ZR
As Salam,
Dalam kehidupan ini, kita selalu tersenyum dan bergembira, saat siang bertukar malam jua tanpa kita sedar kerana hidup kita dikelilingi dengan hilai tawa dan keseronokan.
Namun kadang kita akan merasa kekosongan dan kesunyian dalam diri, puas kita mencari apakah penyebab perasaan kita begitu. Kadang kita cuba memujuk hati dengan memenuhi masa dengan apa yang boleh menggembirakan kita, Tapi tetap hati terasa sunyi dan kosong.
Saat begitu adalah saat Allah mula memanggil kita dengan sebuah kerinduan, Allah rindu untuk mendengar rintihan demi rintihan jua cerita demi cerita dari kita.
Kita masih lagi tidak tersedar akan panggilan itu kerana kerasnya sekeping hati, kerana kita insan yang faqir yang terbalut dengan dosa, dan berbuat zalim terhadap diri kita sendiri.
Hati kita ibarat cemin yang mana, saat allah memantulkan cahayaNYA akan bersinar pantulan itu memercikkan keindahan demi keindahan. Hati kita ini milik Allah, kita sendiri tidak tahu bagaiamana hati kita, ikhlas atau tidak semua hanya dalam pengetehahuan Allah, bohonglah andai kita berkata hanya kita yang tahu hati kita. Kerana hati itu umpama taman taman yang indah, yang perlu disiram dan baja dengan kasih sayang terhadapNYA.
Bila kita dalam kesedihan itulah saat Allah menantikan kita, untuk mengadu bersimpuh dan meminta apa jua, walau mustahil pada pandangan manusia, salah pada kata manusia namun disisi Allah tiada yang mustahil.
usah bersungut saat diuji, barangkali itulah satu ujian kerana terlalu lama kita jauh dari Allah, untuk Allah menarik kita adalah melalui ujian. Terlalu lama kita mendongak langit sesekali harus memandang rumput..............
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel