Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Thursday, May 17, 2012

Bolehkah Merenjis Beras Pada Pengantin?





Bila nak cuti sekolah maka ada lah beberapa surat saman yang saya dapat..ironi bahasa ini digunakan oleh ayah saya..Mula-mula saya tak faham bila saya fikir oh patutlah kad kahwin dah bertukar kepada kad saman..keh..keh..ada-ada jer.

Apa pun mungkin ada yang dah tahu dan saya yang masih tak tahu baru tetiba terfikir bila majlis sanding mesti ada renjis-renjiskan...orang cakap dah satu kemestian..tak ada upacara tu macam tak lengkap.

Tapi mari kita renung sejenak boleh ke upacara renjis-renjis ini keatas pasangan melayu lebih tepat orang islam.



Firman Allah s.w.t;
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum ia termasuk dalam golongan mereka

Budaya hindu mengamalkan tepung tawar dan upacara merenjis beras bertujuan untuk memohon keselamatan pada pasangan daripada nasib buruk serta anasir jahat.
Tapi di zaman ini budaya ini seperti adat bagi kalangan orang melayu.

Namun begitu harus kita saling mengingati andai kita melakukan upacara ini untuk memohon perlindungan adalah haram, melainkan hanya untuk menyerikan majlis sahaja tanpa sebarang niat.

Namun ada jua larangan dalam sesetengah pihak tentang budaya ini yang menyerupai hindu, namun islam itu adil kerana itu tidak menghalang sesuatu adat/budaya selagi tidak melanggar hukum yang telah ditetapkan.



Sama-sama lah kita renungkan..yang baik dari DIA yang buruk adalah saya..



Tuesday, May 15, 2012

DOA BUAT IBU DAN BAPA




Ya Allah Ya Tuhanku,
Di Hari ini, dikesempatan ini, penuh rendah diri pernuh kerdil,
Ku serahkan segala yang terbuku dihatiku untuk kau adili kerana sesungguhnya lafazku benar ikhlas.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah,
KAU berikanlah kesempatan buatku untuk membalas jasa ibu & bapa,
KAU berikanlah aku limpahan rezekiMU agar aku dapat meringankan beban ibu & bapa, agar aku dapat membela nasib mereka, sungguh bukan itu yang mereka ingini, namun sehingga kehari ini aku merasakan aku belum mampu memberikan kemewahan buat mereka

Ya Allah,
Sesungguhnya aku merasakan aku belum lagi menjadi anak yang baik, aku belum menjadi anak cukup sempurna dimata mereka, maka kau tebalkan rasa hormat dan rasa kasih ini pada ibu & bapa, benar aku terkadang bersuara lantang namun tidak terlintas dihati ini untuk melukai mereka, Ya Allah besarnya dosaku pada ibu & bapa.

Ya Allah,
Bantulah aku kurniakanlah kudrat ku untuk ku pelihara mereka dikala usia senja yang kian merangkak, Ya Allah kau berikan kesihatan pada ku dan ibu &bapa ku jua, kerana aku gemar melihat senyum dibibir mereka.

Ya Allah,
Kau jadikanlah aku anak yang menyenagkan dimata dan dihati mereka, kerana redhaMU terletak pada redha mereka, kesenangan hidupku pada doa mereka, dan kenikmatan akhiratku pada halal yang mereka berikan padaku.


Doa untuk kedua ibu dan bapa:-
Ertinya: Ya
Ertinya: Ya Allah! Ampunilah aku dan ibu bapaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil.

Friday, May 11, 2012

Nukilan Buat IBU





Buat seorang wanita yang bernama ASMAH BINTI YUSOFF

IBU...
Raut wajahmu kutatap, garis harus menhiasi wajahmu, ku cari matamu untuk keselami, betapa redupnya mata memandangku, penuh kasih penuh cinta kau kucup dahiku, sejuknya mengalir hingga ke hati ini.
Senyummu terukir terserlah cantikmu penuh suci, kau usup ubun-ubunku , jiwaku bergelora terasa perasaan yang ajaib, terasa syahdu disitu.

