Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Friday, September 14, 2018

HIJRAHKAN AKU

ZR

Assalam..Bismilahirohmanirohim


Alhamdulillah Allah masih meminjamkan nafas ini untuk merasa nikmat udara ditahun baru ini,
tiada apa yang lebih bererti bila mana Allah masih memilih diri ini untuk sujud padaNYA, itulah nikmat yang terindah.

Aku insan yang memiliki banyak dosa jua khilaf, aku bukan seputih mutiara mahupun sejernih air, malah jauh dari memiliki kilauan yang bergermelapan.

Aku seorang Hamba yang banyak berbuat dosa dulu dan kini, tidak pernah terhitung malah sering alpa jua leka, barangkali aku ini hitam.

Namun jauh disudut hati aku jua memiliki sebuah kerinduan, rindu untuk dekat dengan MU yang menciptakan aku, rindu untuk bersama orang orang yang merindui kekasihMU, tapi aku tahu siapalah aku ini yang sentiasa larut dlam dosa.

Wahai yang menciptakan aku, aku meminta dipintu RahmatMU, meminta kurniaan Hidayah jua Taufiq MU buat ku, Hijrahkanlah aku dari yang tidak KAU suka pada yang KAU sukai, jauhkan aku dari sesiapa jua yang menjauhkan aku dari MU, lepaskan aku dari setiap perbuatan yang tiada REDHA MU, betapa aku terlalu lemah tanpa pertolongan dan pelukan MU.

Ya Allah, yang berlalu dalam hidupku walau pun penuh dengan dosa, namun usah aku dijauhkan dari pandanganMU, izin kan lah aku MendekatiMU mendampingi kekasihMU.

Hijrahkan aku ini yang kerdil, tanpa IzinMU tak akan aku boleh meghijrahkan diriku.

Kebelakangan ini hati aku kerap sunyi, kerap merasa sepi aku resah dan gelisah mencari MU,
derai airmata sering hadir merobek tangkai hati, rindunya aku padaMU.

adakah KAU sudi memandang aku, adakah ini tanda KAU jua rindukan aku, atau kerana bebanan dosa dosa ku cuma?

Hijrahkan aku dari mencintai dunia kepada cinta mutlak kepada MU, letakkan pada setiap nafas, nadi denyut jua hembusan ini untukMU, jadikanlah aku mendahului MU dalam apa jua perkara jua urusan, janganlah KAU biarkan aku merasa takut kepada makhluk, kecuali ketakutan kepadaMU, dan janganlah KAU biarkan aku berharap selain dariMU.

Sambutlah kerinduan ku, penuhilah kesepianku, hiasilah kegelisahan ku dengan jawapan dariMU, aku menunggu setiap waktu Wahai Pemilik KU.....

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel