Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Wednesday, January 17, 2018

PERJALANANKU

ZR

As Salam, Bismilahirohmanirohim...

Alhamdulillah masih lagi ada nafas pada jasad ini, ada lagi mentari untuk dilihat atas pinjaman Allah.

Sedikit perjalananku untuk perkongsian, perjalanan yang aku sendiri tidak terfikir akan melalui dan berjalan dengan cara ini, Namun Allah jualah penentu segala dan berhak atas segala.

Aku seorang insan yang jauh dari mengenal allah dan rasullullah S..A.W, malah untuk aku menunaikan yang fardhu juga terkadang aku bermalas dan mengambil mudah, apatah lagi untuk memuji kekasih Allah.

Hingga suatu saat seseorang memberi aku sekeping kertas dan ia cuma nyatakan bacalah, aku menyambut kertas tersebut dari tangan seorang insan yang selayaknya aku gelar sahabat.

Aku membuka lipatan dan melihat setiap tulisan yang aku memang tidak tahu untuk membaca apatah lagi untuk menyebutnya.Yang aku tahu disaat ia memberi ia menyatakan ini adalah selawat sultan, bacalah selalu, saat itu aku cuma tersenyum walhal dalam hatiku berkata, aku tidak mengenal apatah lagi untuk membaca setiap huruf yang tercatit, Aku simpan selawat itu yang aku terima dari tahun 2012. Selama dua tahun aku cuma melihat tanpa membaca, setiap hari aku pegang dan setiap hari dia akan menyuruh aku membacanya pada setiap pagi. Hatiku melihat dan dari situ timbul rasa malu, malunya aku apabila sering diingatkan untuk membaca selawat itu, walhal aku buta tanpa mengenal satu huruf pun qalam qalam Allah saat itu, air mataku jatuh. Bermula dari selawat itu aku mula merangkak membaca satu demi satu untuk aku kenal, dan detik itulah boleh dikatakan Allah mengetuk hati aku untuk aku kembali pada fitrahku, kembali mencari iman.

Perkenalan dengan sahabatku disulami dengan dia membawa aku mengenal qasidah qasidah serta selawat dan burdah, setiap hari tanpa jemu setiap hari tidak pernah dia lupakan akan dibacakan untuk aku dengari, lantunan lantunan pujian untuk kekasih allah.

Aku mula jatuh cinta walau cuma dengan bacaan qasidah, burdah yang tidak pernah telinga aku dengari sejak aku dilahirkan hingga saat allah temukan aku dengan sahabat tersebut. Dia mengenalkan aku pada majlis Maulidur Rasul yang sungguh indah dengan lantunan mahalul qiam jua, bertemu dengan ulama jua kalangan orang soleh. Asbabnya sahabat tersebut aku allah letakkan dijalan ini, Jalan yang tidak akan orang fahami, hanya aku yang mengalami meraskakan kenikmatan keindahan jalan ini. Persahabatan ini terus berjalan telah ke 11 tahun dan dia masih setia membacakan qasidah kepadaku setiap hari.. Allah, nikmat apa lagi yang ingin didustakan.

Aku sang buta yang diberi setitis cahaya permulaan jalan ini dengan selawat cahaya kekasih Allah Rasullullah S.A.W, tiada yang seindah jalan ini, yang membuahkan sebuah kerinduan membuah kan rasa.

Fitrahnya aku asbab seorang sahabat dan kerana Rasulullah S.A.W. Persahabatan yang tidak akan mampu diterangkan , malah untuk membuat orang faham, kerana tiada kata dapat menceritakan ajaibnya jalan ini. Allahumasoliala Saidina Muhammad..

"KENAPA KEDUA MATAMU TETAP MENCUCURKAN AIRMATA, WALAU TELAH ENGKAU KATAKAN: TAHAN, JANGAN MENANGIS, DAN MENGAPA HATIMU TETAP GELISAH PADAHAL TELAH KAU KATAKAN PADANYA , TENANGLAH JANGAN GELISAH.

APAKAH ORANG YANG DIMABUK CINTA MENYANGKA, BAHAWA CINTAKAN DAPAT DISEMBUNYIKAN DISEBALIK CUCURAN AIRMATA DAN KEGELISAHAN JIWA.

BAGAIMANA HENDAK DISEMBUNYIKAN LAGI SUATU CINTA YANG TELAH DIBUKTIKAN OLEH SAKSI ADIL, BERUPA CUCURAN AIRMATA DAN BADAN YANG MENDERITA MENANGGUNG RINDU.
RINDUMU SUDAH TIDAK DAPAT DISEMBUNYIKAN LAGI, BILA TELAH TERUKIR DIPIPIMU KESAN MERAH CUCURAN AIR MATA LAKSANA RANTING ANAM .

YAH DIKEHENINGAN MALAM KHAYALANKU JAUH MELAYANG KEPADA KEKASIH, SEHINGGA NAK TIDUR PUN SUSAH, BEGITULAH SEBENARNYA CINTA APABILA IA TELAH BERTAPAK DIDALAM HATI IA AKAN MENUKARKAN SEGALA KELAZATAN MENJADI DERITA.

WAHAI YANG MENCELAKU, TENTANG CINTAKU, SEPATUTNYA ORANG YANG DIMABUK CINTA INI DIMAAFKAN SAHAJA ATAS KETERLANJURANNYA. ANDAI ENGAKU SEDAR TENTANG DERITA ORANG YANG BERCINTA SUDAH PASTI ENGKAU TIDAK AKAN MENCELANYA.

( nota: secebis rangkap qasidah burdah)

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel