Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Tuesday, January 16, 2018

Hilang Dalam Terang

ZR

As salam....Bismilahirohmanirohim,

Hidup ini tidak mudah bila saat kita mula cuba untuk mengenal Allah, hidup ini tidak akan senang saat hati kita rasa kekosongan dan kesunyian, kerana apa kita sunyi dan kosong? kerana saat itulah Allah mula memanggil kita dengan panggilan rinduNYA terhadap seorang hamba yang telah lama jauh dariNYA.

Saat sunyi air mata kita akan jatuh dengan mudah, segala yang diperbuat akan cuma menambahkan kegusaran dan ketidak tenteraman jiwa, kerana apa? kerana kita tidak mencari, mencari Allah yang setia menantikan hambaNYA untuk bercerita tentang kesunyian kekosongan hati.

Benarlah saat kita hanyut dalam arus dunia, kita akan disukai oleh ramai orang malah setiap kegembiraan dunia yang kita lalui akan diambut dengan gelak tawa dan hilai.

Bila saat kita mula meninggalkan keseronokan dunia sedikit demi sikit akan hilang teman dari gengaman, saat itulah Allah akan temukan kita dengan Sahabat, sahabat yang akan membawa kita pada jalan yang jauh dari dunia, malah akan lebih membawa kita untuk mula kenal akhirat, dijalan ini kadang kita akan dibenci malah ditolak jauh dari kalangan teman teman, kerana apa, kerana Allah akan memberi petunjuk kepada orang yang Allah kehendaki dan tanda kasihNYA allah, hadirkan sahabat yang padanya ada sesuatu yang akan bawa kita mengenal cinta Ilahi dan kekasihNYA rasulullah S.A.W.

Saat kita mula gemar sujud akan terlihat salah, namun teruslah sujud, kerana Allah ada walau tidak ada bahu untuk menampung air mata saat dalam kesulitan di jalan ini, biarlah airmata menjadi tanda antara kita makhluk dan Allah yang menciptakan kita. Jangan kita cuma menangis kerana manusia , menangis jua kerana Allah.

Moga allah pertemukan kita dengan sahabat yang padanya saat memandangnya membuatkan kita mengingati allah dan saat berbicara dengannya membuatkan kita makin merindui Rasulullah S.A.W, dan moga kita insan yang terpilih jua yang bergelar sahabat.

Persahabatan kerana allah dari allah untuk allah dan akan kembali pada allah, moga akan bersua allah ditempatkan allah di Jannatul Firdaus dan dipayungi Jannatul Aftar....

Kata Imam Al Ghazali mendapat seorang sahabat yang padanya ada akhirat adalah sukar namun untuk kehilangannya adalah mudah...

~ CUKUP BAGIKU UNTUK PENGETAHUAN TUHANKU, DARI DOA DAN USAHAKU.
  YA TUHANKU PEMILIK KU,
  DIKAU TAHU SURATANKU,
  YANG TERSIRAT DIJIWAKUKU, KEPAYAHAN DAN KEPEDIHANKU,
  BANTU AKU SEHALUSNYA,
  MAHA DEKAT, MENDENGARI,
  KU AKUI KELEMAHANKU,ITULAH KESEDIHANKU.
 QOD KAFANI ILMU RABBI

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel