Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Friday, June 24, 2011

RENUNGAN ~ UNTUK PERMUDAH URUSAN DAN HAJAT


Ya Allah,
Janganlah kau biarkan pada diri kami ini dosa, kecuali Kau telah ampun akan dia, dan tidak ada kesusahan kecuali Kau leraikan, tidak ada sakit kecuali Kau sembuhkan dia, dan tidak ada kesesakan kecuali Kau beri kesejahteraan akan dia, dan tidak ada orang yang sesat kecuali Kau beri petunjuk akan dia, tidak ada orang yang susah kecuali Kau permudahkan dia, tidak ada orang yang fakir kecuali Kau beri kekayaan dan tidak ada orang yang memohon kecuali Kau tunaikan dia, dan tidak ada yang jauh kecuali Kau hampirkan dia, dan tidak ada musuh kecuali Kau binasakan dia, tidak ada orang berjihad kecuali Kau penuhi kehendakinya, tidak ada orang bujang kecuali Kau kahwinkan dia, tidak ada hajat daripada hajat-hajat dunia dan akhirat yang Kau redhai padanya dan ada kebaikan bagi kami, kecuali Kau tunaikan dia, dan permudahkan dia Wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk, mudahkanlah urusan kami Ya Allah, permudahkan jangan disulitkan kerana Engkau yang maha memudahkan , segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah sempurnakan dengan segala kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Allah wahai yang paling mengasihi daripada segala yang mengasihi.

Ya Allah,
Kuatkanlah Iman Kami, satukan saf-saf kami dan kumpulkan hati-hati kami diatas kecintaan kepada Mu, Ya Allah Ya Karim. Kasihanilah kami Ya Allah, kasihanilah kami Ya Rahim, mudahkanlah urusan kami dan luaskan rezeki kami dengan rahmatMu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel