Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Wednesday, April 27, 2011

UCAPKAN

ZR
Kau terlalu setia menemani daku, walau tanpa sebarang ucapan ikrar cinta kau tetap disisi dalam duka dan dalam airmata.
Bila ditanya ucapmu kita hanya sepasang sahabat begitu jua daku jawapan yang hadir kami memang akrab sebagai sahabat dan profesional kerja, tapi ucapan itu seakan tidak dipercayai oleh orang sekeliling kerana melihat tingkahmu yang melindungi daku, tangan ku selalu kau gengam tika berjalan, semangat ku sentiasa kau bakar. Tapi kita tetap memang status berkawan sahaja.
Terkadang ku lihat ada rasa cemburu padamu bila daku memenuhi aktiviti bersama teman lain, begitu jua daku tapi mengapa rasa cinta tidak pernah hadir antara kita, tapi kita ibarat saling melengkapi dan dimata umum jika nama mu disebut maka akan hadir jua namaku, tapi sinar sayang tiada antara kita.
Tika kita juh kerana tugasan masing-masing tidak melupan kau sentiasa ku ceritakan pada teman seorang sahabat yang memang susah kucari, sehingga terkadang airmata menitis bila terkadang mengenagkan persahatan dan betapa baiknya dikau padaku.
Ucapmu semoga aku sentiasa maju dan jika aku memerlukan dikau, kau akan hadir walau dimana sahaja, kerana itu ramai yang menyangkakan kita bercinta tapi hakikatnya tidak, kita telah slaing mengenali selama 8 tahun bermula dari dikau tidak begitu menyukai ku sehingg dikau digelar pelindungku oleh umum.
Entah kenapa kita berdua belum memikirkan cinta, dan andai nanti masing-masing telah menemuai cinta mungi kau dan aku tidak dapat lagi bersama begini..semuanya akan jadi sejatrah atas nilai persahabatan kita..

Monday, April 25, 2011

JANGAN PERGI DARIKU

ZR

Tabir sendu dihati ini masih berbaki bila mendengar ucapan darimu semalam,
betapa jiwa ini resah, hati ini pilu tersayat dengan kata-kata yang penuh makna dari bibirmu,
Aku tahu aku jua memendam perasaan yang aneh pada dirimu tapi mengapa daku hanya membisu bila saat dikau ingin meluahkan.
Titisan airmata seakan tidak mahu hadir di pipi ini, yang resah hanyalah hati.
Betapa aku jatuh bila kau lafazkan harus meninggalkan daku demi melindungi daku dan tidak ingin aku terluka.
Cahaya yang lahir dari matamu jelas menceritakan betapa dikau amat menyintaiku tapi mengapa dikau ingin melepaskan daku yang terjatuh cinta padamu.
Memang benar dulu kita penuh benci, kita penuh dendam tapi kini itu telah kita buang jauh dan masing-masing menyembunyikan luahan rasa yang sebenar.
Aku berdiam ibarat tiada cerita antara kita, hanya sedih yang berlagu harus aku melepas kan rasa ini dan perasaan ini, harus kita membohongi akan diri sendiri mengapa harus begini.
Kau melepaskan daku kerana terlalu menyanyangiku, kau melepaskan daku kerana ingin melindungi daku dan kerana tidk mahu aku sakit, tapi pernah kah dikau mengetahui yang jiwaku telah terlebih sakit dan pengorbanan ini terpaksa kita lalui walau masing-masing tidak pernah mengucapkan kata cinta tapi perasaan kita tahu apa yang ada antara kita..
Ucapmu moga aku beroleh bahagia dan agar tiada lagi sengsara buatku, agar aku bersama insan yang setia menungguku, aku hanya mampu merelakan melepaskan dikau untuk menyambut tangannya kembali seperti yang kau janjikan dulu.

Wednesday, April 13, 2011

Cinta Pertama

ZR

Terima ksaih buat cinta pertama, walau mungkin bukan dia yang menjadi penyeri hiup tapi, yang pasti cinta pertama itu banyak memberi makna.

Semua insan yang pernah jatuh cinta pertama kali akan mengharapkan kekal ke akhir hayat tapi tak semua menjadi nyata..namun kemanisan dan perasaan yang hadir pertama kali itu mata istimewa..ras rindu yang tidak pernah dialami, rasa malu yang sellau hadir,  degupan jantung yang amat pantas menceritakan permulaan bagi sebuah perasaan yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Cinta pertama banyak mengajar eti sabar, erti sebuah ikatan erti sebuah kasih, cinta pertama yang berjaya memperkanalkan perasaan dijiwa. Memang amat bermakna...

Kerana itu andai kita melangkah ke depan sesekali tolehlah ke belakang  sekali sekala bukan untuk mengungkit kisah silam cuma untuk mengambil sebagi pengajaran dan iktibar dalam kehidupan. Tak semua yang pahit harus terus dibuang dan tidak semestinya yang manis itu tidak merbahaya.....

Friday, April 1, 2011

JIWA KACAU

ZR

Aduhh ..gedebuk aku jatuh cinta lagi...bukan pada sebarang jejaka , bukan jua pada sebarang orang tapi...



Pada MING DAO & QIAO EN...

Sejak dari mengikuti drama PRINCE TURN TO FROG



MY BEST PALS








LET's DANCE



Aku suka melihat nilai persahabatan yang akrab antara mereka berdua ( saling melengkapi sebagai seorang sahabat walau diluar kamera )

dan selalu aku mengimpikan di alam realiti mereka


apa-apapun daku sentiasa meminati MINGEN .......

Tuesday, February 22, 2011

HATI YANG RESAH

ZR

Resah hati ini telah lama tidak bersua, bukan kerana tiada masa tapi jiwa tidak menemuai jawapan untuk mencoretkan.

Resah yang panjang menutup semangat yang cuba hadir. Telah cuba naluri melawan tapi tewas jua.

Cuba singkirkan resah, cuba pautkan kembali jemari ini agar terus bernafas ...terbitlah ilham diminda ku agar bisa ku tebarkan kembali cerita yang terhenti...

Thursday, February 3, 2011

CAYO..CAYO

Z
langkah pertama hari ini, ada gusar ada resah tapi cuba kulawan agar keberanian hadir untuk sebuah kemenangan.

Kuatkah aku untuk menghadapi ini semua, haruskah aku terus memasang mimipi, memang sedikit kejayaan yang bakal aku terima adakalnya mambuatkan diri ini sedikit ego, namun aku akan cuba untuk merendah diri selagi ada doa yang dilemparkan kepada ku.

Cayo..cayo aku akan berusaha agar khayalan itu menjadi miliku

Tuesday, January 25, 2011

MELIHAT DAN MENJENGUK

ZR                                      
Melihat akan blog rakan-rakan dialam maya ini, ada yang menbangkitkan ketawa, ada yang membangkitkan kecewa ada yang membangkitkan lara, namun yang pasti blog itu tetap aku lawati dalam senyap.

Mungkin aku bukan penulis yang mampu menarik minat insani untuk menjejaki penulisanku, ikhlas aku tidak pandai untuk menneka dan mencari apa yang diingini oleh orang lain. Aku hanya mampu mencoret yang terlahir diminda ini. Ya mungkin gayaku agak membosankan, mungkin agak merimaskan tapi itu adalah diri ku sendiri.

Puas ku cuba untuk mencoretkan bait kat yang lain, namun jiwa ini tidak mampu, hati ini seakan kaku tiada yang terlahir dari dalam diri. Kaku aku dalam alam yang baru dunia aku cipta. Tewas dengan gelodak sendiri .

Panats aku putusakan untuk membaitkan apa yang kurasakn benar tentang ilham ini, susah untuk aku mencoret selain dari yang terlahir. ..Maka akan selalu ku lihat dan menjenguk tirai rakan-rakan yang lain yang ku selami dasar hati mereka...