Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Sunday, October 20, 2013
Makruh mencabut uban.
ZR Sebut sahaja uban mesti kita akan teringat atau nampak dimana sahaja rambut yang berwarna putih. Kalau kat kampung selalu sangat para-psra mak yang duduk di atas tangga dan mengadakan sessi mencabut uban.Saya selalu juga disuruh mak supaya mencabut ubannya tapi keran mata yang sudah kerabunan maka memang saya akan terlepas tugasan itu. Anak jiran yang akan selalu secara sukarela maklumlah diupah rm 2.Budak mana tak nak. Tapi memang kita tak pernah nak ambil tahu betapa uban dikepala itu adalah cahaya diakhirat. Larangan mencabut uban seperti diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W , baginda bersabda Janganlah kamu cabut uban, kerana ia adalah cahaya seorang muslim pada hari kiamat kelak“ diriwayatkan Abu Dawud, Al tarmizi dan Al Nasie . Saya mrmbaca tentang ini dan sesungguhnya ini satu ilmu pengetahuan yang saya sendiri tidak pernah terfikir yang mencabut uban iru dilarang.Walhal ini yang sering saya lihat didepan mata. Tapi saya sekadar berkongsi apa yang saya baca, dan jika ada yang lebih ariff maka tegur-yegurlah saya yang madih dalam mencari ilmu. kisah uban ini ada diceritakan tentang sasa zaman Rasulallah yang mana baginda mengarahkan mewarnakan uban tidak terhad kepada mereka yang pergi berperang sahaja.Namun baginda melarang diwarnakan hitam pada rambut yang beruban. Malah bagi lelaki boleh mencukur namun memadai dengan mengunting bagi wanita.Banyak rupanya yang saya tidak tahu tentang uban. Alhamdulillah saya diberikan sedikit ilmu yang amat berharga ini.Rasullahsendiri perah ditanya oleh Abu bakar‘ Wahai Rasuallah, kamu sudah beruban?, “ubanku ini disebabkan olehsurah Hud, al-Waqeiah, Al- Mursalat, An-Naba Dan at- Takwir“.Banyak lagi yang diceritakan namun saya tidak pandai untuk menulis tentang itu selagi saya memahami sepenuhnya.Apa yang saya itu yang saya coretkan walau sedikit. Tapi tentu kita terfikir habis orang cakap ada uban gatal. Tak kan tak boleh cabut sediit pun. Imam Nawawi berkata hukun cabut uban adalah makruh seolah menghilangkan cahaya yang diberi Allah. mencabut uban sama ada dikepala, misai atau janggut hukumnya makruh yanyang boleh jadi haram. Rupanya amaterat juga benda yang kita pandang ringan.
Tuesday, October 8, 2013
Mulut orang macam tempayan.
ZR Tak tahu nk buat tajuk apa, jadi tempek tajuk ini sahaja.Benda ini hari hari kita hadapi dalam sedar atau kita buat buat tak sedar. Saya tak niatkan sesiapa tapi ingatkan diri sendiri. Itulah pandangan kita pada orang yg di sekiling kita, terutama yang kita benci.Sedap aje kita cakap mulut org@macam tempayan kerana kita cepat melatah dengan apa yang kita dengar. Kita ada kelebihan iaitu nampak akan kekurangan orang lebih dari kekurangan sendiri. Dengar aje orang cakap lebih mulalah kita menggap orang itu mulut tempayan. Kita pula sibuk menjadi perencah ajinomoto atas apa yang kita fikir mulut tempayan.Pendek kata tak payah nak simbolik sangatlah kata kita ni tak suka mengumpat.Apa beza mengumpat dan mengata tsk sama ke?。 Memanglah tak sama sebutan dan ejaan yang@berbeza tapi maksudnya dan macam adik beradikkan. Jadi kalau kita kata mulut orang macam tempayan silap-silap orang kata kita mulut macam kawah.。Wah lagi hebat rupanya kita. Kita bandibgkan orang@dengan tempayan tapi diri kita dinilai seperti mulut kawah. Kita bukan baik sangat untuk langsung tidak berkata kata, dalam hati kita pasti tidak pernah sunyi dari berbicara tentang kekhjlafan orang lain. Jadi kita jangan sangat bermurah hati untuk memberi award pada orang lIn mulut tempayan.
Monday, October 7, 2013
Muqarabah
ZRSalam ku kepada semua yg masih sudi untuk mengunjungi rumah ini.Walau mungkin aku bukan penulis yang tegar. Namun aku masih sayang pada rumahku ini. Walau tanpa hiasan indah.Tapi banyak yang aku hiaskan sejujurnya melalui hati aku yang benar. Aku ingin sesama kita saling mengingati , saling bertukar ilmu walau mungkin tidak selayak mahupun setinggi para soleh mahupun solehah tapi yg dipandang adalah niat kita. Alangkah indah jika kita merasakan akan Muraqabah pada diri kita. merasakan Allah selalu ada, selalu merasakan akan kewujudan DIA. Tapi kita tidak mudah untuk bersifat begitu kerana kita kerap alpa dengan kesenangan.Kerap lupa untuk berkongsi rasa syukur dengan DIA . Itu hakikat pada aku juga begitu.Untuk ada rasa Muraqabah perlukan rasa kasih yang tinggi, melebihi segala rasa yang afa untuk segala didalam duniawi ini.Aku tahu aku tidak layak untuk berbicara tentang ini. Aku terlalu daif terlalu miskin dengan ilmu.Tapi aku harap moga afaNur buat ku dan sekalian teman.Moga Akan ada jalan untuk hati kita menjadi Muraqabah.Walau mungkin lambat tapi moga akan hadir juga buat kita.Aminnn
Subscribe to:
Posts (Atom)