Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Monday, June 27, 2011

HARI BAPA

ZR

Tiap tahun yang berlalu daku semakin dewasa dan daku semakin tahu akan arus dan ribut yang melanda, walau terkadang daku hampir jatuh dan daku hampir terluka namun itu bukan penamat sebuah kisah.


Hari itu tiba lagi...Hari Bapa hari yang sungguh indah buat insan yang bergelar bapa, tiada yang mampu daku luahkan hanya secebis kata dan doa buat Bapa yang tersayang. Sungguh rasa kasih dan cinta ini hadir tanpa perlu daku paksa dan bukan dalam dendam.


Bapa..mungkin daku tidak meniti ditangan mu disaat daku memulakan langkah, mungkin tika daku terjatuh dan luka dikau tidak menyambut ku. Namun itu tidak mencalarkan perasaan sayang ini padamu. Sungguh dulu daku keliru, dan terkadang rasa marah hadir mengapa diriku dibiarkan sendiri tanpa mereka yang sepatutnya bernaung sebumbung denganku.


Bapa..masa demi masa berlalu dan daku melangkah dalam rasa sunyi, rasa yang menghantui rasa yang seakan menjerut tangkai hati. Daku seakan menjadi hamba pada perasaan yang tak pasti. Ingin daku melaungkan agar dikau mengerti namun mampukah suaraku menyentuh hatimu.


Bapa..Rembulan dan bintang pantas berlari menukarkan rentak hidup yang terkadang cerah dan terkadang sepi begitulah daku yang terulit oleh rasa, hingga pernah rasa rindu pada mu hilang begitu sahaja dan angin yang hadir merentap rasa sayang padamu, Berdosakah daku kerana pernah merasai begitu, salahkah daku kerana terlalu menikmati kasih pinjaman buat ku.


Bapa...sungguh hingga detik ini walau tanpa pengakhiran cerita yang pasti, tanpa kamus yang terbentang untuk ku ketahui maksud yang ada, daku telah menanam benih hormat padamu. Dikaulah bapa ku didunia dan akhirat mungkin daku tidak merasai kasih yang sepenuhnya namun, yang bersisa itu tetap daku hargai kerana daku tahu tanpa dikau tidak akan wujudnya daku.


Bapa..mungkin dikau tidak mengerti kasihku padamu bukan dimata sahaja, tidak mampu daku melakonkan segala rasa cukup ku titipkan pada DIA yang dikau ku cintai.


Bapa...tika ada ruang dan masa masih berdetik sungguh ku harap daku mampu melaksanakan segala hutang yang belum berbayar padamu..mungkin tidak semua namun daku akan berusaha, kerana bagiku senyuman mu itu penawar segala duka, dan senyuman mu itu amat bernilai...........

BENARKAH BEGITU

ZR

N : Awak, benarkah sayangkan saya?

T :Mengapa awak bertanya begitu?

N : Kalau sayang mengapa mesti hati saya awak lukai,

T : Melukai hati awak? mungkin tidak sengaja, mengapa? saya melukai awak ke?

N : Betulkah hanya saya dihati awak?

T : Betul bagaimana harus saya buktikan, atau apa yang mesti saya lakukan.

N: Jika benar mengapa perlu terkadang saya ditinggalkan?

T : Ditinggalkan? adakah awak merasa rindu bila sendiri, adakah awak sentiasa mengingati saya?Bukan kah itu indah untuk dinikmati.

N: Mengapa bertanya begitu? jawapannya telah ada disebailk   soalan.

T: Jadi jika benar awak mengetahui mengapa perlu awak bertanyakan semua soalan itu, jika cinta tidak hanya perlu mengucapkan, cukuplah walau sekadar merasakan dan cukuplah sekadar memahami.Yang pasti tanpa rindu akan hilang rasa cinta, tanpa sakit kerana cemburu akan pudarlah cinta dan tanpa sakit kerana sesekali terluka akan kuranglah cintai..................

Friday, June 24, 2011

RENUNGAN ~ UNTUK PERMUDAH URUSAN DAN HAJAT


Ya Allah,
Janganlah kau biarkan pada diri kami ini dosa, kecuali Kau telah ampun akan dia, dan tidak ada kesusahan kecuali Kau leraikan, tidak ada sakit kecuali Kau sembuhkan dia, dan tidak ada kesesakan kecuali Kau beri kesejahteraan akan dia, dan tidak ada orang yang sesat kecuali Kau beri petunjuk akan dia, tidak ada orang yang susah kecuali Kau permudahkan dia, tidak ada orang yang fakir kecuali Kau beri kekayaan dan tidak ada orang yang memohon kecuali Kau tunaikan dia, dan tidak ada yang jauh kecuali Kau hampirkan dia, dan tidak ada musuh kecuali Kau binasakan dia, tidak ada orang berjihad kecuali Kau penuhi kehendakinya, tidak ada orang bujang kecuali Kau kahwinkan dia, tidak ada hajat daripada hajat-hajat dunia dan akhirat yang Kau redhai padanya dan ada kebaikan bagi kami, kecuali Kau tunaikan dia, dan permudahkan dia Wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk, mudahkanlah urusan kami Ya Allah, permudahkan jangan disulitkan kerana Engkau yang maha memudahkan , segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah sempurnakan dengan segala kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Allah wahai yang paling mengasihi daripada segala yang mengasihi.

Ya Allah,
Kuatkanlah Iman Kami, satukan saf-saf kami dan kumpulkan hati-hati kami diatas kecintaan kepada Mu, Ya Allah Ya Karim. Kasihanilah kami Ya Allah, kasihanilah kami Ya Rahim, mudahkanlah urusan kami dan luaskan rezeki kami dengan rahmatMu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Thursday, June 23, 2011

BILA JATUH CINTA

ZR
Al kisah ramai manusia pernah jatuh cinta dan ada yang sedang angau bercinta. Tika dilamun cinta tak pandang keliling semua cukup sempurna bak kata orang ketiak busuk pun wangi......

Bila hati sudah jatuh cinta pelbagai ungkapan sering terucap yang tak terduga dek akal dan kadang-kadang memang tak logik langsung, antara ayat yang tak boleh blah yang selalu didengari  :

1 ) Untuk you bintang pun i sanggup petik ( Hilang akal apa bukan ke jauh tu )

2 ) Kerana cinta lautan api pun sanggup renangi ( Berani cuba lah kena api sikit pun dah menjerit )

3) Kalau dikau menjadi bunga biarlah daku menjadi rama-rama ( sanggup ke hilang nikmat sebagai manusia......)

4 ) Cinta ku padamu lebih tebal dan panjang dari tembok besar china ( Kalau boleh diukur baru tahu betul ke tak )

5 ) Jika dikau menangis daku lagi sengsara, biarlah daku merasai ( Tak kena memang le cuba le kena menangis tak berlagu )

6) Cinta ku pada mu selamanya ( Sebab tak jumpa orang lain, cuba jumpa org lain mesti say BYE..BYE )

Pendek kata bermacam lagi ungkapan yang memang menyedapkan halwa telinga dan yang luar biasa, tapi itulah kenikmatan bercinta kan..pada yang bercinta memang selalu le guna ayat jiwang melainkan yang hati keras tu memang layan rock jelah tapi hakikatnya ayat-ayat sebegini ibarat sudah sinonim atau sebati bila jatuh cinta .....

Apa pun seronok bercinta ni bukan kata suruh budak bawah umur bercinta, cuma hargai cinta yang anda rasai kerana saat itu hadir sekali je tak tahu le kot hari-hari jatuh cintakan .....romantiknya....

REDUPAN

ZR

Tika hati resah mana ingin ku tadah, biar cuba menyerikan dengan warna pelangi namun rimbunan cahaya tetap pudar.

Bila jiwa redup dalam kelam ku cari cahaya, namun kabus jua yang melingkari.

Saat duka menghimpun diawangan, tetap mengharap sinaran rembulan, biar sedikit kabur namun cukup untuk memecahkan kebuntuan.

Friday, June 17, 2011

KEMAAFAN DAN MEMAAFKAN

ZR

Perlukan menghulurkan kemaafan andai hati tidak merelakan, sudikah memaafkan jika sering kali terluka.
Kemaafan itu sungguh satu keindahan namun sucikah niat itu jika tiada keinginan untuk memaafkan.



Kemaafan terlalu senang untuk dipinta namun memaafkan terlalu sukar untuk dilafazkan walau bibir ingin menyatakan...........

Thursday, June 16, 2011

OH BULAN

ZR

Oh bulan dari jauh kau mencuri pandangan ku, biar bermusim namun indahmu tetap dikalbu,
Indah cahayamu seindah sinar yang terpancar, cemburu daku akan kelebihanmu,
Mungkin daku belum cukup mensyukuri atas apa yang ada, mungkin jua daku seakan ingin menawan seperti rembulan.

Dikau bagai dekat untuk kugapai ibarat bisa ku sentuh, namun hakikatnya terlalu jauh untuk ku jejaki.

Oh Bulan biarkan sinarmu menerangi tika tiap detik yang kelam agar kelambu ku berhias cahaya mu yang terang bisa memalapkan kesuraman tika mendung dan pekat awan yang hadir.



* Indah itu tidak semestinya cantik kerana cantik itu tidak kekal yang kekal cuma kenangan walau sepahit mana pun ia.