Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Tuesday, April 24, 2012

KAWAN VS KELUARGA




Pagi tadi terbaca satu status dari seorang sahabat di FB..Membelakangkan keluarga kerana percayakan kawan..agak kritikal status itu bagi pembacaan daku, tapi lain orang lain akan pendapat dan buah fikiran.
Mungkin keadaan dan situasi yg agak berbeza kerana setiap manusia tak akan sama dugaan yg dihadapi.

Bagi daku memang kawan itu adalah sesuatu yg indah dalam hidup kita, sepilah kita jika tiada kawan, memang meriah andai hidup kita dikelilingi kawan, orang cakap apa makan sama2 gelak sama2. indahnya dunia..boleh berchat di FB, Twitter macam2 lagi kegunaan IT yg ada sekarang, rasanya majoriti lebih ramai kwn di alam cyber dari alam realiti.

Orang cakap berkawan biar seribu..tak salah bercerita pada rakan untuk melepaskan beban..tapi rakan mungkin sekadar menjadi pendengar dan meluahkan simpati..tapi awas tak semua kawan akan menyimpan rapi apa yg kita sampaikan.. bukan tak mempercayai kawan..kita kena ada sifat percaya baru akan wujud istilah kawankan? percaya boleh tapi kenali dulu kawan kita, tak semua kawan boleh menjadi pendengar, bak kata pepatah biar pecah diperut jgn dimulut, susah nak cari kawan macam ni. Bagi aku Alhamdullillah aku tergolong dalam insan bertuah didampingin oleh beberapa kawan yg bersifat begini walau hakikat boleh dibilang dengan jari tapi aku tetap berbangga.

Tapi harus beringat sejauh mana kita menyanjungi rakan2, keluarga adalah harta yg teramat bernilai, sebusuk mana pun itulah yang akan paling setia menemani kita andai suatu hari nanti kita tersepit, Keluarga tidak memerlukan wang ringgit cukup andai kita tahu menghormati sesama perasaan. Jangan terlalu melebihkan rakan kerana keluarga itu lebih berhak keatas kita.

Bila rakan merajuk kita perlu pujuk, namun bila keluarga merajuk kita akan kerugian, tapi hakikatnya keluarga tak akan merajuk walau berlari sejauh mana pun dengan rakan kita keluarga akan tetap menghimpit, jangan cepat merasa rimas, memang perilaku rakan dan keluarga berbeza tapi manfaatnya tak akan sama.

Jadi pada daku memang kita tak salah menyanyangi rakan tapi sayangilah keluarga melebihi segalanya kerana keluarga akan sentiasa bersama kita walau dlm apa jua keadaan. Tapi andai kita pandai mengimbangi sahabat dan keluarga itu lebih baik....Tapi keadaan terkadang memaksa untuk kita melebihkan rakan.

Apa pun daku sayang akan kawan2 yg hadir dalam hidup ku dan daku menghargai keluarga ku.



Monday, April 23, 2012

KELEBIHAN khatamun nubuwwah

Alhamdullilah berkat perkongsian dari seorang sahabat, dapat juga sedikit pengetahuan bagi menambah ilmu yg tak seberapa didada ini,

"KHATAMUN NUBUWWAH" soalan pertama yg keluar dari bibir ini, zikir atau ayat penerang hati ke ni? menampakkan kekurangan ilmu pada diriku, tidak malu daku mengakuai , biarlah daku digelak tawa kerana kekurangan ini kerana memang itu silapku. aku terima dengan kekerdilan yg penuh.


Ayat ini diberikan oleh seorang sahabat bila daku meminta pandangan dari beliau, banyak sebenarnya kelebihan ayat ini.

Sejarah Ayat "KHATAMUN NUBUWWAH"
~ NABI S.A.W DICAP DENGAN CAP KHATAMUN NUBUWWAH UTK MENENTUKAN  BAHAWA NABI S.A.W ITU NABI DAN RASUL YG TERAKHIR, TIDAK AKAN ADA LAGI SELEPAS NABI S.A.W.

Fadhilat- Fadhilat ayat ini jika diamalkan :

1) Sesiapa melihat ayat ini dari waktu subuh dengan ada lagi wudhuk Allah akan menjaganya hingga ke petang. Jika melihatnya dari waktu Maghrib akan terpelihara hingga waktu pagi.

2) Jika melihat ayat ini dari awal bulan Allah akan memeliharanya hingga ke akhir bulan tersebut.

3) Jika diletakkan ayat ini dlm kenderaan( melihat) Insyaallah akan terpelihara dari kecelakaan sepanjang perjalanan.

4 ) Jika menjadikan ayat ini hiasan didlm rumah, penghuninya akan dipelihara dari kebakaran dan kecurian.
serta Insyallah dielakkan dari terkena wabak taun dan penyakit yg berjangkit.

5) Ayat ini juga utk perlindungan/ perubatan dari iblis....

Sekadar pengertian dari kaca mata saya untuk ayat ini, walau hakikatnya nya banyak lagi kelebihan ayat ini...InsyaAllah akan saya cuba untuk memahami akan mukjizat akan ayat ini untuk renungan kita bersama, jika ada yg tersilap sila maafi saya. yg baik itu Milik DIA yag terkurang itu adalah saya.



Friday, April 20, 2012

MENCARI SILAP ATAU MEMBUAT SILAP

ZR

         

As salam,

Salam jumaat yg penuh indah dan penuh dengan keberkatan untuk penghulu segala hari.

Di hari yg damai dan redup tak salah andai kita berfikir sambil menilai sudut posifi dan negatif yg ada pada diri kita. Banyak yg terkurang atau ada yg terlebih dalam perjalanan hidup seharian kita.

Kita senang mencari silap orang disekitar kita tanpa kita sedari membuat silap dengan hanya melihat telah memberikan jawapan untuk penilaian kita, mencari salah memamg mudah tapi untuk mencari kebaikan walau sebesar zarah pun kita menjadi buta.

Orang kata bila tak suka yg elok pun nampak tak sempurna, bagilah lah gula berkilo2 tapi tetap pahit dan terasa terlebih garam..

Mencari musuh memang senang tapi hakikat musuh itu lebih jujur dlm memberikan reaksi atas sikap kita berbanding teman yg banyak berselindung dengan ayat ingin menjaga hati kita, hingga yang terkurang makin hilang terus.

Kita manusia memang susah mencari silap sendiri kerana itu kita sering membuat silap, ada yg sedar tapi lebih banyak yg diluar sedar.

Pendek kata kita memang tak mampu untuk mengiktiraf diri mahir dalam penilaian kerana bila kita melihat buruk seseorang seperti itulah orang lain memandang kita, jika kita lapang kan hati melihat seribu keindahan tidak mustahil sejuta kali kita dilihat cantik..Tak payah suntik vitamin C, tak perlu botox cantik itu akan hadir sendiri.

Maka lebih baik agar kita tidak terus mencari silap yg didepan mata tapi carilah silap itu yg berada pada zahir sendiri, memang susah namun tidak akan sulit jika kita mencari dengan penuh sabar, akan bertemu titik tersebut.

Thursday, April 19, 2012

KAKI NOVEL ATAU HANTU NOVEL?

ZR

Maksud dan kata yg agak sama perumpamaan ini, tapi lebih mesra alam dengan ayat hantu novel barangkali, kat pejabat ni banyak hantu novel, daku nih tidak termasuk dalam golongan kaki novel tapi entah macam mana boleh melekat dengan stiker penggemar novel dikebelakangan hari ini,. pernah bercita2 menjadi penulis novel tapi al-maklum ler bukan seorang insan yg benar2 berseni.. seni itu ada tapi susah untuk ditafsirkan..

Semenjak dua menjak nih, daku ader ler beli novel2 yg rasa2 agak merentap emosi ini..cewah boleh ler buat peneman dikala jiwa kacau..asyik jiwa kacau jer aku ni..bila lah gamaknya tak ada kena kacau...kalau tak merasa jiwa kacau bukan manusia pulak kan?

Penulis2-penulis pulak daku tak tertumpu pada seseorang yg mana rasa tajuk cam best rembat jer..tapi aku ni malas nak melancong kat kedai buku..jadi order online dengan penulis sendiri atau contact jer syarikat penerbitan..biasanya dalam 2 hari boleh dapat..tapi kalau order dengan penulis confirm2 dpat signature lagi..itu yg mahal tu tayang kat bebudak office..ha..ha..ha..

Atara novel favourite daku ler: 

1 ~     

2~    

3~ 


4 ~


5~ 

6~ 

7 ~

8~

9~

Ini jerlah novel yag bila daku baca cam melekat kat jiwa..cewahhh...

Thursday, April 5, 2012

TIADA DUKA YG ABADI

ZR

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Wednesday, April 4, 2012

BAHAYA MULUT.

ZR

Semalam daku memberanikan diri mengajak seorang insan untuk makan tengahari bersama aku, mungkin dengan undangan ini akan menimbulkan spekulasi atau kata2 yg barangkali tidak elok didengar tapi undangan ku adalah dari golongan Hawa, golongan yg auratnya sama denganku, dan tidak akan membatalkan air sembahyang dan seagama denganku bukannya berlainan agama yang harusku jaga aurat dengannya...ya aurat ku dengan semuslim walau sama tetap harus dijaga namun tidak akan berlebih dari yg sepatutnya..


Dari permulaan perkataan ada getar untuk aku usaikan..ibarat menjadi pejuang walau bkn bertempur dimedan..namun bertempur dengan perasan lebih hebat.


Penuh yakin dengan Nama Allah aku mulakan untuk menyelami ke dasar hatinya. ku tabirkan tanpa selindung. moga tiada yang akan terluka dan moga pengucapanku beralaskan redha ALLAH, kerana tanpa Redha apa saja perbuatan tidak akan mendatang syafaat apatah lagi manfaat.


Alhamdullilah....Allah memudahkan segalanya..telah terungkai tanpa perlu masa yg lama, tidak perlu untuk saling menyalahi, kerana Benar itu akan datang dengan sendirinya walau mungkin lambat.


Dari detik dan masa ini aku fahami akan kerumitan dan bahaya nya MULUT..walau nampak mulus bibir, walau manisnya ayat belum pasti hatinya juga manis, kerana hati didalam sukar utk menilai atalah lagi mentafsir...hanya DIA juga yg lebih tahu , segalanya milik DIA..walau tersembunyi sebesar zarah sekalipun DIA yang dulu akan tahu...tiada ruang untuk lari walau habis keliling dunia.


Iktibar telah lama ku ambil pakai, namun sejarah akan tetap berualng dan aku tetap akan menerima tempias kerana MULUT..walau mungkin dari mulutku sendiri..


Berhati2, sudah acapkali aku mencuba mengguna pakai formula itu, tapi MULUT ini tidak ada remote control..jika boleh ditekan pause sudah pasti itu pilihan akal bila mulut terlebih bicara..


Yang paling hampir , bukan bererti yng paling baik dan paling jujur dengan kita, kerana adakalanya musuh itu lebih baik sifatnya..yang nyata terang dan bersuluh meluah rasa ketidakpuasan hati...musuh akan meluah melalui MULUT dan teman yg mendengar akan menyampaikan melalui Mulut..jadi..yg mana benar..yang mana ikhlas untuk menasihati atau untuk menyakiti??


Timbang tara dengan sebaik dan seeloknya, tak perlu terus melatah bikla mendengar kerana dari beberapa mulut telah bertambah dari episod 1 ke 5 episod dan kita kahirnya menjadi penamat..ibarat filem inginkan airmata atau bagaimana?

Monday, April 2, 2012

Mengharap

ZR
Ya Allah bantulah aku...berilah aku jalan yg dipermudahkan...
Ringankanlah ujian yg hadir, tenangkanlah jiwaku,

Ya Allah penuh doa penuh harap,
agar akan dikau berikan bantuanMU...