Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Friday, May 30, 2014

Mencari yang Hilang

ZR   Saat kita sendirian, apa yg kadang terlintas atau terfikir dibenak hati kita?  Tentu banyak yang kita fikirkan, duit, keluarga, hal hal dunia yg tidak pernah surut. Itulah yg kita tenungkan walhal banyak yg hakikat lebih dari nyata untuk kita cari. Saya bukan insan yg baik, malah jauh dari baik, namun saat sendiri saya rasakan sayu, rasa amat kosong, tiada penghujung perasaan itu, Kadang air mata laju mengalir merasakan betapa jiwa ini terlalu lama terbiar tanpa cuba untuk mengenal diri. Saya tahu banyak dugaan yg kita hadapi, tapi jangan kita mudah mengalah teruskan sujud, teruskan meminta kerana DIA menguji kita kerana kita mampu untuk ujian itu. Kerap hati ini berkata sakit ujian ini adalah penebus dosa- dosa yg silam. Sungguh aku tidak mampu untuk menatap gambar gambar ditanah suci, akan jatuh air mataku, bilakah akan tiba aku kesana. Rindu dan benar berharap. Moga kekasih Allah menyambut salam cinta kita semua dan memudahkan kita kesana. Sentimentel sedikit aku kerana penangan perkongsian cerita dari beberapa teman yg pernah kesana. Bertuah mereka. Aku??? moga ada rezekiku , jika bukan untukku moga rezeki ku itu diberi pada kedua ibubapaku untuk sana. Moga dapat mereka berdoa didepan Kiblat yang satu dan didepan Makam Kekasih kita semua. Penulisanku bukan untuk memberi gambaran akan aku ini insan yg solehah. Tidak sahabat, terlalu jauh perkataan itu buat aku yg sangat kerdil ini. Aku cuma ingin mencari cahaya, ingin mengenal KEESAANNYA yg aku terlalai. Aku dalam ruang untuk berdoa moga diriku, hatiku dibalikkan bagai Fitrah agar aku kenal Cinta yang SATU. Moga cinta dihatiku buat DIA melebihi cinta pada manusia, bukan aku angkuh tapi inilah hakikat cinta manusia akan pergi dari kita. Namun cintakan DIA itulah yg kekal.

Monday, May 19, 2014

Sumbangan Tudung

ZR Isnin kembali lagi..Alhamdulillah, usah kita mengeluh dihari Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, senyumlah, jangan mengeluh. Warnakan hati dengan rasa rindu pada Rasul tercinta, moga kita beroleh Syafaat Baginda. InsyaAllah. Saya masih lagi dalam kempen Projek Tudung. Saya masih mengharapkan sumbangan pada yg sudi. Semoga ada yg ingin memberikan dengan niat sedekah atau apa jua. Ini adalah ihsan saya sendiri, untuk mengajak sesama insani kita beramal walau cuma sedikit. Kudrat saya tidak banyak, malah cabang saya jua terhad untuk meminta pada yg lebih. Cuma ini jihad saya dan saya mengalu alukan pada yg berkeinginan untuk memberikan tudung dgn niat apa sahaja, yg baik baik cuma. Semoga ada yg menyokong usaha saya ini. semoga ada senyuman diwajah.Ibu ibu tunggal mahupun balu saat saya sampaikan sumbangan tudung tersebut. Pada yg merasa was was dan merasakan saya menipu terpulanglah. Percaya kata hati anda, saya tetap mendoakan yg baik baik buat anda. Saya masih gigih ingin mendapatkan dalam 80 pcs tudung, untuk saya berikan pada 120 orang warga emas. Tudung bukan terpakai dan ingin saya@serahkan sebelum Aidilfitri . Andai ini berjaya sebagaimana program kain pasang sebelum ini, Alhamdulillah..Doa kan ada yg sudi untuk menyertai saya. Mungkin saya akan adakan program untuk anak yatim pula selepas ini. Moga Allah sampaikan niat saya ini. Pada yg ingin mengirim tudung melalui kiriman pos dialu alukan sebagaimana dilakukan olehbeberapa orang. Sila hantar di alamat berikut : Rosezana Bt Rahim ( imbina), No.15, Jalan Dagang SB 4/1, taman sungai besi indah. 43300 seri kembangan. Selangor.        013- 3462373....setiap kiriman akan saya catitkan nama. sebarang pertanyaan sila pm saya di rose7zana@gmail.com. Saya bukan berbuat untuk org memberikan saya pujisn. Tapi semoga@sesama@kita berbuat amal. Besar harapan saya..moga senyuman di wajah warga emas ada doa untuk kita dan saat kita memberi apa sahaja hajat kita sampai..Aminn..

Saturday, May 17, 2014

Projek Tudung 2

ZR Saya telah menerima beberapa kiriman pos tudung untuk disumbangkan pada warga emas. Terima kasih , saya masih ingin mengumpulkan dalam 80 pcs lagi. Tudung ini akan saya serahkan pada warga emas disebuah pondok pengajian. Besarlah harapan saya moga dapat mereka guna pakai di Aidilfitri. Jika ada yg ingin menyumbang walau sedikit cuma saya mengalu alukan..Sila pm sayaaa rose7ana@gmail.com..untuk pertanyaan.

Friday, May 16, 2014

Project Tudung

ZR  Saya dalam usaha mengadakan projek tudung, usaha ini saya mengalu- alukan jika ada yg ingin menyumbangkantudung, bukan terpakai harus labuh melepasi dada. Tudung ini akan saya sampaikan pada warga emas yg bertempat di sebuah pondok didengkil. Tudung ini moga dapatdigunakan mereka di Aidilfitri nanti. Alhamdulillah saya telah menerima beberapa pasang tudung dari yg bermurah hati mengirimkan pada saya. Setiap yg menyumbang akan saya catitkan nama. Saya akan mengumpul tudung dan berharap dapat menghantar pada mereka sebelum Aidilfitri. Pada yg berkeinginan untuk menyertai projek tudung ini. Sangat saya alu alukan. Tidak perlu banyak..Seikhlas jua. Bukan banyak atau sedikit tapi..Niat kita..Jika berminat menyertai dan ingin menghantarkan tudung pada saya..saya cuba mengumpul dalam 120 pcs untuk diagihkan pada mereka. Yang ingin mengetahuai lanjut sila pm ke email sayar rose7ana@gmail.com. Saya tiada sebarang niat untuk menagih simpati sekadar ingin berkongsi sesama kita, jika ada yg berniat untuk sedekah atau sebagaimananya. Doa doakan moga saya berjaya dan ada yg akan menyokong , bukan memandang sinis. Saya melakukan ini atas dasar ingin warga emas rasa dihargai dan masih ada yg mengambil tahu hal mereka.

Alhamdulillah...Rezeki warga Emas

ZR   Alhamdulillah...berkat usaha dan doa serta sumbangan dari yg bermurah hati. Akhirnya saya telah berjaya mengumpulkan sumbangan dan telah membeli kain- kain pasang untuk warga  bukan kerana sayaemas untuk 120 orang. Memang bukan mudah. Ada yg beranggapan saya membuang masa. Tapi tidak mengapa, sekarang kita muda. Dihari tua kita tidak tahu dimana kita nanti. Mungkin kita jua akan menumpang kasih dari yg sudi. Usah berharap pada yg hampir. Kelak kita akan meratap sayu. Semoga pada yg menghulurkan sumbangan..walau bagi mereka sedikit cuma, namun moga ada doa mereka buat kita saat hadir dimajlis majlis ilmu. Saya
 bukan ingin menabik dada menyatakan saya ini baik. Tapi ini.cuma yg mampusaya lakukan..Mungkin ada yg sedar. saya lama menyepi..bukan melupakan rumah ini..Tapi kerana saya tdrlupa password...jadi saya biarkan dahulu. Terima kasih pada yg setia menanti coretan dari insan yg kerdil ini. Moga ada kebaikan dari rumah ini buat teman- teman. Berbalik pada warga emas. Sungguh mereka menyatakan rasa syukur bila yg muda mengingati mereka. Walau saya ini bukan terlalu muda. Tapi dari mata dan senyuman mereka . Ada rasa rindu. Rasa ingin disayangi. Walau mereka bukan sesiapa bagi kita. Namun kita adalah manusia. Kasih Sayang itu percuma usah berkira. Kerana tiada mustahil. Kita akan mengemis kasih sayang jua nanti disaat senja..
 Mungkin  ada yg sedar, saya lama menghilang