikhlas kita dengan rasa riak sekali pendek kata berkembar, banyak yang kita lakukan tanpa sedar kita , sebenarnya itu benar ikhlas, maksud saya yang baik baiklah, bukannya yang membuatkan irang menyampah dan menambah rasa benci orang pada kita, yalah kadang kita ni macam sangat baik, tak lekang cakap ikhlas, ikhlas . Tak kira buat apa semuanya ikhlas, kita mungkin rasa kita ni sedaya nak berbuat baik, tapi pandangan orang, bukan mudah nak yakin kan orang akan ikhlasnya kita, cara kita, kata kita, itu ysng akan dikaitkan untuk melihat benar atau tidak kita jujur bukan plastik.dalam ikhlas. Kita cepat terasa hati bila keikhlasan kita dipersoal, kata ikhlas jadi jangan mudah menyimpan kata orang, cukup kita yakin Allah tahu menilai dimana ikhlas kita dibibir atau benar lekat pada hati. Ikhlas itu bukan sekadar perbuatan tapi juga meredhai tiap apa, makna ikhlas sukar untuk ditejemahkan , untukkita mencopkan apa perbuatan kita sangat ikhlas juga sulit, kerana iklas itu kadang cuma wujud tapi dibalik bayang keterpaksaan atau bayang keperluan untuk sesuatu. Namun yang ganjil itu tetap ada, tetap tertanam pada diri, mungkin cuma sedtik namun itulah ikhlas yang benar. Tak perlu ucap, tak perlu senyuman , biar bagai tiada tapi penuh di taman hati, biar keindahan ikhlas itu terlukis pada wajah, bukan pada kata. Tidak semua faham apa yang ingin kita buktikan, tiada siapa yang akan memuja jika kita terlalu mudah. Peganglah tangkai jiwa yang ada, tutupi dengan sifat ikhlas yang cuma untuk diri ketahuai, tidak perlu ditebarkan walau sebesar kuman cuma, itu yang lebih cintai kadang oleh insan lain malah mungkin akan diselaputi kita dengan doa atas kerendahan kita tanpa riyak dalam ikhlas. Cukuplah perbuatan tidak perlu kata, kerana pada kata itu banyak bicara, kerana bicara itu dari lidah dan lidah tidak bertulang.
Subscribe to:
Posts (Atom)

