Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Monday, April 25, 2011

JANGAN PERGI DARIKU

ZR

Tabir sendu dihati ini masih berbaki bila mendengar ucapan darimu semalam,
betapa jiwa ini resah, hati ini pilu tersayat dengan kata-kata yang penuh makna dari bibirmu,
Aku tahu aku jua memendam perasaan yang aneh pada dirimu tapi mengapa daku hanya membisu bila saat dikau ingin meluahkan.
Titisan airmata seakan tidak mahu hadir di pipi ini, yang resah hanyalah hati.
Betapa aku jatuh bila kau lafazkan harus meninggalkan daku demi melindungi daku dan tidak ingin aku terluka.
Cahaya yang lahir dari matamu jelas menceritakan betapa dikau amat menyintaiku tapi mengapa dikau ingin melepaskan daku yang terjatuh cinta padamu.
Memang benar dulu kita penuh benci, kita penuh dendam tapi kini itu telah kita buang jauh dan masing-masing menyembunyikan luahan rasa yang sebenar.
Aku berdiam ibarat tiada cerita antara kita, hanya sedih yang berlagu harus aku melepas kan rasa ini dan perasaan ini, harus kita membohongi akan diri sendiri mengapa harus begini.
Kau melepaskan daku kerana terlalu menyanyangiku, kau melepaskan daku kerana ingin melindungi daku dan kerana tidk mahu aku sakit, tapi pernah kah dikau mengetahui yang jiwaku telah terlebih sakit dan pengorbanan ini terpaksa kita lalui walau masing-masing tidak pernah mengucapkan kata cinta tapi perasaan kita tahu apa yang ada antara kita..
Ucapmu moga aku beroleh bahagia dan agar tiada lagi sengsara buatku, agar aku bersama insan yang setia menungguku, aku hanya mampu merelakan melepaskan dikau untuk menyambut tangannya kembali seperti yang kau janjikan dulu.

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel