ZR
Tiap tahun yang berlalu daku semakin dewasa dan daku semakin tahu akan arus dan ribut yang melanda, walau terkadang daku hampir jatuh dan daku hampir terluka namun itu bukan penamat sebuah kisah.
Hari itu tiba lagi...Hari Bapa hari yang sungguh indah buat insan yang bergelar bapa, tiada yang mampu daku luahkan hanya secebis kata dan doa buat Bapa yang tersayang. Sungguh rasa kasih dan cinta ini hadir tanpa perlu daku paksa dan bukan dalam dendam.
Bapa..mungkin daku tidak meniti ditangan mu disaat daku memulakan langkah, mungkin tika daku terjatuh dan luka dikau tidak menyambut ku. Namun itu tidak mencalarkan perasaan sayang ini padamu. Sungguh dulu daku keliru, dan terkadang rasa marah hadir mengapa diriku dibiarkan sendiri tanpa mereka yang sepatutnya bernaung sebumbung denganku.
Bapa..masa demi masa berlalu dan daku melangkah dalam rasa sunyi, rasa yang menghantui rasa yang seakan menjerut tangkai hati. Daku seakan menjadi hamba pada perasaan yang tak pasti. Ingin daku melaungkan agar dikau mengerti namun mampukah suaraku menyentuh hatimu.
Bapa..Rembulan dan bintang pantas berlari menukarkan rentak hidup yang terkadang cerah dan terkadang sepi begitulah daku yang terulit oleh rasa, hingga pernah rasa rindu pada mu hilang begitu sahaja dan angin yang hadir merentap rasa sayang padamu, Berdosakah daku kerana pernah merasai begitu, salahkah daku kerana terlalu menikmati kasih pinjaman buat ku.
Bapa...sungguh hingga detik ini walau tanpa pengakhiran cerita yang pasti, tanpa kamus yang terbentang untuk ku ketahui maksud yang ada, daku telah menanam benih hormat padamu. Dikaulah bapa ku didunia dan akhirat mungkin daku tidak merasai kasih yang sepenuhnya namun, yang bersisa itu tetap daku hargai kerana daku tahu tanpa dikau tidak akan wujudnya daku.
Bapa..mungkin dikau tidak mengerti kasihku padamu bukan dimata sahaja, tidak mampu daku melakonkan segala rasa cukup ku titipkan pada DIA yang dikau ku cintai.
Bapa...tika ada ruang dan masa masih berdetik sungguh ku harap daku mampu melaksanakan segala hutang yang belum berbayar padamu..mungkin tidak semua namun daku akan berusaha, kerana bagiku senyuman mu itu penawar segala duka, dan senyuman mu itu amat bernilai...........
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel