Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Friday, July 8, 2011

MENCINTAI DIA

ZR


Menerima apa jua takdir merupakan satu ibadah yang jarang kita lakukan tanda kecintaa kita kepada Allah.


Perkataan redha itu selalu hadir bila ditimpa ujian dari NYA, namun hati belum pasti meredhai.....




Thursday, July 7, 2011

KATA

ZR

Biarkan mereka terus berkata-kata andai itu melegakan mereka, biarkan mereka terus mereka kata andai itu makanan harian dan daku hanya menyimpan kata tanpa lawan kerana aku tidak bodoh.

Wednesday, July 6, 2011

PENDEK, MATI ATAU HILANG AKAL

ZR

Satu maksud yang membawa kepada sebuah kisah, setiap ungkaian yang membawa seakan satu pengertian.
Segalanya berkait dengan akal, sebuah cerita akan dimulai dengan akal.

Terkadang terhimpit oleh rasa yang merendahkan diri, terasa diri kerdil atas kebodohan sendiri lantas mencorakkan pendek akal yang bersarang.

Jiwa pasti akan terus diseru dengan perasaan buntu bila hati dan fikiran tidak bersatu,  maka pertimbangan akan hilang jalannya, mati akal akan terus merajai untuk membawa kepada soalan dan terus kepada jawapan yang buntu, jawapan yang menambahkan kecelaruan.

Bila kita menerima seadanya pendek akal dan mati akal lantas kita merelakan untuk diri terus hilang akal, sanggup mencapai tahap itu, tahap yang memang tidak mampu untuk kita gambarkan suasana dan keadaan kerana dijiwa kita masih ada cebisan sisa kemanusia. Namun seampuh mana benteng pertahan ini andai bedilan demi bedilan yang bertalu terus menyentuh rasa insani diri.







Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa:
Pendek Akal : Tidak Luas fikirannya / tidak berfikir panjang
Mati Akal : Buntu fikiran / Tidak dapat menyelesaikan masalah
Hilang Akal : Tidak berakal seperti binatang.

Tuesday, July 5, 2011

MENCARI ARAH

ZR

Dalam sepi dalam sunyi kaki tetap melangkah, penuh pengharapan penuh rasa untuk mencari jawapan pada sebuah persoalan.




DETIK ITU SEMENTARA

ZR                                               


Mengapa setiap yang indah itu hanya seketika, biar cuba untuk disimpan dan diabadikan namun detik itu pantas berlari, detik yang berjalan disekeliling kita dengan pelbagai bentuk dan rupa, detik yang mewarnai pelangi kita.

Tiap yang terjadi dalam suka dan duka amat indah untuk disimpan, biar hati menangis, biar jiwa kekeringan namun semua itu suatu pembelajaran untuk ke tali yang indah. Tika mata melihat kasih yang ditabur berbenih, tika senyum terukir melihat permata didepan mata, jatuh dan bangun bagai satu magis yang cukup berharga detik itu tidak akan berulang, walau berulang jejaknya tidak sama irama yang terhasil pasti berbeza.

Setiap yang dialui menceritakan kematangan detik yang bakal kita lalui, bila rasa telah berbuku banyak yang ingin disimpan walau tidak semua memori itu berbaki.

Simpulkan tiap detik yang sedang dialui, usah terus membiarkan ia pergi tanpa rasa dihati, pahatkan ia bukukan selagi termampu biar kemanisan, kepahitan, dan segala rasa menjadi satu resepi yang sempurna untuk kita nikmati ...

Monday, July 4, 2011

DITIKAM, MENIKAM DAN TERTIKAM

ZR

Ditikam memang akan menjadi lumrah setiap yang bernama insani akan mengalami situasi ini, yang ditikam oleh kawan baik sendiri, suami atau sesiapa sahaja disekeliling. Situasi ini memang ada dimana sahaja.Tikaman yang mengenai perasaan dan tangkai hati seakan menjadi penyebab sebuah ikatan untuk punah, akan rasa saling tidak mempercayai akan terbit cerita tiga segi yang tidak diketahuai akan kebenaran yang nyata.

Menikam telah menjadi adat dalam diri kerana rasa cemburu mahupun rasa ingin memiliki kepercayaan seseorang hingga sanggup mengorbankan orang lain demi kepuasan dan kepentingan diri.Ini menjadi resepi utnuk menjatuhkan atau mendampingi seseorang dengan menikam habis-habisan hingga terlupa akan keaiban dan maruah orang dilempar dan permainkan.

Tertikam atas sikap sendiri yang seakan bertopeng dengan sandiwara, suka menyemai cerita disini dan suka menimbus cerita disana, memang payah untuk mempercayai sehingga diri dan perasaan sindiri tertikam atas sifat yang direka oleh diri, teruskan melagakan, teruskan bercerita segala yang tidak diketahuai akan penyebab dan benarnya teruskan bermuka sehingga menemuai cermin yang benar-benar ampuh untuk melihat wajah disitu, agar tidak pecah kerana bedak yang digunakan dimuka terlalu padat hingga tidak mampu dikenali oleh cermin murahan.


Ditikam memang adat dalam kehidupan, menikam itu pula ibarat satu kewajipan dan bila diri telah tertikam mungkin kah ada kemaafan dari yang ditikam kepada yang suka menikam....

Friday, July 1, 2011

KU MOHON

ZR

Sehingga saat ini daku masih mencari secebis sinar yang jauh daku tinggalkan, cahaya yang selalu memayungi daku disetiap hela nafas dan setiap sudut takdir yang tertulis.

Sungguh daku selalu alpa dan nikmat syukur yang kulafazkan boleh dihitung, namun RahmatMU tidak pernah pudar apatah lagi menjauh. Daku terlalu leka dan melekakan diri dengan rimbunan kesenangan pinjaman dariMU.

KAU memang Pemurah dan Penyanyang sejahat mana pun daku membelakangiMU, langkah ku tetap KAU permudahkan, mengapa masih tiada rasa malu yang menebal terhadapMU atas tiap perbuatan ku yang seakan riak bercerita tentang kesenangan yang KAU limpahkan.

Dekatkanlah hatiku padaMU, bukan hanya dengan ucapan dibibirku semata namun beserta rasa yang sempurna dijiwa ini, Tetapkan tingkahku agar terus memohon padaMU, biarlah daku meluahkan rasa malu dan sesalan ini kerana ku tahu KAU sentiasa mendengar.

Titisan airmata yang hadir dipipi ini belum tentu menutupi segala rasa yang terbuku dijiwa ini tika daku jauh dariMU, Tadahan tangan ini belum rapat dan masih dibolosi dengan sesalan-sesalan yang berbaki. Layakkah daku menerima apa yang DIKAU berikan tanpa putus. Bantulah aku untuk terus dekat padaMU kerana daku tidak mampu melawan arus yang hadir yang sentiasa memesongkan daku walaupun hakikat daku rindu untuk selalu bersuara padaMU.

Terima kasih tidak mampu untuk membalas apa yang KAU curahkan, dan memang tidak akan berbayar walau sehingga nafas ini terhenti kerana segalanya milikMU. Tetapkan daku diarasMU hingga akhir nanti dan moga daku mampu menyemai benih yang suci pada tiap amanah Mu padaKU......