IBU..
Tika aku kau kandungkan..tika denyutanmu dan denyutan ku bersatu..betapa hebat kesusahan yang dikau tempuhi, tidak terucap oleh ku, betapa dikau dikurniakan kudrat untuk menampungku selama sembilan bulan dirahimmu. Aku dapat gambarkan betapa gembira dikau bila saat pertama aku mengerakkan kaki dan tangan ku di rahimmu, mesti ada air mata yang tertumpah bila kau merasai gerakan-gerakan ku, seharusnya dikau menjadi insan yang paling bahagia saat itu, dan aku yang masih menumpang dirahimmu kau limpahkan dengan belaian-belaian merdu suaramu..aku pasti walau aku tidak pernah mengingati itu semua. Bahagianya dikau meniti hari ditemani aku.

Bila aku sudah ingin merasai kasihnya ibu, bila telah tertulis untuk ku keluar dari rahimmu, YA ALLAH azabnya kesakitan yang kau tanggung..nyawamu dipertaruhkan buatku..YA ALLAH besarnya pengorbanan ibu..
Tangisanku yang hadir ibarat magis yang menyembuhkan sakitmu, luluhnya airmata mu tika memeluk dan menatap wajahku buat kali pertama, kau kucup kedua pipiku sambil dengan deraian airmata..betapa akulah nyawamu. Saat aku mengenali bau dunia susumu adalah azimat pertama yang memasuki salur kerongkongku..betapa hilangnya tiap lapar dan dahaga bila tiap titisan susumu mengalir di perutku.

Itu dulu saat yang paling terindah dan teristimewa dalam hidupmu. Saat yang tidak akan kembali..

Ibu ada ketika hatimu kuguris, ada saat perasaanmu ku lukai, memang pernah ku terkasar denganmu. Maka maafilah aku, sungguh kau ibu yang teramat aku sayangi, walau tanpa pengucapan tapi benar kau kusayangi.

YA ALLAH
Doaku selalu agar aku diberi kesempatan untuk menjagamu ibuku diusia senjanya, diizinkan untuk aku membelaimu sebagaimu dikau membelaiku penuh kasih dan sayang walau mungkin nanti tidak akan sama dengan kasihmu namun aku benar berharap agar aku mampu menajdi anak yang diredhaimu..
YA ALLAH,
Kau berikan kelapangan buat ku agar aku dapat selalu mencium dan memeluk ibuku sebelum aku hilang hak itu..tidak mampu aku gambarkan..
YA ALLAH..
Hiasi senyuman diwajah ibu untuk selamanya kerana itu mukjizat yang terbesar dalam hidupku, dan moga aku tidak menjadi anak yang menyakiti hatinya..tidak tertanggung dosaku jika setitik airmata ibu hadir kerana ku YA ALLAH..
YA ALLAH,
Tika ada kesempatan ini, berikanlah aku kudrat untuk melunaskan tanggungjawabku sebagai seorang anak, wlaau mungkin tidak sehebat mana, walau mungkin tidak sesempurna mana tapi aku tetap kan berusaha menjadi anak yang baik walau bukan yang terbaik.
YA ALLAH,
Dia ibu ku didunia ini, dan aku membawa namanya tika saat ku tiba, maka janganlah kau putuskan kasihku dari ibu ini..Ku pohon dariMU YA ALLAH temukan daku kembali dengan ibu ku disyurgaMU kelak, jadikan dia ibuku yang abadi di taman Firdaus MU..AMINNN


Thursday, May 10, 2012

Jangan Mudah Menilai Seseorang




Mengapa bila kita lihat seseorang mesti kita akan mengeluarkan kesimpulan pada orang itu? Kadang-kadang kita tak kenal pun orang tu tapi dengan mudah kita dapat X-ray segala tingkah laku.

Itu sifat kitakan? hakikat yang dah terang walau tak payah nak suluh. Saya sendiri pun begitu.

Tapi saya cukup tak suka dengan pandangan bila melihat pemakaian atau perlakuan seseorang kita terus memberikan cop didahi mereka begitu, mereka begini.

Mengapa bila kita melihat orang berpakaian agak menjolok mata, kita terus menuduh perangai mesti teruk, sedangkah kita tak tahu pun sifat orang itu.

Memang mata memainkan peranan tapi tak salah jika kita berprangsangka baik..mungkin yang menjolok mata lebih banyak amal ibadatnya dari kita, mungkin lebih banyak sedekah jariahnya dari kita.

Jangan salah tafsirkan saya, bukan saya menyokong orang yang mendedahkan aurat tapi saya memberikan pandangan tentang tanggapan segelitir orang-orang disekeliling saya yang mudah menjatuhkan hukum.

Usah dipertikaikan bertudung kerana Wanita Islam itu WAJIB menutup aurat tiada istilah belum bersedia atau segalanya..Tiada istilah pengucapan yang selalu kita dengar kadang-kadang orang bertudung lebih teruk perangai dari orang yang tidak bertudung..ayat ini tidak boleh diguna pakai..maaf jika penulisan saya kasar sedikit..tapi fahami maksud saya..Aurat Itu Adalah HAK ALLAH siapa kita untuk menidakkan HAK ALLAH?....tapi siapa saya untuk membentangkan hujah segala bagai kerana ilmu saya pun belum cukup kuat malah masih lagi cuba untuk mencari ilmu.

Pantas saya teringat kisah dizaman Nabi S.A.W bila seorang pelacur dimasukkan ke syurga kerana memberikan anjing Minuman
Hadith:
''Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. "
[Shahih al-Bukhari – no:3467]


 
Kadang-kadang kawan sekeliling saya juga pernah memberikan pandangan negatif bila melihat teman-teman dan bila saya cuba untuk membela saya pula dihentam, itulah mentaliti yang perlu dihadapi, jangan mudah menilai perilaku dengan sekadar melihat kerana pepatah " tak kenal maka tak cinta ". Jika kita merasakan seseorang itu tidak baik dimata kita, pernahkah kita muhasah diri kita sendiri adakah kita juga baik dimata mereka, cukupkah kita hanya baik dengan bertudung? seharusnya kita juga harus menjaga percakapan, perbuatan, tapi kita manusia tak akan sempurna begitu juga orang yang kita anggapkan.

Orang yang tidak menutup aurat itu antara dia dan ALLAH,berdosa itu memang berdosa tapi ALLAH lebih tahu, tapi kita? juga membuat dosa..dan bagaimana dengan dosa kita sedangkan orang lain beroleh pahala dari kita dan dosa kita sesama manusia tidak akan terhapus...bila dicongak banyak dosa saya jua sesama manusia.

Bila renung kembali banyak sebenarnya yang kurang dalam diri dan banyak yang perlu didalami, tapi kealpaan selalu hadir.

Alangkah indahnya jika kita jua menjaga hati dan perasaan kita kerana disitunya bermula segala sebelum sampai ke akal.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri..........

Wednesday, May 9, 2012

KITA PERLU BERSYUKUR



( Ihsan Googles )

Alhamdullilah sehingga hari ini, saya masih lagi dapat menikmati makanan, dapat lagi pergi kerja..segalanya masih cukup sempurna walau makan tak semewah orang lain, walau pakai tak branded, walau cuma menggunakan kereta kodok untuk kesana kesini, tapi semuanya cukup sempurna bagi saya.

Memang pernah bersungut kenapalah saya tak ada duit bertimbun, kenapalah saya tak cantik, kenapalah saya macam ni..kenapalah saya dapat kerja gaji ciput ni?? rasa tidak puas hati selalu timbul walau secubit pun ada. Banyak benda yang tidak kita syukuri.

Tapi sebenarnya kita lupa sesungguhnya ALLAH tidak akan memberikan apa yang kita kehendaki tapi, ALLAH akan memberikan apa yang sebenarnya kita perlukan, kerana itu DIA maha mengetahuai.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.”

Maksud dari Hadith diatas :-
i) Bersyukur adalah satu tindak balas yang baik melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang.
Ii) Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berhak menerima kesyukuran dan pujian, selain daripada Allah S.W.T kerana terlalu besar nikmat dan pemberian yang diberikan oleh Allah kepada kita. Oleh itu sebagai tanda bersyukur kepada Allah kita hendaklah mengekalkan baik sangka kepada-Nya serta meletakkan keyakinan kepada Allah S.W.T dalam apa jua keadaan diiringi dengan ketaatan dalam beribadah.
Iii) Budaya bersyukur hendaklah disuburkan dalam masyarakat di mana rakyat hendaklah disedarkan supaya menghargai keamanan dan kemakmuran negara, tidak lupa daratan sehingga menyalahgunakan kemewahan untuk pembaziran, melakukan maksiat dan gejala tidak sihat yang mengakibatkan berlakunya kerosakan dan bencana pada diri, keluarga dan masyarakat. Semua ini menunjukkan tanda kufur terhadap nikmat Allah S.W.T dan kesudahannya ia akan menjerumuskan masyarakat dan negara kepada kerosakan dan kehancuran.
iv) Tanda bersyukur dalam perkhidmatan pula adalah dengan menjadikan khidmat kepada negara dan orang ramai sebagai satu ibadah, bukan semata-mata untuk mencari nafkah kerana tujuan seseorang itu diambil berkhidmat adalah untuk menggerakkan jentera kerajaan supaya ia dapat memberikan khidmat yang memuaskan kepada orang ramai dan untuk meningkatkan kemajuan dan kemakmuran negara. (Sumber rujukan Islam.Gov )


Jadi andai kita merasakan apa yang kita miliki belum memadai sebenarnya adalah lebih baik dari orang yang tiada apa...Maka bersyukurlah kerana lebih baik ada dari tiada..

Yang benar dari DIA, yang silap milik saya........

Tuesday, May 8, 2012

PENGALAMAN BERPISAH




Mesti semua orang ada pengalaman berpisah dengan insan tersayang, dengan binatang peliharaan tersayang, dengan kawan-kawan atau dgn kekasih ke, tunang ke macam -macam perihal berpisah ni...

Tapi yang membezakan berpisah yang mengundang kesedihan atau tidak..kerana ada juga perpisahan yang membawa kebahagiaan.

Saya juga mengalami perpisahan..aduh sekejap daku sekejap aku nampak sangat penulis ni ada krisis identitikan??? ha..ha tak pe itu diakui tapi bukan krisis jantina ( oppss maaf jika ini agak sensitif. tiada sebarang maksud disitu...

Perpisahan yang saya pernah alami adalah kenangan yang paling sendu dalam memori ini..sekadar perkongsian tiada niat nak mintak simpati..

Dari kecik saya dijaga oleh nenek saya yang membesarkan saya dari sebesar tapak kaki, bukan mak bapak tak nak jaga tuntutan kerja, maklumlah kena cari rezeki.jadi saya diserahkan kepada nenek saya. Nenek ni bila jaga cucu memang mengalahkan kasih sayang terhadap anak sendiri, betapa bertuah saya kasih sayang yang diberikan memang top..tak pernah saya rasa kurang walau pun hidup saya serba dalam kekurangan..ingat lagi rumah tak ada peti ais jadi bila makan coklat lepas makan coklat tu bungkus dalam plastik dan masukkan dalam baldi yg berisi air, airkan makin lama makin sejuk..keras coklat tuh. Tak percaya cuba buat.

Tuh belum bab saya pergi menoreh getah..buat getah keping wah dulu memang terror ah..tutup mata jer..jgn ingat saya menoreh saya tak pergi sekolah..hari cuti jelah pergi..hari sekolah pergi sekolah..pagi-pagi buta nak pergi sekolah nenek bawa lampu suluh hantar ke jalan raya besar sebab nak naik bas sekolah maklumler rumah kitaorng ni pendalam sikit..lupa saya hidup dengan nenek sahaja lepas kepergian datuk.

Tu belum bab saya bercucuk tanam disawah bendang..best ohh semai padi..lepas semai padi bila masa menuai siap pakai topi besar..panas pun best..pengalaman tu..

Bila musim banjir lagilah siap buat rakit buloh..pukat ikan..hah terror tak>> mana nak jumpa benda cam gini tu belum tunjuk skills lompat dlaam sungai lagi..silap-2 masuk sukan sea dapat GOLD..berangan..

Bila raya baju raya wah design kemain penuh ropol-2 dulu cantik gila..sekarang kalau pakai bagaimana ekk.. dulu kat kg tak pernah jumpa KFC, MCdonals semua fastfood ler...menu harian kita orang ikan kukus dan sambal itu pun dah cukup meleleh air liur..nak sayur ambil belakang rumah jer ulam-2 macam-macam segar lagi..

Banyak yang manis dan indah antara saya dan nenek..ingat semua tu senyum jer..tapi detik indah itu pantas berlalu bila nenek saya ditimpa musibah angin ahmar..separuh badannya tidak berfungi..luluh hati ini..nenek yang dulu menjaga pakai saya terbaring dalam linangan air mata..hari pertama dihospital saya menemani nenek sambil picit kaki tangan sambil baca ayatul- qursi mintak dia pulih.

Bulan pertama saya menjaga nenek..bila saya pergi sekolah nenek saudara menjaga nenek..bila balik dari sekolah saya menguruskan nenek..selalu saya dirikan nenek bagi dia pegang tingkap dan suruh dia kuatkan kaki..alhamdullillah nenek kuat semangat walau belum pulih tapi ada perkembangan..nak pergi rumah jiran pun aku papah nenek paksa dia kuatkan kaki..jangan mimpi nak manja-manja bukan saya kejam tapi nak tolong nenek..

Masa berlalu laju. akhirnya anak-anak nenek buat keputusan untuk jaga nenek bergilir-gilir, aku termengu sendiri sambil genggam tangan nenek..sampai hati aku dari kecik hidup dengan nenek tetiba nak dipisahkan..saya boleh jaga nenek..saya tak kisah susah macam mana pun..tapi suara saya mana didengari..

Hari perpisahan tiba..tika saat nenek diangkat masuk ke kereta pak cik saya, ada linangan airmata dari nenek.. begitu juga saya..mak dan ayah hanya memandang saya..tak seorang pun faham perasaan saya tika itu..betapa hati ini bagai tersayat pilu..saya tidak merelakan perpisahan itu walau saya tahu itu untuk kebaikan saya dan nenek.

Saya memandang pondok buruk yang kami diami bersama..airmata ini laju mengalir..banyak kenangan disitu.kini akan terbiar sepi.....perlahan kereta yang dinaiki nenek meninggalkan saya yang kian teresak ingin saya kejar tapi pantas saya dipeluk..betapa saya merasai apa itu erti perpisahan..penuh kesakitan...

Itu kisah saya memang permulaan parah tapi tiap yang terjadi ada zat yang diberikan Allah..


Friday, May 4, 2012

Hukum Cincin Emas/Suasa/Perak bagi Lelaki


Di hari ini sama-sama kita kongsikan sedikit pengetahuan semoga mendapat syafaat:-
Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak (Silver) bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.
Emas adalah  unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: ‘aurum’ dan nombor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, “malleable”, dan “ductile”. Emas tdk serasi dgn zat kimia tp ditakluki oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage.  Emas akan lebur pada suhu sekitar 1000c.Jika emas putih mempunyai logam yang sama dgn emas kuning maka hukumnya sama. 
Platinium Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nombor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, “malleable”, “ductile”, berharga,
 Ali bin Abu Talib r.a. berkata:”Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.”(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)
Ibnu Majah menambah: “Halal buat orang-orang perempuan”.
Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian Nabi mengambil cincin itu dan dibuang ke tanah.Kemudian beliau bersabda:”Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.’ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.”(Riwayat Muslim)
Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas
seperti emas biasa yang berwarna kuning

Cincin Perak   
Lelaki tidak dilarang memakai cincin Perak kerana Nabi pernah memakainya. Anas ra, berkata :-
لما أراد النبي صلى الله عليه وسلم أن يكتب إلى الروم قيل له إنهم لا يقرءون كتابا إلا أن يكون مختوما فاتخذ خاتما من فضة فكأني أنظر إلى بياضه في يده ونقش فيه محمد رسول الله
“Tatkala Nabi ingin menulis surat kepada orang Rom. beliau telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada chop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah” [Hadith Riwayat Bukhari #5537, Muslim #2029].

Menurut Ibn Taimiyah ra. :-
أما خاتم الفضة فيباح باتفاق اللأئمة فإنه قد صح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه اتخذ خاتما من فضة ، وأن أصحابه اتخذوا خواتيم ، بخلاف خاتم الذهب فإنها حرام باتفاق الأئمة الأربعة ؛
“Bagi cincin Perak, adalah dibenarkan menurut sepakat Imam-Imam, kerana sesungguhnya ia sahih datang dari riwayat bahawa Nabi memiliki cincin Perak, dan sesungguhnya para sahabatnya juga memakai cincin. Ini berbeza dengan Emas, yang diharamkan oleh sepakat Imam-Imam yang empat” [Majmu' Fataawa 25/63-65].

Emas Putih 
Platinum tahan karat dan terdapat dalam beberapa bijih nikel dan copper. Digunakan utk perhiasan, peralatan makmal, gigi, dan peralatan mengawal pembebasan asap kenderaan.”Jelas daripada penjelasan ini, bahawa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Cincin Suasa
Cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain.Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih sekalipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:”Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya tidak kira sikit atau banyak emasnya.

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :”Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”