Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Tuesday, January 16, 2018

Hilang Dalam Terang

ZR

As salam....Bismilahirohmanirohim,

Hidup ini tidak mudah bila saat kita mula cuba untuk mengenal Allah, hidup ini tidak akan senang saat hati kita rasa kekosongan dan kesunyian, kerana apa kita sunyi dan kosong? kerana saat itulah Allah mula memanggil kita dengan panggilan rinduNYA terhadap seorang hamba yang telah lama jauh dariNYA.

Saat sunyi air mata kita akan jatuh dengan mudah, segala yang diperbuat akan cuma menambahkan kegusaran dan ketidak tenteraman jiwa, kerana apa? kerana kita tidak mencari, mencari Allah yang setia menantikan hambaNYA untuk bercerita tentang kesunyian kekosongan hati.

Benarlah saat kita hanyut dalam arus dunia, kita akan disukai oleh ramai orang malah setiap kegembiraan dunia yang kita lalui akan diambut dengan gelak tawa dan hilai.

Bila saat kita mula meninggalkan keseronokan dunia sedikit demi sikit akan hilang teman dari gengaman, saat itulah Allah akan temukan kita dengan Sahabat, sahabat yang akan membawa kita pada jalan yang jauh dari dunia, malah akan lebih membawa kita untuk mula kenal akhirat, dijalan ini kadang kita akan dibenci malah ditolak jauh dari kalangan teman teman, kerana apa, kerana Allah akan memberi petunjuk kepada orang yang Allah kehendaki dan tanda kasihNYA allah, hadirkan sahabat yang padanya ada sesuatu yang akan bawa kita mengenal cinta Ilahi dan kekasihNYA rasulullah S.A.W.

Saat kita mula gemar sujud akan terlihat salah, namun teruslah sujud, kerana Allah ada walau tidak ada bahu untuk menampung air mata saat dalam kesulitan di jalan ini, biarlah airmata menjadi tanda antara kita makhluk dan Allah yang menciptakan kita. Jangan kita cuma menangis kerana manusia , menangis jua kerana Allah.

Moga allah pertemukan kita dengan sahabat yang padanya saat memandangnya membuatkan kita mengingati allah dan saat berbicara dengannya membuatkan kita makin merindui Rasulullah S.A.W, dan moga kita insan yang terpilih jua yang bergelar sahabat.

Persahabatan kerana allah dari allah untuk allah dan akan kembali pada allah, moga akan bersua allah ditempatkan allah di Jannatul Firdaus dan dipayungi Jannatul Aftar....

Kata Imam Al Ghazali mendapat seorang sahabat yang padanya ada akhirat adalah sukar namun untuk kehilangannya adalah mudah...

~ CUKUP BAGIKU UNTUK PENGETAHUAN TUHANKU, DARI DOA DAN USAHAKU.
  YA TUHANKU PEMILIK KU,
  DIKAU TAHU SURATANKU,
  YANG TERSIRAT DIJIWAKUKU, KEPAYAHAN DAN KEPEDIHANKU,
  BANTU AKU SEHALUSNYA,
  MAHA DEKAT, MENDENGARI,
  KU AKUI KELEMAHANKU,ITULAH KESEDIHANKU.
 QOD KAFANI ILMU RABBI

Tuesday, May 9, 2017

ANAK YANG SOLEH

ZR

As Salam,

Seorang anak yang soleh adalah anak yang selalu mendoakan buat kedua ibu bapa mereka, tidak kiralah anak itu lelaki atau perempuan. Selama mana bergelar anak walau telah menjadi isteri atau suami tidak terputus ikatan itu, kerana itulah dikatakan bila meninggal seseoarang anak adam, maka salah satu yang boleh menolongnya adalah anak yang soleh.

Sesuatu yang selalu kita dengari bila mana seorang wanita yang telah berkahwin, keutamaannya untuk suaminya, iya benar. Namun harus diingat lakukan jua amal dan apa jual berniat untuk kedua ibu dan bapa, kerana itu diajar supaya kita selalu berdoa moga allah mengampunkan dosa kedua ibu dan bapa yang melahirkan, yang menjaga dari kecil hingga dewasa.

Jangan jadikan tirai sebuah perkahwinan untuk berbakti dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu dan bapa, sebelum kita dimiliki oleh pasangan kita, kita allah letakkan dalam jagaan seorang ayah dan ibu, asbab mereka allah hadirkan kita. Tanpa anak anak yang soleh bagaimana mereka ingin memiliki cahaya saat mereka berada di alam barzakh, kasihanilah kedua ibu dan bapa.

Kita ini didunia tidak dimiliki mahupun memiliki apa -apa jua sesiapa, kita adalah milik Allah dan memiliki Allah, selama mana allah berikan nikmat untuk bernafas, tanamalah tanaman yang ranum agar menjadi pohon yang rendang untuk ibu dan bapa kita di Jannah nanti.

Semoga Allah meletakkan kita di kalangan anak anak yang soleh dan solehah di dunia mahupun akhirat.....aamiin aamiin aamiin

Wednesday, March 15, 2017

Bersua Kembali

ZR As salam dengan Rahmat Allah jua kasih sayangNYA, memasuki kembali rumah yang usang ini, setelah sekian lama ditinggalkan.


Bukan melupakan namun keadaan dan masa yang memisahkan, namun sebagaimana suratan taqdir hidup. Sejauh mana berlari, sekuat mana cuba bersembunyi, jika telah tertakluk akan bertemu , bersua . Maka Jodoh itu tetap akan tiba, walau lambat jua pernah menjauh.

Itulah suatu ketetapan yang Allah berikan, untuk kita makhuk memahami yang hidup ini adalah suatu perjalanan, permulaan benar dalam perjalanan kita . Namun hujungnya dan mendatang adalah dalam genggaman Allah jua.

Semoga Allah meletakkan taqdir jua suratan kita memberi manfaat pada sesiapa jua.

Pintalah setiap sesuatu dari Allah, walau mustahil pada pandangan manusia, kerana yang menciptakan adalah adalah Allah, pemilik yang memiliki setiap sesuatu.

Terima kasih pada yang masih sudi bertaut di teratak ini, semoga kalian sentiasa dalam jagaan Allah..

Thursday, March 31, 2016

lihat dari hati bukan pakaian

Kita mudah menilai, meletak pandangan atas sesuatu dengan cuma memandang dari luaran, mata kita cepat meneka, petah mberi andaian, yang tersarung itu benar pada mata, namun jarang kita mencari dibalik yg ada , yakni hati. Kebaikan atau keburukan janvan dijatuhkan pada apa yg terlekat dibadan, kerana kita jua bagai mereka cuma manusia, tidak akan kita mampu, melingkari menyusuri sekeping hati. Pandanglah bukan yg terzahir cuma kerana mata nudah tertipu

Friday, March 25, 2016

Melangkahlah

ZR Terkadang dalam kehidupan, yang terlihat indah itu cuma hiasan, senyuman terkadang penuh lakonan, hati menjaga sendiri, kedukaan demi kedukaan tersimpan,tidak akan sama yang melalui dgn yang cuma petah berkata- kata, jika mampu bertahan, tehugkan segala, jika seakan berpira pura maka melangkahlah, benar buruk dimata manusia namun belum tentu burul disisi Allah, kita tidak memiliki apatah lagi dimiliki, kita miliki Allah dan Allah jua yg memiliki kita, carilah redha Allah bukan cuma redha@manusia ..

Wednesday, March 23, 2016

Sanah Helwah

 Alhamdulillah dengan kasih sayang Allah,jua dgn RahmatNYA..bersua kembali,  Sanah Helwah buat ibunda tercinta ...dari asbab rahim ibu Allah letakkan, lahirnya aku , dari peluh yang mengalir, dari taruhan nyawa yang berbaki, dari kudrat yg tertinggal..kami anak yg tidak miliki harta jua kekayaan akhirat, semoga kami  boleh membuatkan bonda terus tersenyum, terkadang hati bonda kami lukai, dalam tangis ada luka, bonda maafkan kami, semoga kami anakmu blh memberikan taman taman syurga yg indah buat bonda nanti..

Thursday, November 5, 2015

Carilah Diri Yang Hilang

ZRSejauh mana kita berjalan, kita tetap adalah sama bergelar manusia yakni makhluk yang diciptakan oleh Allah, usah kita melihat ada lebih dan ada kurangnya kita mahupun insan lain, kesempurnaan itu milik Allah jya, perlahan saya berjalan dibalik relung kosong, tersungkur dan.jatuh kadang tanpa sebarang pengharapan, diri ini pernah jauh terlalu jauh dari mengenal diri mahupun yang menciptakan diri ini, uleka benar terleka tanpa cuba untuk melihat akan dibalik nikmat yang diberi, Allah itu melihat , Allah itu sentiasa ada , walau kita ini bukan sesiapa namun kasih sayang Allah tetap ada, carilah disetiap hela nafasmu cinta Allah, usah berpaling kerana manusia, kerana manusia akan meninggalkan mu yang tinggal cuma Allah jua, ....carilah carilah ...dirimu sebelum.hilang ..........