Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Wednesday, September 28, 2011

AKU YANG DIANAK TIRIKAN

ZR

Sedih ..sedih hari nih last syawal tapi hingga detik dan masa nih satu hamper pun tak dapat kat department daku.
Bukan daku nak meminta tapi sekurang-kurang yer bos ker ngulur duit raya..Tapi itulah hampeh tul..
Sudah lah tuh daku dah berapa tahun tak ada bonus keja kat sini gaji pun dah lama tak naik..

Ha hari tuh dapat surat bukan main Happy ingatkan dapat ler bonus ker gaji tertunggak ker atau gaji yang naik dengan best..dalam debar daku bukak surat aduh mata ku rabun atau berpinar tengok naik gaji tak sampai seratus untuk 4tahun dah lah tuh bonus langsung tak ader...
Apa ler nasib . Rasa sedih juga sebab tengok department lain dapat syok jer.
Tahun lepas dapat tahun nih lagilah.

Motip department daku tak dapat sebab tak ader project..Habis salah kitaorang ker tambah -tambah daku nih kerani cabuk...ker nak suruh daku pergi cari project. Orang atas tak aperlah gaji besar bagi mereka ini bukan masalah bagi daku yang gaji tak semengah mana nih terkecewalah sikit.

Bukan masalah tak puas hati melenting tak tentu pasal tapi sebab sikap anak tiri yang diamalkan terlampau. Bayangkan daku dah kerja berapa tahun masih guna punch card sedangkan department lain dah guna swap card dah.. Kekadang malas nak layan bila terserempak staff baru asyik tanya.. U orang baru ker.. Ya jawab ku baru 6 Tahun...

Orang tanya kenapa tak minta kerja lain sebab dulu mula-mula dapat offfer merasa bonus dan naik gaji tuh yang ingat ok jer sekarang nih adussss...
aku memang kacawa nampak sangat segala kebajikan daku dan geng satu department diabaikan..

Kenapa tak nak pergi Interview tempat lain?
Nka memang nak tapi yang dapat semua jauh macam mana?
memang boleh pergi tapi anak-anak daku nak hantar ke nursery cam ner? nak ambil lagi. Pak suami balik lambat dalam kul 9 Ot maklum ler kerja buruh kasar.Dah kena bayar OT. Nak upah maid? Enggak mampu saya...

Mengapa tak berhenti..
Nih sedang gigih berjimat lah dan sambil doa hari-hari dapat duit terpijak ker..boleh bayar cash hutang rumah / keta memang daku nak berhenti..
Tapi berhenti daku tak kerjalah mungkin daku jadi tauke nasi kerabu ler..ada ker nak beli...sedapker? itulah pasal.

Oh ini orang tak reti bersyukur.
Ehh daku syukur sangat dengan rezeki yang ader lagi syukur dengan anak-anak yang sihat dan comel?? puji anak sendiri nampak. Habis takkan nak puji mak nyer..muntah hijau kang.

Sungguh bagi daku kesihatan anak-anak adalah lebih bernilai dari wang ringgit...syukur sangat...Mana tahukan anak-anak Umi esok lusa Umi dapat rezeki untuk anak-anak kan? kan?

Tapi hakikat yang nyata memang department daku dianak tirikan maklumlah anak syarikatlah katakan....

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel