Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Monday, January 13, 2014

Duhai.Nyawa

ZRDuhai nyawa, tiada ku meminta lebih, cukuplah andai kau bahagiakan aku dalam doamu, tiada lebih yang aku minta, cukuplah sekadar kau mampu menyejukkan rahimku dengan akhlakmu. Tiada apa yang aku ingini dikehidupan inisebagai pembalasan buat ku, pintaku cukup andai kau menoleh padaku sekali sekala saat kau kedepan nanti。 Aku cuma melihat langkahmu yang makin pandai, saat kau sudah mampu mengikat sendiri tali dikasutmu, detik itu sayu hatiku, cepat benar masamu denganku, kau akan makin jauh nanti meninggalkan aku yg masih bersisa saat pertama kali haruman badanmu ku cium tanpa jemu .Duhai nyawa andai nanti kau tidak terlalu bijaksana, janganlah kau hampa, aku sentiasa syukur andai bijaksana itu terselit rasa cinta pada Allah,yakinilah nyawaku, benar dunia ini indah namun syurganya akhirat kelak, maka nyawaku doaku agar kau menjadi psrmata yang soleh yang sentiasa mendahului tiang yang wajibmu, malah jika perlu melebihi nyawa mu, tiada aku meminta yang tidak kau mampu, cukuplah kau melebihkan yang akan membantu untuk aku jua nanti. Tika kau makin metentas waktu. Ingatilah kataku walau cuma kata, namun aku tetap mendoakan yang baik baik buatmu..

Friday, January 10, 2014

Buat Ibu dan Ayah

ZR Ya Allah andai aku tidak cukup waktu untuk membahagiakan ibu bapaku. Maka Ya Allah bahagiakan mereka dengan cintaMU. Sesungguhnya tiada apa pun yang layak aku berikan walau setinggi mana nilainya, atas tiap kesulitan buat mereka kerana aku, hanya  ku pinta redhaMU untuk kedua ibu bapaku serta buatku. Aku ingin melihat senyuman diwajah tua mereka, maka Ya Allah serikan wajah mereka dengan rahmatMU, jangan KAU biarkan titisan airmata hadir kerana silapku, jangan KAU benarkan luka hati mereka kerana sikapku. Aku tiada apa yang lebih untuk mereka sekadar rasa ingin KAU bahagiakan mereka dalam jalanMU, serta rindukan selalu jiwa mereka pada@kekasihMU Rasulullah S.A.W, Duhai ibu , aku ini masih jauhuntuk membayar tiap luka hatimu, atas kata mahupun sikapku, yang terkadang mengusik perasaanmu. Doakan aku menjadi anak yang menyenangkanmu, melapangkanmu walau tiada yang mahal mpu ku berikan. Duhai ayah, doakan jua anakmu ini mampu membuatkan kau senyum, aku bahagia melihat manisnya bibirmu walau  berteman kedut yang menceritaka n umurmu. Izikanlah aku menjadi penyejuk serta pendamai dihati mu , sesungguhnya nilai airmataku tiada yang setaraf nilai kekesalanku, andai aku ada melukai hati kalian. Ya Allah Ya Allah mudahkan jalanku untuk aku terus menjadi anak yang membawa bahagia pada matamereka, saat mereka  menatap wajahku. Hadirkanlah rasa indah saat aku disisi mereka. Jagakan mereka YaAllah . Biarkan aku terus@mendoakan yang baik baik untuk mereka. Sesungguhnya tiap kata mereka adalah doa buatku.Maka@senangkan aku selalu dihati@mereka . Aku ini tidak sempurna penuh fakir, cuma kuharapkan rasa sayangku pada@kalian tidak akan pernah hilang, biar aku tiada kekayaan yang kekal, bahagiaku adalah rasa kasih pada mereka jangan hilang harta ini yang ada pada hatiku
, biarkan aku fakir dimata dunia tapi kayakan dimata kedua ibu bapaku.Mewahkan aku dengan hanya meminta dariMU dan tidak sombong untuk berdoa padaMU. Sesungguhnya Enkau Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Wednesday, January 8, 2014

Tahun Baru Yang Berganti

ZR Tahun Baru menjenguk kita kembali. Tahun yang tidak pernah akan berhenti apatah lagi akan sembunyi tanpa hadir. Walau apa jua tetap akan dibuka tabir yang baru. Keluhan umur yang mengejar. Rungutan impian yang tidak sudah. Segalanya seperti satu kemestian. Sempat atau tidak tetap masa mencari kita cuma kita yang sering di tinggal waktu, umur berjalan tapi diri tidak disitu. Apa yang aku harapkan di tahun ini. Mungkin sahabat yang lain penuh impian penuh rasa untuk mencipta sesuatu, atau menyambung yang tak sudah. Aku doakan segalanya menjadi nyata bukan hanya angan semata. Aku masih lagi tiada yang aku mimpikan, tiada yang aku hajati bukan aku bongkah mendongak langit, tapi kadang aku rasakan Allah telah menjadualkan segalanya. Segalanya sudah terlebih indah. Aku bukan terlalu memasang impian mahupun cita , tapi aku tetap akan mencari apa yang ingin aku cari. Walau mungkin tidak seperti diharapkan.Tahun cumalahwaktu yang tidak akan berhenti, selagi kita ini bernafas, selagi itu kita dikejar dan kita terus berlari agar tidak tertiggal oleh masa, aku cuma mendoakan agar kita semua terus beroleh hidayah. Beroleh rahmat dari yang ESA dan tidak diputuskan walau tahun berganti.  Semoga aku juga tidak menghampakan yang masih sudi untuk mengikuti mahupun membaca tulisan ku yg serba kurang ini。 Moga ada bait kata dariku dan lebih berdisplin untuk kalian nilaikan.

Wednesday, December 4, 2013

Doakan untuk aku

ZR   Aku tidak mampu menipu lagi. Aku kini cuba untuk belajar tentang apa yg aku rasa. Sukar untuk aku rulis mahupun bicarakan. Namun kini aku pasti jalan teah diberi olehNYA. Kini aku berserah cuma@pada DIA. Aku tahu hati ku makin pasti, bukan kerana benci tapi rasa sayang maka aku memohon yang terbaik.Usah ditanya apakah tiada yang manis, ada masih kekal tapi aku sudah menyimpan rasa manis itu dalam kenangan. Aku tahu bukan syurga tempat ku tapi aku pasti Allah mengetahuai apa yang hati aku lalui, aku tidak pandai merungkai kata untuk membuka kerana pada mata yang melihat segalanya sempurna, benarkah aku terlalu mengikut kata hati? atau aku terlalu mengambil hati. Hati aku puas ciluba bertahan, puas ku pujuk tapi makin ku ubat makin timbul luka yang ada. Aku tahu aku tiada sempurna malah wajahku masih ada cacat celanya begitu juga sikap ku. Tapi aku tahu Aku secantiknya  dicipta Allah dan Allah lebih mengetahuai sebaik mana riak ku kerana itu aku bersyukur dgn apa yang milikkun Walau banyak kurangku melevihi org yang lain tapi aku pasti ini terbaik buatku. Kini aku cuma mengharap agar aku mampu untuk menerima apa juga penghujungnya, walau menyakitkan tapi jika itu nikmat buatku , maka aku mensyukuri. Maaf aku sudah cukup berlakon menjaga hati mahupun memberi rasuah pada hatiku dgn kata kata manis.Kini aku mendoakan jalan yang terbaik untukku. Benar sayang untuk ku lepaskan, tapi jika ini yang diizinkan maka aku percaya akan baiknya seribu rahsia. Maka teman doakan untuk aku jika baik kekalkan, jika tidak jauhkan.Aku akan terus berdiri walau perlu aku lalui dibalik kata yg hina walau dengan memakan kata caci tapi aku akan tetap berani kerana aku yakin Allah mendengor doaku. Walau lambat walau masih menyakitkan aku tetap menyakini Allah akan membantuku, memudahkan jalanku. Aku percaya dan aku sgt percaya Allah bersamaku. Doakan untuk aku duhai teman, walau satu doa namun lebih mustajab dari seribu kata. Doakan aku. InsyaAllah..

Thursday, November 14, 2013

Duhai Hati

ZR    Bila sebut tentang hati, ramai yangmembayangkan tentang perasaan, mahupun rasa cinta.Memang itu yang berkait dengan hati. Sebut hati pasti golongan hawa yakni wanita yang sinonim dengan hati. Walhal hati bukan ada pada semua kehidupan. Tapi maklumlah wanita ni kan sensitive kaedahnya . Apa yang ada pada hati kita bukan kita yang tahu tapi Allah lebihbtahu. Sekumit mana jua rasa mahupun tiap keluh kesah kita, segalanya DIA tahu. Hati kita ni penuh rasa, penuh kata kata yang kita ucapkan walaupun tanpa zahir, susah untuk menjaga hati, lebih susah kerana hati kerap leka, kerap alpa dengan apa yang dilihat mata. Hati itu kadang benar, tapi terkadang banyak khilafnya.. Duhai hati bukan mudah kita ingin menyatakan hati kita ini baik, agak mustahil kerana hati kita bukan tidak pernah berhenti bermonolog tentang apa sahaja, kesilapan, kekurangan, keaiban orang, malah hati kita kerap merintih rasa tidak pernah cukup, rasa serba kurang pafahal yg ada pada kita lebih dari cukup. Itulah kita bibir dan hati tidak selari.Cakap dan niat susah untuk sama. Kita kerap menipu pada diri sendiri, tidak jujyr tapi kita mudah marah bila orang tidak jujur pada kita, tapi hati kita selalu tidak benar mengapa pula tidak kita marah, kerana apa hati kita akan memujuk kita dengan kata kata@manja.Duhai hati bukan mudah untuk menjagamu.Tidak senang untuk mendidikmu, kerana aku sendiri kadang keliru dengan hati. apa yang hati mahu. Terlalu banyak permainan dalam hati. Mainan peradaan mahupun odi.Maka duhai hati janganlah kau bersifat ujud apatah lagi bersifat riak mahulun alpa.

Sunday, October 20, 2013

Makruh mencabut uban.

ZR   Sebut sahaja uban mesti kita akan teringat atau nampak dimana sahaja rambut yang berwarna putih. Kalau kat kampung selalu sangat para-psra mak yang duduk di atas tangga dan mengadakan sessi mencabut uban.Saya selalu juga disuruh mak supaya mencabut ubannya tapi keran mata yang sudah kerabunan maka memang saya akan terlepas tugasan itu. Anak jiran yang akan selalu secara sukarela maklumlah diupah rm 2.Budak mana tak nak.                                                                   Tapi memang kita tak pernah nak ambil tahu betapa uban dikepala itu adalah cahaya diakhirat. Larangan mencabut uban seperti diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W , baginda bersabda  Janganlah kamu cabut uban, kerana ia adalah cahaya seorang muslim pada hari kiamat kelak“ diriwayatkan Abu Dawud, Al tarmizi dan Al Nasie . Saya mrmbaca tentang ini dan sesungguhnya ini satu ilmu pengetahuan yang saya sendiri tidak pernah terfikir yang mencabut uban iru dilarang.Walhal ini yang sering saya lihat didepan mata. Tapi saya sekadar berkongsi apa yang saya baca, dan jika ada yang lebih ariff maka tegur-yegurlah saya yang madih dalam mencari ilmu.   kisah uban ini ada diceritakan tentang sasa zaman Rasulallah yang mana baginda mengarahkan mewarnakan uban tidak terhad kepada mereka yang pergi berperang sahaja.Namun baginda melarang diwarnakan hitam pada rambut yang beruban. Malah bagi lelaki boleh mencukur namun memadai dengan mengunting bagi wanita.Banyak rupanya yang saya tidak tahu tentang uban. Alhamdulillah saya diberikan sedikit ilmu yang amat berharga ini.Rasullahsendiri perah ditanya oleh Abu bakar‘ Wahai Rasuallah, kamu sudah beruban?, “ubanku ini disebabkan olehsurah Hud, al-Waqeiah, Al- Mursalat, An-Naba Dan at- Takwir“.Banyak lagi yang diceritakan namun saya tidak pandai untuk menulis tentang itu selagi saya memahami sepenuhnya.Apa yang saya itu yang saya coretkan walau sedikit. Tapi  tentu kita terfikir habis orang cakap ada uban gatal. Tak kan tak boleh cabut sediit pun. Imam Nawawi berkata hukun cabut uban adalah makruh seolah menghilangkan cahaya yang diberi Allah. mencabut uban sama ada dikepala, misai atau janggut hukumnya makruh yanyang boleh jadi haram. Rupanya amaterat juga benda yang kita pandang ringan.

Tuesday, October 8, 2013

Mulut orang macam tempayan.

ZR   Tak tahu nk buat tajuk apa, jadi tempek tajuk ini sahaja.Benda ini hari hari kita hadapi dalam sedar atau kita buat buat tak sedar. Saya tak niatkan sesiapa tapi ingatkan diri sendiri. Itulah pandangan kita pada orang yg di sekiling kita, terutama yang kita benci.Sedap aje kita cakap mulut org@macam tempayan kerana kita cepat melatah dengan apa yang kita dengar. Kita ada kelebihan iaitu nampak akan kekurangan orang lebih dari kekurangan sendiri. Dengar aje orang cakap lebih mulalah kita menggap orang itu mulut tempayan. Kita pula sibuk menjadi perencah ajinomoto atas apa yang kita fikir mulut tempayan.Pendek kata tak payah nak simbolik sangatlah kata kita ni tak suka mengumpat.Apa beza mengumpat dan mengata tsk sama ke?。 Memanglah tak sama sebutan dan ejaan yang@berbeza tapi maksudnya dan macam adik beradikkan. Jadi kalau kita kata mulut orang macam tempayan silap-silap orang kata kita mulut macam kawah.。Wah lagi hebat rupanya kita. Kita bandibgkan orang@dengan tempayan tapi diri kita dinilai seperti mulut kawah. Kita bukan baik sangat untuk langsung tidak berkata kata, dalam hati kita pasti tidak pernah sunyi dari berbicara tentang kekhjlafan orang lain. Jadi kita jangan sangat bermurah hati untuk memberi award pada orang lIn mulut tempayan.