ZR
Taju sama dengan trademark blog ni, tapi itu adalah tentang diri aku sekarang, aku ingin mencari apa yang telah lama kosong dan perlu ku isi didalam hatiku. Aku tahu aku banyak yang tertinggal, banyak yang aku alpa namun aku syukur kerana aku makin ingin mencari DIA, aku tidak malu untuk mengaku yang aku ingin masih terlalu jauh untuk mengenal DIA, aku masih banyak kurang dalam mengenal kekasihNYA.
Aku tahu bukan mudah untuk aku bermula kerana Fitrahku sebagai wanita, banyak yang harus aku fikirkan, bukan sekali malah berkali aku ingin menambah apa yang perlu namun cabarannya perit dan payah, aku tahu ini bahagianku. Namun aku masih mengharapkan DIA melapangkan jalanku, memudahlan aku.
Aku pencinta mencari pencipta kerana aku tahu lebih indah rasa dihati jika lebih mengenal DIA. pintaku agar akhlakku, lidahku serta tiap gerak geriku berada diatas landasanNYA.
Akulah sang pencinta yang cuba untuk mengenal Penciptaku, aku tahu aku terlalu daif, malah terlalu kurang tapi aku tetap mendoakan moga HIDAYAHNYA kekal milikku, dan moga aku akan berada di jalan yang dirahmatiNYA, doakanlah aku, doakanlah kelapangan buatku, doakanlah kemudahan buatku dan segala yang baik menjadi milkku, agar rasa kosong, gelisah serta kelukaan yang bertalu akan hilang.
Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.

Friday, August 30, 2013
Wednesday, August 28, 2013
Cantik itu Sempurna
ZR
Semua mahu cantik tidak kira siapa, tapi yang nyata wanita memang ada naluri untuk cantik dan untuk menawan dimata sendiri atau mata siapa yang memandang.
Cantik itu satu anugerah yang terlalu tinggi nilainya, apakah cantik itu sudah cukup untuk yang memandang atau cukup bagi kita menilai dari mata kasar kita.
Mengapa kita rasa cemburu bila kita dipandang sepi kerana tidak cantik?, adakah benar kita memang tidak cantik atau kita tidak sendiri tidak percaya dengan kecantikkan yang ada pada kita.
Sesungguhnya apa yang kita pandang dicermin setiap hari adalah kita, yang lebih cantik dari sekalian yang kita rasa lebih cantik. Cantik kita bukan perlu cantik dimata orang, biar nampak buruk namun lebih sempurna dari yang cantik.
Mengapa kita bersusah untuk cantik jika hati tidak senang. untuk cantik carilah ketenangan dari dalam, ketenangan yang sudah ada namun kita tidak mengambil berat dan mengambil tahu, yang ada lebih cantik dari yang terlihat oleh mata zahir, cantik itu dari hati cantik itu secantik kita menunaikan tanggugjawab sebagai khalifah, bukan hanya cantik dengan segal solekan yang melekap diwajah bila dilisa sir ia hilang dan wajah kita yang asal yang kekal jadi untuk apa kita memaksa diri menjadi seperti orang lain?.
yakinlah jika terlebih cantik pun belum tentu sempurna namun mungkin penuh cacat celanya, mungkn tidak cukup sifatnya dari yang tidak indah dimata.
Maka syukur andai kita tidak terlalu cantik sekurangnya riak kita berkurang, mungkin allah tahu jika kita cantik kita bukan menajdi kita yang sekarang, lagikan sedang-sedang pun kita lupa akan diri kita apatah lagi jika kita ini mempesonakan dimata insani?
Syukurlah apa yang ada, sayangilah apa yang kurang kerana itu adalah kelebihan kita dan bukan yang hina semata.

Tuesday, August 27, 2013
Baik kah kita?
ZR
Baiklah diri kita tika kita sentiasa melihat akan buruk dalam diri orang lain, baikkah kita andai terlalu banyak hina orang dihati kita. kita mudah menudah orang tidak sempurna tidak sekuat iman kita tapi hakikat kita menuduh tanpa kita mengenal akan diri sendiri. susah untuk mencari salah dalam diri kerana mata hati buta dan telinga menjadi tuli untuk mendengar kata hati.
Kita rasa diri baik, walau kita banyak tidak amanah, banyak melukakan orang sekeliling, selalu menyakiti perasaan orang tua kita sendiri.
Jika kita baik, mengapa selalu melihat yang buruk sahaja atas tiap apa juga perbuatan insan lain, apakah kita ini terlebih mulia untuk menilai, adakah kita beanr jujur dalam membuat penilaian atau cuma kita mentafsir atas apa yang kita dengar semata.
Sukar untuk kita mengakuai kekhilafan diri kerana baik yang ada dalam diri membayangi rasa diri yang kurang. kita sama sahaja tak akan ada yang cukup akhlak mahupun akalnya kerana kita adalah insan dan kita diciptakan olehNYA. Maka janganlah mudah merasa riak dengan sifat kita yang pemurah mahupun sikap penyanyang, mahupun sikap merendah diri kerana dalam kita rasa ikhlas akan timbul jua riak yang sentiasa menghasutv dengan kata-kata indah yang membuatkan kita rasa baiknya diri kita, banyaknya amalkan, walau hitam didahi namun belum tentu putih akan perasaannya, perasaan susah untuk dikawal akan sentiasa berdetik, sentiasa mencari jalan untuk menonjolkan betapa baiknya diri.
Perasan kah kita andai merasakan diri baik? itu hak kita itu adalah rasa kita , siapa mereka untuk menilai kita kembali, sedangkan banyak kebaikan hati kita dari mereka? apakah layak mereka menilai kita? jika begini soalan\kita pada mereka, habis kita sendiri bagaimana? maka renugkanlah untuk menjadi baik mudah namun untuk benar-benar baik adalah dari zahir mahupun batin.

Subscribe to:
Posts (Atom)